Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, August 1, 2023

Dia yang Maha Pemilik

 A lot of things going on and on. For the past few months even years. Semua orang lalui perkara yang sama but somehow the way kita fikir, pandangan dan nampak adalah berbeza. Tapi still, apa yang kita lalui buat jadi diri kita sekarang. ‘Kehilangan’ perkataan yang I rasa sangat berat untuk semua terima. I find it super hard hingga rasa susah nak bernafas dan telan. Yang akan buat suara kita tersekat-sekat. Lost of words. Lost of everything. Lost of Energy. Feeling all weak. Sometime can smile. Sometime sad. The emotions goes ups and down. But hey self, stand up strong! Look people around you and who need you the most. It is not the end of the world. Dan sebagai hamba Allah yang hina. Hidup harus diteruskan dan terus pandang ke depan dan terus kuat. Berat tapi pilihan apakah yang kita ada. Hadap, telan dan terus.

Allah swt sentiasa beri ujian kepada yang mampu handle. Dan setiap yang datang kepada kita jua adalah rezeki. Dalam apa jua bentuk yang datang itu adalah rezeki. Allah uji kerana Allah sayang dan mahukan yang terbaik buat kita. Semoga kita tidak tersasar jauh dan pulang kepada yang Maha Mengetahui dan yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Hidup adalah pilihan. Perjalanan hidup adalah pilihan. Segalanya adalah pilihan. Where, when? Nothing can stop all of us to do what we all want. Apa yang kita nak buat dengan hidup. I always ask for Him to give me a chance to repent. Iam doing my best to be a good servant to Allah swt. Never ignored. Never take advantage for everything that He gave.

Dia beri kita kehidupan. Dia Maha Baik. Beri kita tempat tinggal dan pekerjaan yang baik mahupun kehidupan yang baik. He always giving us a chance. Dia yang Maha Pemberi. Dan semoga kita tak akan lupa segalanya. Setiap asal usul kita. Kenapa kita dilahirkan. Tujuan sebenar dalam hidup. Semoga kita ada kesedaran itu dan semoga terbuka luas pandangan kita. Buka hati dan mata. Semoga pilihan kita tak salah. Pulang dan berbaliklah pada yang Maha berkuasa itu. Selagi ada peluang. Selagi ada nyawa.


Kerana semuanya Milik Allah.

Saturday, August 20, 2022

Jumpa orang yang salah !

Assalamualaikum & Hi korang!!.. 

i believe in one thing.. when you do good. Good thing will come too in sha allah. Nothing in the world is perfect. Somehow kita yang buat dia jadi perfect. All the effort is come from our ownself too. Likewise same goes with any relationship in the family, friends mahupun life partner. Semuanya dari diri sendiri. Kena banyak sabar and toleransi. Give others a chance and give ownself a chance to be better. 

In order to make the change. I prefer to change diri kita ni dulu. Cari mana silapnya. I always try to do things better, best & perfect. Memanglah penat. Tapi in sha allah penghujungnya it will be all perfect. Iam sure all the hasil yang kita buat akan dapat pulangan yang lebih hebat. Now days dah tak boleh nak malas. 

I want to be better and a better muslim too. Cuba. Jangan tak cuba. Kadang-kadang its hard nak lawan dengan perasaan sendiri. Rindu juga nak macam zaman muda. Hangout with friends and do crazy thing. Pakai skirt. Colour rambut. Set rambut. Curly ke. Eh macam-macamlah. But now still i can do crazy thing cuma limit lah. Nak berhijab. Nak jaga aurat. Nak jadi better. Why not kan. Entah just the sudden i jadi malu dengan diri i sendiri. Rasa malu. And so i decided to change and slowly. Alhamdulillah i dah berhijab dari 2014 and till date. Syukur sangat. Kadang-kadang tu ada jugak rasa nak free hair. Tapi yes i get to fight with that feeling. Maybe doa dari family & sahabat. Thanks mama, abah and semua yang doakan. 

Owh. Back to the subject discussion on my title “Jumpa orang yang salah”. Is actually is about the love life or in friendship life or anywhere lah. Well. Jumpa orang yang salah is also the process of learning. Learning to be better. Susahlah i nak explain. But i hope that semua orang can think positive. Things happen for a reason. Allah swt ada sebaik-baiknya perancangan buat kita. Never stop praying ask for forgoiveness and cahaya dan hidayah. Kena banyak sabar. Like i said. Life is never been perfect. Tapi kita yang buat dia. As long as kita rasa apa kita buat tu betul and tak salah. Do best in life. Bagi peluang 2/3 kali untuk orang yang kita sayang. If nothing change then we make that change. Have to be strong in life. 

Well this all that i share dengan korang is part of my phase of life. Me life just sederhana. Cuma just nak a normal life and kehidupan yang tenang. Malas nak gaduh-gaduh. Malas nak berebut-berebut. Just do best. Do what ever is right. Do what make my self happy and tenang. Ketenangan dalam hidup ni no 1. Maybe faktor umur hidup i jugak kot. Nothing to rush. Just chill. Still iam not perfect. But i will try my best to be perfect. Syukur apa yang ada. Syukur masih boleh bernafas. Syukur ada yang sayang. Syukur alhamdulillah. 

That’s all for today. In sha allah i will be sharing more okeh. 

Much Love
Me 
^_^ 
Xoxo 

Jangan lupa like & subscribe hahahah ‘Tibehhhhhh’ 



Friday, August 5, 2022

Hi Korang!!

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Korang buat apa tu? Rindu i tak. Mestilah rindu kan kan kan (perasan hahah). Saja nak update korang i ada hobi baru tau. Mahahhaha. Gigihlah macam orang muda tapi ahh lantaklah. I just nak enjoy this life while i still can. Barulah nampak muda gitu kan. Sekarang ni, zaman ni, ramai lah orang hobi basikal lah, motorlah, hikinglah, dan i tak nak laa jugak ketinggalan walaupun umur dah 4 siri(shhhhhh diam je tau) hahahhahah.. i suka ronda2 dengan my new toy my scooter letrik. Alaaa yang macam beam tu yang sewa rm 30 ke brapa tah sejam tu. And so i decided to own 1. Sebagai permulaan untuk beli scooter soon. I mean the real scooter motocycle. Eh jauh sangat beza tu. Well e-scooter to i beli sebab kot malas nak jogging. Jogging dulu tolak je scooter tu pastu penat balik je ngan scoot tu… mahahhahah bagus tak idea hamba. Bijak kan. 

