hye!! welcome to my lovely blog +Follow | Dashboard

Wednesday, November 20, 2013

Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya

I mungkin tak tahu siapakah sebenarnya "Ahmad Ammar Ahzam" yang pasti i tahu Beliau adalah insan teristimewa... Moga Rohnya dicucuri rahmat... Amin..

Petikan Dari Blog kezoom.blogspot.com

Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya | Pasti ramai yang tertanya, siapakah gerangan empunya nama "Ahmad Ammar Ahmad Azam" yang dilihat istimewa ini.


Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya

Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.

Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan (dilanggar ambulan).

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. 

Subhanallah...berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....

Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.


Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini.


Al-Fatihah... 

With Lots of Love 
me 

NoTe: "Faith is accepting that u may not understand everything, but knowing that God will direct u to what He wants for your life."

No comments:

Post a Comment

 
This Blog is Protected. Writen By Edlidza Design By Cik Mun