E-scooter ni i think klu kat luar negara biasa je kot. Tapi kat Malaysia ni baru nak up kot. Ke i yang lambat. Eh tak pe lah. Senang nak pi mana2. Boleh bawak je. Tapi klu nak angkot berat gile ya.. pada i berat. Baik tolak je. So far so good. Easy laaa nak bawak pi mana-mana. Kalau bercuti mana-mana pun boleh laa i angkot sekali. Kalau dulu-dulu zaman remaja i memang suka main roller blade. Mana i pegi pun i bawak. Tak caya tanyalah my mom 👅. I just suka semua benda-benda camni. I beli yang tak mahal sangat pon. Biasa je below 1k. Pada mula nak beli yang pro2 tu. Tapi bila fikir balik adoi harga macam nak beli motosikal. And plus i nak pergi mana je pun. So far i dah survey function semua lebih kurang ja. I am so happy with my purchase. Alhamdulillah leh main sama-sama ngan family and plus kawan-kawan juga. Seronok bangat!! 

Ok if korang tanya azam yang nak kurus keding tu. I am still dalam progress. Susah sket sebab i nih memang suka makan. Sanggup ye ambil cuti just nak pi holiday and enjoy makan. As for now iam who iam and i beringat jugalah jaga makan. Al maklum dah 4 siri ni. Saya sedikit berhati-hati dan cuba yang terbaik untuk control my diet. 

If you want to now more about the e-scooter or where to buy, just comment down below and i will share the details k. 

TBC. 

Xoxo 

Me 

^_^ 

Saturday, January 1, 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera you alls !! 

Selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini lebih baik dan tahun-tahun yang akan datang. May all good in sha allah. I sememangnya terlalu sibuk. Masa yang ada adalah masa untuk i berehat sejenak. Semoga covid nih juga cepat terhapus dimuka bumi ini. Semoga hujan tidak berterusan. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt. 

Maaf kepada semua kerana blog semakin hari semakin bersawang. Tak pernah lupa. Cuma saya mengisi masa untuk keluarga. Dan masa yang ada membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Saya tak pernah lupa saya ada blog hehe. Cuma waktu sangat cemburu. Dan waktu yang ada ku isi sebaik-baiknya masa yang ada. I hope korang pun berbuat yang sama. 

Hidup yang bagaikan roda. Naik turun bagaikan nafas kita ni. Sesekali merasa lelah akan tetapi kita harus kuat melangkah. Tak mahu sedikit pun sia-siakan setiap hembusan nafas yang Dia beri. Semoga kita kuat. Dugaan dan ujian itu pasti ada pada kita semua. I know that we all can handle it. Walau kadang hati jadi gusar, bimbang, resah, gelisah tapi i ingin sentiasa lihat kedepan. I mungkin nampak kuat tapi KUAT sahaja pilihan yang kita ada untuk tempuh segala-galanya. 

Syukur hari ini kita masih diberi peluang. Peluang untuk terus bernafas, berjuang, bekorban apa sahaja demi hidup. Demi orang sekeliling kita dan orang-orang yang kita sayang. 

Kepada sahabat yang terkesan kisah lalu semoga anda kuat. I mungkin tak rasa perit jerih hidup yang korang lalui. Tapi i berdoa semoga semua terus bangkit. Cari dan terus cari. Syukur masih lagi ada yang sayang. Masih ada yang perlukan kita. Masih sihat walafiat. Terima kasih Ya Allah swt. 

Hidup harus diteruskan. Mungkin cuba sesuatu yang baru. Mungkin pengalaman yang baru. New adventure. Dan i akan terus mencari. Korang jugak tau. 

Let’s explore life!! 

Sampai sini dulu k… 

Xoxo 

Much Love 

^_^ 


Thursday, October 28, 2021

Dari hari ke hari

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera

Semoga semua sihat hendakNya dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Dari hari ke hari kes pun dah semakin menurun. Alhamdulillah ramai dah mula bercuti dan pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga yang setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah syukur kita semua masih lagi ada peluang untuk terus hidup dengan aman dan selesa. Masih diberi kesihatan yang baik. Masih diberi rezeki yang baik dan luas dalam pelbagai bentuk. Walaupun ada yang agak struggle untuk mencari nafkah untuk meneruskan hidup. Selagi ada daya. Selagi ada nyawa. Semoga kita semua terus kuat hadapi dugaan dan ujian hidup ini. Dan yang pasti semua pun ada pengajaran dan hikmahnya. 

Dari hari ke hari. Sedar mahupun tak sedar kita semua sedang belajar. Belajar untuk bersyukur. Belajar untuk bersabar. Belajar untuk hadapi segala kesukaran. Dan anggap semua ini satu kekuatan. Buktikan pada mereka yang kita kuat. Semua ni hanya untuk mematangkan kita untuk menjadi lebih baik. 

Hujan lebat membasahi bumi yang setelah berhari-hari panas. Syukur alhamdulillah Allah swt masih sayangkan kita. Beri kita hujan. Aku tetap manusia biasa. Tetap seperti orang lain kadang-kadang ada naik ada turun. Emosi ada masanya terganggu. Ada masanya aku mahu sendirian. Syukur kita masih ada semuanya. Orang yang kita sayang masih ada disisi. Beri segala kudrat yang ada. Bahagiakan satu sama lain. Selagi nyawa ada. Buatlah yang terbaik selagi diberi peluang. 

Cuma. Kadang-kadang tetap rasa sedih. Kecewa. Hampa. Iam not really a social media person. Tetapi kerana peredaran waktu dan semasa memaksa aku akur dengan dunia yang adakalanya memaksa. Kalau tak follow nanti tak in pulak. hahaha. Tapi itulah. me just being me. Hanya kenal aku tahu aku macam mana. Bila aku marah aku pilih untuk diam. Bila kecewa pun aku diam. Entahlah. Happy pun kadang aku diam je. Diam tu pilihan yang terbaik. Tenangkan jiwa yang marah. Spend masa dengan keluarga. Selagi ada masa. Selagi Allah swt masih beri kita waktu. Gunalah dan bersiaplah. 

Let it go. Let it flow like a river. Just move forward. Don't look back. Be happy. i worth it. you worth it. Do best.  

Dari hari ke hari 
Waktu 
Masa 
Semuanya berjalan pantas sekali 

Much love 
Me 
^_^

Tuesday, August 3, 2021

Finally Update

Hi.. Assalamualaikum.. Selamat Selamat Sejahtera.. 

Yah i know what else i can say. Harap korang semua sihat. I did fisnish my master study and settle je master later after that Covid plak. Yang tiada siapa minta dan tiada siapa jangka. Semua kehendak Dia. I know that semua orang tengah sedih. i know its been a though year for all and me too. Been so busy WFH and i ada buat side job sikit tolong-tolong my jiran-jiran yang dalam kawasan yang tak ada kenderaan atau kuarantin dan sebagainya untuk membeli barang keperluan.  Well i just fikir i ada skill dan kekuatan dan kesihatan yang baik yang Allah beri ini untuk bantu rakan-rakan yang memerlukan. Iam trying my best to do the best for my family and friends. Saya juga hanya manusia biasa adakala i need a break. Penat nak lawan dengan fizikal dan mental sendiri. Korang yang terkesan i know that korang sedih. Ada yang hilang punca. Take this as ujian. Think out of the box. Usaha dan cari apa sahaja yang korang boleh buat untuk cari pendapatan. Walaupun kecil in sha allah lama-lama banyak. Janganlah korang putus asa dengan hidup sebagaimana Allah yang tak pernah tidur mendengar setiap doa dan melihat usaha umatnya. 

Dalam pekerjaan i and my part time job, i jumpa banyak orang dan I also hear alot of stories. Kesian bukan tak kesian. i wish i could do alot of thing. Tapi begitulah saya hanya buat sekadar yang ada kekuatan dan dalam skill yang saya ada. i also have husband, anak-anak dan parents yang i nak jaga. I pun bukan adik beradik ramai. i berdua ja dengan my brother. i have my own problem yang ye lah takkan semua benda kita nak cerita kat orang betul tak?

Sabar ya semua.. harap korang semua tabah.. i know that kita semua boleh lawan semua ni. Think positive and look forward. In Sha Allah akan ada pelangi selepas hujan.. 


#KitaJaga Kita 


Lot of Love 

^_^ me 


P/s: rindu gila blogging, rindu tahap gaban, rindu semua!! 

Saturday, January 9, 2021

Social experiment

Assalamualaikum and salam sejahtera. Hope you all always in pink of health. 


As u can see on the youtube. If you guys watch the video, macam-macam now days orang buat for society punya kesedaran. And still you choose what you want to see on the youtube. Tengok yang baik-baik je tau. Recently i watched the asad motawh youtube channel yang menyamar jadi gelandangan. Sedih babe how people react. Kita sendiri pun tak tahu nasib kita in future. Somehow it was a learn lesson video. 


https://youtu.be/bEhfqGWVR_o


Entahlah susah nak cakap. Sejak i buat sales online pun i can feel the feeling of rejection. Sad plus mind blowing jugak. I can see the true colors of people punya attitude. The real perangai sebenar. Wah cakap orang jek. Mahhahaha. Kejap nak,  kejap tak nak, but tak rugi pun if you honest. Tell me if want more discount. Tell me your budget then i can try to adjust how can i sell it to you within my own budget. We should help each other instead of just senyap tanpa berita. Tell me your situation. I jual barang online pun just to isi masa lapang and niat just to help others.  It was fun by the way. Jual pulak barang best harus i share dengan kawan-kawan. 


Apapun always look at positive side. Tak semua orang yang negative. Kita masih lagi bernasib baik kerana negara kita masih aman. Masih banyak orang yang baik hati. I also thankful and so much blessed sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik. Yang negative tu lantak depa lah. Campak tepi. Because at the end of the day, kita sendiri yang kena deal our own self. Just a reminder to self jugak. Always be kind, always stay humble, always help others if you can. 


Do good, good things will come much more. In sha allah. 


Xoxo 

Me 

^_^



Wednesday, February 28, 2018

Signal

hi and assalamualaikum semua...

i ni drebar setiap pagi hari bekerja..
hantar anak pi skolah setiap pagi..

setiap hari bangun kul 5.30 pagi.
bila mood rajin sampai i masak le breakfast.
kalau tak rajin i buat teh o panas kurang manis cecah roti je.
just nak make sure kiddo makan laa at least isi perut.

dalam kul 6 pagi baru i mandi.
solat subuh. then make up nipis dan sambung make up di pejabat.
6.40 pagi kakak tyra akan startkan kereta jalan. takut jem.
dalam kul 7 pagi sampai sekolah kenit dulu.
dan 7.15 pagi sampai sekolah kakak tyra.
sufiya sekolah petang so dia naik bas sekolah.
7.30 pagi atau sebelum kul 8 pagi i dah terpacak kat pejabat.
sambung make up lawa-lawa sket.. tacap laaa sket.. baru muka ada bernyawa. hehe.

entah kenapa nak cerita kat uols semua ni.
padahal tajuk pasal 'Signal'.
entahlah babe. kadang-kadang tahap kesabaran tu diduga setiap pagi semasa memandu.
im a good driver.. ecccehhh.. bila drive bawak anak-anak ni kena extra berhati-hati.
henpon semua letak tepi dulu. kalau lampu merah i tengok la kejap.
i mean kita semua nak cepat pergi kerja dan hantar anak-anak sekolah.

masalahnya kereta tu diciptakan ada lampu signal.
tapi entahlah susah sangat ke nak bagi signal.
nak masuk len kanan ke kiri ke.. nak ubah haluan tu mohon laaa bagi signal.
dah laaa tu... kadang-kadang yang dah bagi signal ni pun nak masuk len kanan dari kiri pun ada yang siap himpit-himpit tak nak bagi. lebih teruk lagi..kita dah bagi signal dia lagi tekan minyak laju-laju.
mind my word. 'sialan betul!' i curse!! penah laa sekali i menjeritttttttttt.... jarak kereta tu jauh lagi.. nak masuk len kanan masa tu.. dan dah bagi signal.. tetiba kereta ni datang dengan lajunya.. i biasa pagi tak bukak aircond. bukak tingkap jer sebab sejuk dah pagi.. apa lagi i jerit laa kat kereta tu. tak tahu lah dia dengar ke tidakk... "hoiiiiiiiiii aku bagi signal laaaaaaaaaaaaaaaaa!!! kau dah kenapa!! kau laju boleh terbang sampai ke tempat ko nak pegi tu ke!!! haram betul!! aku bawak anak-anak ni... dalam hati menyumpah.. 'HANTU RAYA BETUL!! heheh.. bila dah dapat masuk len tuhhhhh terus i istifar.. Ya Allah.. Astagfiruullahhhhhh... terkejut wehhhh my kids!! hahahhah... tapi yes derang dah biasa tengok i marah. and yes my marah is always kejap je. apapon memang sakitttttt hati ni. biadap betul. haihhh..

bahaya tau drive kereta secara melulu. pagi biasa laaa semua orang pun nak cepat.
still. kalau nak tukar lorong pun bagi laaa signal.
bahaya nyawa sendiri dan orang lain jugak.
yang penting jangan la selfish.
atas jalan raya ni wei.
jangan buat main pelase.
kalau eksiden mati terus tak pe. (touch wood)
kalau cacat susahkan orang. susah jugak kita. haihhhh. mintak jauh. touch wood seribu kali..

just that hati-hatilah kawan-kawan walau nak cepat camner pun.
oklah nnt citer lagi..
dah ngantuk.

Good night love!! nanti kita sambung citer..

Lots of Love
Me
^_^

Stay Happy, Stay True, Stay Humble, Stay Positive


Friday, February 9, 2018

Seniman Charity and Fun Run 2018

Hi and assalamualaikum uols... 

Life always has it up & down.. so sabar je lah dengan hal dunia ni.. selalulah berdoa dan sentiasa ingat pada Dia.. He will always ingat kita in sha allah.. 

i don't know why i have been so sensitive lately.. maybe i feel that im too old to argue with the things that don't necessarily need my action. 

when i feel uneasy with something i just walk away instead of arguing with some that so not worth it. chill. just do or wear the things that you or me like and love the most.
 as long as we all feel its rite.. 

and there's always a good way to give an opinion and advice. especially find the right time and place to do it.

Enough with this mix feeling.

Keep Calm & Smile.

Let me share with you the thing that i love to do on my spare time.. 

I love running. but not for a long distance just a short one. the longest run i registered before is 15km the new balance run. and now i only join for 10km. the latest is Seniman Run. it was fun. 

i love the positive vibes. meeting the positive people around. feel the happiness. 


Seniman Run 10 km at 4th Feb 2018. The Venue is at Finas, Kuala Lumpur. 
banyaknyer photo boomersssss... LOLs... 
Uols memang Cool Gilerr.. 


Kakak tyra lari hantu sama mama..
hikkk next time i'll register for you k.. 
the medal is yours. 
^_^ 


Just a slow runner. Janji sampai the at finish line. 
I feel good!! 
Alhamdulillah 


Kakak lari sampai tercabut tapak. lolz. laju kakak lari.
so yah..our mission accomplished. 
counting for next run in March. 

i did it again. yeayyy!! Medal for January Check.
February Check..

For Next run wish me luck gais!!! 

Lots of Love 
Me 
^_^ 

"Life Doesn't Require That We Be The Best, Only That We Try Our Best" 

Things Happen Always For a Reason

Assalamualaikum and Good Morning... 

What a tough title. well. things happens. always for a reason. 

"No disaster strikes except by permission of Allah. And whoever believes in Allah - He will guides his heart. Quran 64:11" 

i just want to finish each day and be done with it. i have done the things that need to be done. Ramadhan is almost there. my fasting mission is completed. alhamdulillah. 

Sometimes those tough time teach us to be better. Always stay positive even though you cannot. we need  and have to always end the day with a positive thought.   

the things is we all just need to be strong. and think about other may have more tough time than us. 

Chill.  

"Broken hearts healed. Maybe the cracks were always there, like thin scars, but they healed. People lived and worked, Laughed and ate, walked and talked with those cracks. For may, even the scars healed and the loved again." 

Stay strong. Stay Positive. Moving Forward. Be Kind and always stay beautiful. 

Lots of Love 
Me 
^_^ 

Friday, February 2, 2018

Azam

Hi and Assalamualaikum semua kawan-kawan..

As ussual it's has been awhile i know. The last i wrote is in November 2017. Lame yes i know. But it's never to late to start. Am i right?. Life must go on and on.

Let's talk about azam. So my azam every year is losing some weight. Am i achieve my mission? Of course is a big NO. Why? because i always have this reason rugi tak makan. Especially bila dah penat-penat, peluh-peluh ketiak and berpeluh kepala masak kat dapur. kah kah kah kah. I know it's always been like this many years.

So this year pasang azam lagi nak lose weight. tak boleh mengalah, NEVER!!  When i saw my old old pic geram tengok my betis my old baju. How i really fit in. Now pakai baju apa pun rasa macam tong tengah berjalan. Sabar jer lahhh! baju sekarang size M-L. Damm im big women now. hahahaha. Tengok orang work out waaaa jelesnya. i don't know why i don't get the spirit and even the energy. (banyak vitamin malas dalam badan).

The energy to even write. haih. Totally mess of me. sob sob. In sha allah im getting there. Collect all the energy boost. haha. I'am. Believe me. It's not easy tau. lolz. Alhamdulillah for how i grow (Gemok) today hahahha.. kalau jumpa kawan lama kat kampung. They said that my hubs feeds me well. hahahhahahha... i smile everytime i teringat the words 'Feed'. Thanks gais. I feel good about it. Thanks sayang u really did. What an achievement.

Most of my mission last year is accomplished alhamdulillah. Nothing much has stop me doing things i love. i have all the people who loves me and giving the full support. Syukur alhamdulillah for that.
Work wise alhamdulillah also. I love my job. Being a PA to my kind Boss. Nothing much more i can ask for. Just always stay positive no matter what. What really people think or talk negative. Hah!! what ever.. as long as i know or you know what is right. Just do my very best always.

So. For this year.  My mission is number 1. Write more about anything. good thing. that accross my mind. 2. Yes Work Out More. marathon, running, jog, or anything that can make me sweat. 3. Always be kind to all people. Good or Bad. 4. Work Smart. 5. Save more money in the bank. And there's more but let me keep it with my own self. hehehe. I cannot reveal everything. i want to surprise myself.

That's all for today. I will wrote more okay. I promise. hewww hew hewwww... What ever that me or you have plan, if its not really happen it maybe there's something better or good is waiting. Allah is always the planner right? He is. Always. Pray for the best always.

Best of luck gais!!

Lots of Love
Me
^_^

Note: "Never Stop Learning, Because Life Never Stop Teaching"

Thursday, November 2, 2017

harrrrloowwwwww...

Hi & Assalamualaikum.

Korang sihat? i hope semua sihat. macam biasa i lazy to write. my vitamin malas banyak sangat dalam badan. hehe.. lama sangat tinggal sampai caption pun tak tahu apa nak letak. anyway i baru berjinak-jinak konon nak vlog. (sila muntah beramai-ramai) haha. cita-cita tu kadang merapu tahap langit ke 7. nak edit video pun tak pandai.. i juz guna aps kat my phone. youtube tu dah lama ada. merapu pun banyak jugak. sama macam i mula join blogging. tah hapa-hapa i melalut. lepas marah pun ada gak. well bak kata orang zaman jahiliah. the world change so do i. in sha allah. my first video yang i rasa best jerrr  i compile jadikan 1 video masa my tokyo trip May lepas. nanti uols tengok like and komen laa k.


kalau suka subscribe and like and leave a comments kalau ada.. lolz. 😋..  7 days 6 nights in tokyo was an awesome trip. kat sana public transport super senang and supper efficient. i x der tips sangat pun nak share ngan uols. just kalau nak gi holidays make sure study the places that u want to go and plan la better. my last tokyo trip tu i last minit tetiba rasa nak g.. so i did study semua in a week je kot.. haha yahh i know its a bit crazy but with my life partner ada so tak takut laahh... jalan jer.. i rent the apartment using Airbnb so memang senang gila. and my host pun friendly membantu juga la. student malaysia pun ada kat sana. my cousin ask her student kat sana bawak i jalan 1 hari ja jalan-jalan town tokyo. bump into ramai malaysian but 1-2 ja yang ramah and plus jumpa sorang abang ni siap bawak kami jalan-jalan tempat murahhh weiiii... hihihhihi sampai die pun terjebak shopping ngan kiterang. nama kedai 'Kinji' kedai bundle and kedai 2nd hand high class hokeyyyyyy.. terletak near to Shinjuku station. hubby bought jeans kesukaan dia and i bought 1 bag LV and few bags lagi lahh.. Kalau ke Jepun, Mount Fuji tu harus dilawati masa nak balik i singgah Gotemba Premium Outlet. seriously MURAH GILER. i bought watches and some cloths la.. Coach pun boleh tahan murahhhh hoih.. jauh beza harga.. banyak jugak laa cover tempat tapi serious tak puas. poket pun dah kering balik malaysia dulu and cari duit balik.. hehe.. ehh apa lagi korang nak tahu?? makan?? makan tak susah kat sana.. banyak je halal food.. especially kat Ueno. kedai kebab pun ada banyak jer.. benda paling penting kena ada i rasa internet or pocket wifi. senang laa nak ke sana ke sini. surprisingly kat sana pun boleh guna waze. kami sewa keta sehari untuk ke mount fuji and gotemba. sebab harga transport sama ngan sewa keta sebijik. so baik sewa keta lama sket boleh merayau. kalau naik public transport kena ikot jadual pulak.. memang shiok.. ada ke holiday yang tak shiok hahahah.. kalau dah nama pun holiday i rasa tak da sapa tak suka.. ok laa korang sampai sini dulu.. nanti sambung lagi k.. cerita pasal lain plak.. but if korang ada nak tanya apa-apa silalah tanya. jangan malu-malu eccehhhh.. hehe.. good night and assalamualaikum. 

Lots of love 
Me ^_^ 

Note: “To be yourself in a world that is constantly trying to make you something else is the greatest accomplishment.” -  Ralph Waldo Emerson


Monday, August 15, 2016

I am Flyingggggggggg...


Assalamualaikum... sekian lama.. seperti selalu kesibukan menjalankan tanggungjawab harian...

Untuk this year i kerap balik kampung... 

Kerap jenguk-jenguk mereka yang i sayang... 

Mungkin terasa diri dah semakin berumur... 

Suatu masa nanti mungkinkah jantung ini akan terhenti...  


Selagi masih bernyawa.. selagi itu tanggungjawab ini akan ku cuba laksanakan.... 


Akan ku cuba habiskan masa yang ada untuk mereka yang tersayang.... 


Nampak tak tu... indah sungguh ciptaanNya... 


Melihat kecantikan pemandangan di atas awan... 


Sekalipun tak inginku sia-siakan peluang yang ada... 


Hampir mendarat di Kota Baharu, Kelantan. 



Good view for Good People... Ecehhhhh.. hahah.. 


Breakfast Nasi Dagang Kedai Pokok Cherry... Terbaik!!! 

Wordless!! 

mamamiyahhh!! 

This is how i spend my Saturday... 

oklah sampai sini dulu... 

Lots of love 
me 
^_^ 

Note: "No matter how much it hurts, you have to hold your head up & Keep Going" 

Friday, May 27, 2016

Demam Nyanyi

erm... pejam celik pejam celik pejam celik... cepatnya masa berlalu... dari hari ke hari. and its end of FRIDAY yeayyyyyyyyy...uols suka nyanyi  tak? mesti suka kan kan kan.... i suka nyanyi... walau suara tak la sesedap mana.. tapi bila nyanyi rasa best... kepuasan duk terjerit terpekik terlolong... ala-ala release stress gitu... me and my girlfriend having minat yang sama.. tapi my gal tuh dia punya suara lagi power dari i... i nyanyi jugak laaa sampai peringkat Asia Bagus.. tahun Amy Mastura menang... memang best laaa.. tapi 1st round i dah kalah sebab terlalu nervous suara kelaut dan i kecundang terus... kelakar pun ada masa tuh... The event was in Singapore.. i nyanyi lagu My Heart will go on tahun 1996 atau 97 lupa dah... tak mau kalah nyanyi lagu power gila... haha.. sadis.. menang pertandingan nyanyian peringkat sekolah jer sudah... sajer syiok-syiok bukanlah serious sangat pun... yet yes we all nak buat perkara yang kita semua happy... mengenang perkara yang lalu buat kita jadi kita hari ini... alhamdulillah

sekarang.... teknologi canggih bangat!! hebatkan Allah swt... manusia jadi bijak sampai pelbagai rangkaian dan aplikasi kita boleh nyanyi.. hinggakan nak nyanyi online dengan artis pun boleh okay... dan kalau kita serius kita juga boleh berjaya dalam bidang yang kita pilih ni.. nyanyi kat youtube pun boleh.. insta pun boleh.. now lagi aplikasi paling HOT SMULE.. uols tahu ke? korang google je laaa k... if ada pihak rakaman yang berminat they all boleh pick talented singers melalui internet je.. so apa lagi korang yang minat sangat nyanyi tuh.. boleh lah download aplikasi SMULE tuh ... hebat !!! nak nyanyi atau duet dengan penyanyi antarabangsa pun boleh okay.... siap video segala.. hahah... asalkan ada smartphone semua pun boleh.... huhuhuhu... dan i juga terjebak.. tapi jarang-jarang laa nyanyi.. sesekali diracuni kengkawan... yang i anggap satu cabaran dan yes suara kelaut pun kami mudah terhibur... hihihiii...

memang seronok hiburan now days dihujung jari jer.... bukan sahaja info dihujung jari ye... mueheheheh.. nak kul 5 dah... meeting lom abes lagi... huwarrrrr kul brapa nak balik nih..............nanti kita cerita lagi.. oklah bai..... lep u!!

Lots of Love
Me
^_^

Do what makes you happy!!

Orang Kita

Keadaan Tok Ayah masih sama... doktor masih memberi harapan dan harapan yang semakin baik... Tok Ayah masih bernafas menggunakan mesin... tapi Blood Pressure, oksigen dan lain-lain semakin stabil... alhamdulillah happy to hear that... I was a bit down last few days teringat dan terngiang-ngiang suara Tok Ayah di telinga bertanyakan khabar... Allah swt perancangan Mu adalah yang terbaik buatnya... dan kami semua redha diatas ketentuanMu....

Terbaca satu buku terselit tentang cerita orang putih yang Egonya tinggi melangit... then i was thinking... bukan sahaja orang putih Egonya tinggi... sama jer orang kitapun tak lebih kurangnya... teringat sewaktu i ke Perth, Australia suatu masa dulu... mungkin ada golongan yang suka sangat pandang rendah terhadap orang lain... yang satu i tahu most yang join trip tuh pangkat tak der laaa melangit sangat... but they were just not as humble as i tot they was... it was just funny after all... i was saying "kan bagus kalau dapat menetap disini.. cuaca pun sejuk.. the air was super fresh" i was just saying... not that serious haha... then dia replied me "you nak kerja apa kat sini? tukang sapu bolehlah" erkkkk... terus i terdiam seketika dan dalam hati terus berkata macam wow....rendahnya pandangan kau terhadap aku... barangkali dia bergurau.. tapi gurauan dia menjadi serius dengan riak mukanya yang agak dingin..the way dia say it was agak sinis.. perhaps dia ingat i nih lulusan UPSR atau SPM atau tiada pelajaran ke... i mean tak kesah laaa i belajar tinggi ke tidak.. you have no right to hina orang... goshhh.. kesiannya awak.. tinggi mana pun diri you are standing if you have no adab nak bercakap ngan orang i think dia laaa paling nun jauh bawah sekali.. better look at yourself first before nak hina orang.. cara cakap dan adabnya tahap 10 Ha i bagi...lolz..

Well inilah kehidupan.. Allah swt uji kita pelbagai cara... Dia uji kita dengan perangai orang lain yang negative supaya kita jangan jadi sama macam mereka.. syukurlah...sikap ego seperti ini tak akan membawa kita kemana-mana. Lebih baik kita berusaha mendidik diri sendiri. Memperbaiki cacat cela i yang tak terkira banyaknya..

Selamat berkerja dan marilah kita usaha mengelakkan diri dari berleter tak tentu pasal. hihihihi... ok bai...

Lots Of Love
Me
^_^

Note: "Be Thankful for What you are now, and Keep Fighting for What you want to be tomorrow."

Thursday, January 28, 2016

Hellowwwwww ala-ala Adele..!!

Assalamualaikum and salam sejahtera...
since i pun dan suam-suam air suam nak update blog... i tetap nak tulis jugak... cuba jugak gagahkan diri-sendiri.... sambil imagine tepuk and tampar muka ni kuat-kuat... dah kenapa jadi malas sangat!!! arghhhhhhhhhhh!!! ini laaaaaaa bila dah lama sangat berehat... ekcelli kan uols i tak berehat pon i busy tersangat-sangat menguruskan 4 daughter yang semua dah pun mula bersekolah.. wehuuuuuuu.. rasa lega tahap dewa langit ke 7... tapi serious mula2 tuh rasa penat kena bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan bekalan ke sekolah dan tak lupa my shuben pun nak jugak bekpez... so demi anak i korban masa tidur i... its okay demi yang tercinta.. kalau i tak buat siapa lagi nak buat semua nih... and yes how i wish im a housewife.. tapi tulahhhh untuk jadi isteri sepenuh masa nih duk rumah jee i belum lagi dapat seru... i rasa kalau i duduk rumah mesti i ternak lemak tahap kritikal kikikiki.. well who knows kan... Pedis mata okeh hari-hari duk tadah mata tengok komputer dengan mata yang seriously tak cukup rehat.. tapi tu lahhh i redha...i anggap nih adalah tugas dan kerana Allah tahu kemampuan diri i... syukurlah selagi hidupku masih lagi terurus walau sibuk tahap dewa... syukur en shuben pun faham... paling penting sekali sokongan dari suami.... my super shoulder... en shomi jeee paling faham... semua nih rezeki Allah swt... rezeki masing-masing.. ada susah ada senang... lebih-lebih kos kehidupan yang semakin tinggi... transport sekolah anak-anak pun mahal sangat now days... tapi apalah daya tiada pilihan... i enroll kenit masuk taekwando... kenit was so happy... i pun happy jugak tengok depa super dooper happy... alhamdulillah as long as semua happy sangat-sangat.. hopping kenit belajar sampai black belt... huhuhuhu... insyaallah... apapun korang doakan kesejahteraan hidup kami jugak kay... mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan kita dunia dan akhirat.

Bizi i x der la sampai tak da "me time".. I still ada masa hangout sesekali dengan kawan2.. So yes i did.. I went for an AJL 30 baru-baru di stadium melawati Shah Alam... It was great...


nama tix ja VIP but tak de laa VIP sangat so jangan terpedaya yehhh... i still duk kat tangga untuk dapat view yang memuaskan hati... ahakssss.. i is redha... as long as me n partner happy... almost every year dapat tix VIP.. heheh... ok laaaaaa fefeling je VIP... kalau dapat kat my boss tix nih konpem kena sumpah seranah... hehehehe... 


selfie wajib... me n her... i panggil dia kenit..  sebab dia nih sangat petite gitewwww... comel tak kami... 
i pakai pink sebab support Qu Puteh katanya... ahaksssss... yumyumyum... ahahhaha.. ok dahhh jangan nak mabukkk Qu Puteh sudaaaaaaa.... what ever it is im trying my very best to be back active blogging... kalau i lambat post tuh uols faham-faham je laaaaaa... i busy anak ompek... tapi masih jugak tak nak ketinggalan nak jugak selit nak glamour jadik makcik blogger gitewww.. walau tak pemes like ada mak kesah.. asalkan kita bahagia hingga hujung nyawa.... tak gitu... haaaaaa gitulahhh... 

so ok sampai sini dulu.. kalau ada cerita best sempat i kongsi lagi k... take care uolssssssssss.... 

Lots of Love 
me 
^_^ 

Wednesday, May 20, 2015

Listen and Learn

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 
uols mesti dah lunch kan... ok good... hehehehe.. 
Bila last sekali uols hadir motivation talks.. mesti dah lamakan.. 
If i last masa zaman skolah dulu lahh kem motivasi masa dekat-dekat nak big exam je... 
Lucky me my current employer banyak anjurkan Tazkirah dan Ceramah motivatsi. 
Saya suka saya bagi 10 bintang... hehehehe.. 
So hari ni... dengan jayanya Motivasi kali ini tentang 
"Keluarga Bahagia, Kerjaya Berjaya" talk by Prof Madya Dr. Ustaz Hj Mohd Nor. 
Memang best tak boring banyak gelak ketawa.. 


Mukhadimah Prof nih pun kami dah gelak... 


Prof nampak cool... 


Salah 1 buku terbitan beliau. 
im gonna buy one.. 
for inspiration, self motivation and improvement. 


Another book by him too.


Kerja, Kerja, Kerja... 
So bagi yang suka sangat mencari harta dunia tuh... 
Beringatlah... Kerja boleh cari tapi keluarga hilang tidak akan ada ganti. 
Kalau sakit keluarga yang dicari.. 


Just for knowledge. 
mana boleh follow kita follow. 


Katanya marilah kita berubah ke arah kebaikan.. 


Realiti kehidupan. 


Some books that he suggest for us to read. 
a good one i suppose. 
goona buy one too. huhuhuhuhuuuu


Mostly talk hari ni banyak yg kesahnya... 
Bagaimana nak menjaga hubungan keluarga... 
Bagaimana nak memahami.. 
Apabila kita berjaya menjaga hubungan keluarga kita, kita pasti berjaya dalam pekerjaan kita.. 
Insyaallah.. 


Prof ni i suka. Dia tak kedekut ilmu. Kita boleh la text, wechat, telegram, whatapps ke atau apa cara jika ada sebarang pertanyaan. Sangat IT savy gituuuuu.. 
If korang berminat nak panggil dia atau hadir program dia boleh hubungi nombor di atas. 


Things that he shared.  


Majlis berakhir selepas 2 jam... Santapan Masakan ala kampung gitewwwww...
Alhamdulillah rezeki hari ini.. 

i rasa untuk bulan nih Prof ni lah penceramah paling best. 
rasa release.. rasa happy.. semangat gitu nak share dengan korang and familiy. 
Malangnya kali nih i tak amik video but i just record the voice. so i tak dapat nak share.. 
korang pi laaa cari buku dia tau... bagus sangat-sangat perkongsian ilmu beliau.. 
Apapun hari ini dapatlah sedikit ilmu dari prof. alhamdulillah..

That's all for today.. 

Lots of love
me 
^_^  

Notes: "Success doesn't just come and find you, You have to go out and get it." 

Wednesday, December 17, 2014

Biarlah

Biarlah...
Biarlah mereka ingin bicara apa pun...
Biarlah sampai kapan pun...
Biarlah.....
Biarlah hanya mampu ku ungkapkan..

Biarlah hanya hati ini sahaja yang memahami..
Biarlah hanya hati ini sahaja yang merasa...
Biarlah hanya diri sahaja yang tahu...
Biarlah...

Biarlah kerana Allah swt lebih maha mengetahui...
Biarlah kerana segalanya adalah yang terbaik untuk kita...
Biarlah kerana sesungguhnya Dia maha adil....
Biarlah kerana semua itu bagiku adalah kekuatan...

Biarlah.. kerana sedikit pun tidak terasa sempit..
Biarlah selagi nafas berhembus lega...
Biarlah selagi nyawa masih ada...
Biarlah selagi kasih sayang seluas lautan...

Lots of love
me
^__^

NoTe: "Patience is powerful. It enables u to achieve the most effective results, not just the immediately available results."


Friday, September 5, 2014

"Sang Kiai"

As Salam and Good Morning Alls.. 

I just nak share dengan uols filem "Sang Kiai" 

Film yang mengisahkan perjuangan Hadrotus Syaikh Hasyim Asy'ari ketika penjajahan Belanda dan Jepang hingga beliau meninggal Dunia pada tahun 1947. 

Cerita nih sangat menyentuh hati naluri ini.. 
Bagai dihiris, bagai dicincang, airmata  deras bercucuran.. 

Sangat-sangat menyentuh hati.. 
Betapa Sang Kiai tetap teguh dengan pendirian yang menjaga si pesantren... 
dan paling teguh menjaga agamanya.. 
Tidak mahu sikit pun tunduk pada si Matahari..
walaupun usianya agak dihujung pangkal dunia.. 
dan lemah.. 
tapi semangatnya bagai menggoncangkan dunia.. 

Ya Allah betapa sebenarnya hati ini rapuh...
betapi diri ini tak cukup kuat.. 
tak cukup dewasa untuk menilai.. 

Hati sang si pesantren sakit saat si Kiai diseksa oleh si Matahari.. 
Ya Allah swt.. 

Si Matahari bersentaja.. tapi pesantren tiada apa-apa.. 
tapi masih tetap teguh berdiri.. 
Kerana Agama.. 
Kerana Maruah dan Harga Diri..


Dialog yang tersentap si hatiku...

"Perempuan itu Ibarat Pakaian Buat Laki-Laki, Menghangatkan di musim hujan, Meneduhkan di Saat Kemarau...."

Lagu "Bila Tiba" dari ungu ini juga buat hati ini tersentuh... 
Penuh Pengertian... Penuh Peringatan.. Penuh Keinsafan..


Semoga diberi manfaat buat kita semua.. 
Semoga terkesan dihati kita semua.. 

Lots of love 
me ;) 

Note:  "Today, there are joys that can be brought to life. Today, there is love that can grow ever stronger."

Wednesday, September 3, 2014

My Meaningful Merdeka Day!!

Assalamualaikum and selamat sejahtera... 

Merdeka uols pi mana?? i lepak Sg Petani jaaaa auto ada slang kedah... 
sakan bakkkk annggggggg ooiiii!! haha.. 
anyway perjalanan dari KL ke Sg Petani agak penat laaa... 
ramai warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing .. 
tak sangka buah nangka jem agak heviii... penat okeeenggg duk dalam keta kejunggg!! 
Niat pulang ke Sg Petani sebab nak attend wedding uols!! 
Wedding sedara sebelah en hubby..

 

Just a simple wedding but agak Grand.. 
Bertempat di Nuriz Hotel Sg Petani.. 
Nuriz is pengasas barang kecantikan uols!! 
pimilik hotel nuriz okehh!! Jutawan Puan Nuriz nih tauuu... 


 Day 2... I pi ronda-ronda di pagi hari dengan scoot.. kelas uols dekat sangat dengan umah my SIL ada Bukit H... ala-ala Broga gitukkk!! cik hubby tak bawak kasut... so weols mampu tengok jeee Bukit H tuh... next trip insyallah akan ku terjah bersama si kenit tercinta.. 
Kenapa nama bukit tuh Bukit H... sebab ada pencawang letrik betuk H okehh..!! 
hahaha suka korang jek bagi nama... !! layankan.. 


Nak jadikan cerita.. dengan tak mandi duk pi sana sini... 
hang pa kesah ke?? tak kannnn.. sakan pusing sampai ke pasar weeeiii!! 
 

Nasi Lemak Tet nih Harga RM 1 sahaja... dekat area umah my SIL jugak...
Taman Semarak Sg Petani ya geng!! 
akak nih ramah... yang baju hijo tuh laaa yang bg tau Bukit tuh nama Bukit H.. 
Akak nih dah banyak kali naik!!.. kalau dia mampu korang lebih mampu!! mahahahaa... 
Jangan pandang orang sebelah mata yaaaaaaaa... 
 

 Nasik Lemak tet harga RM 1... telur rebus separuh... 
Kat KL ada ke ?? 
Susah rasanya nak jumpa yang boleh mintak sambal lebih sikit... 
Tapi kat Sg Petani Boleh!!!
 

Sakan bakkk annngggg ... cuci muka jaaa tepek bedak sikit.. spray pepium skettt...
kami terus ke Pasar Sg Petani...
 

 Macam-macam ada... 
dari yang basah hingga ke kering...
 

Siap potong kuah banjir pun hadoooo!!..hehhehe.. 
 

Paling best ada ubi rebus & pisang rebus diagihkan sempena Merdeka.!! its free!! 
kenapa Ubi rebus?? sebab katanya dedulu zaman jepun kita Merdeka jamu makan ubi rebus and pisang rebus... supaya kita tak lupa betapa bermaknanya Merdeka... 
anak-anak muda nih tak tau laaa tahu ke idak ... 
apapun mudah-mudahkan kita semua tak lupa erti sebenar Merdeka...
 

  My SIL belanja mamam mihun sup paling sedap kat Sg Petani... 
haihhh mmg sakan bakkk angggg!! 
Memang sedap pun !!! Teh ais pekat and melekat kat tekak!! 
hehehehhe... korang klu duk Sg Petani kena appreciate apa ada kat Sg petani.. 
walau tak besar sangat tapi makanan... barang raw kat pasar pun agak berpatutan harga... 
Langkah kanan betui laaaaaaaa datang melawat Sg Petani ni...
Emas pun boleh tahan rega merundum 128 per gram...  
apa lagi i heret laaa SIL and en hubby jom masuk kedai Gold
and then kuar kedai senyum sampai telinga... 
lain yang nak beli lain yang dapat yang fenting puehhhhh hati... 
agaggagaggaga...


Nahhhh hamikkkk kiterang santapan malam kami... wakakakkaa... yang penting kami mamam besooooo. walau tak seberapa katanya yang penting ia lebih bermakna makan besar bersama keluarga tercinta disisi.. .  tak mainlahhh Fatty Crab ke pe... ni legi sedap menjilat jari...
Duk sakan lepak kedai mas kena racun sana sini... sampai my SIL pun terjebak...
kenyang terus makan tengahari kat kedai mas skip trus bawak ke malam...
Udang masak petai, Sup Tulang, Sup Ekor, pucuk Betik mamam ni jaaa dah cukup buat kami semua tersadai tepi dinding terus boleh tido dengan nyenyak tahap dewa dewi langit ke tujuh wehhhh... huh memang power masakan SIL nih... makan ni pun dah cukup buat rasa sangat full fill perut kenyang hati riang ria... siap menari-nari... mahahhahaha..
dalam kul 10 malam i ke UpTown Sg Petani... boleh tahan wehhh tapi lupa nak snap gambar.. dah teruja sangat kot heheheh.. walau tak banyak sangat kedai yang bukak tapi to me ok laaaaa daripada takder.. i grab 2 tudung murah 2 for RM 15... biasa kat KL tuh kalau RM10 satu tudung biasa.. 
Sebagai kenangan dari Sg Petani kena la beli sesuatu untuk dibawa pulang..
 

Day 3 - bangun mandi terus cari bekpes... kedai nasi lemak tet tutup.. mana taknya dah kul 11.. nak cari apa lagi... hahahah so Roti Canai Sg Petani style ni memang terbaik !! sedap i cekik 2 keping yaaaaa... memang sedap and rangup... kuah dal dia perghhhhhh sedappp sampai licin i cekik!! mahahhaha kesedapan tak terhingga... i rasa kat Sg Petani nih makanan semua sedap-sedap kot ehh.. 
 

SIL call suh tunggu dia balik keja... senin kat Sg Petani keje yaaa kengkawang... hihihi.. 
SIL masak kejup jaaaa okeh.. sampai umah kul 1... kul 2 petang kami dah selamat dijamu dengan makanan yang sangat-sangat berkhasiat... ulam-ulaman... jantung pisang.. ikan goreng.. kari ikan.. kari pisang pun ada... ya ampun SIL nih memang terbaik abad ini dan selamanyaaa!! memang menjilat jari kari tuh.. perghhh sedapppp!! tangkap lelehhh bakk angggggggg!! ..
Dalam kul 3 petang kami pun pulang ke rumah kami pula... 
Jalan Jem tak payah citer ahhh wat tensi jekk... citer tak best semua kita tolak tepi... 
yang penting kita Happy kat Sg Petani... 
Percutian 3 hari 2 malam memang best... 
Alhamdulillah rezeki... makanan pun lazat-lazat belaka... 
Thanks Sis In Law... ur the best!! 

Merdeka!!! 

Lots of Love 
Me ;) 

Note: "When life is sweet, say thank you & celebrate. When life is bitter, say thank you & grow." - Happy Wednesday Loves!!