Thursday, November 24, 2016

Sekian Lama Menyepi..

Assalamualaikum..

Susahnya nak buat comeback. Nak rajinkan diri berjaga dan terus menulis. Kemalasan tahap A melanda diri entah sampai bila. Dah upgrade lappy baru pun still. Dah kenapa ngan dengan ko kena rasuk hantu ke apa? (cakap kat diri sendiri) haha.. Walaubagaimana pun yes memang tak lupa laaa kat belog ai ni. Dan kawan-kawan yang masih setia disini. macih. Dah hujung tahun ni. Korang semua dah capai ke matlamat atau azam masing-masing ke?. I'm sure korang dah tahap A gak kan. hihi Sama laa kita. I think my mission completed. Semua Checked and in sha allah Achieved with flying colors giceewwwwww. Well my First daughter dah settle PT3 tengah debor tunggu result bulan doblas ni. Yang 2nd daughter UPSR settle. Alhamdulillah Cik Piya did her best. Mama always proud. Result semua lulus walau tak semua A. no worries mama sayang awak till jannah in sha allah. Susah kot silibos baru ni. Nak citer banyak pun tak guna isu kaedah pembelajaran sekarang. Maybe pihak gomen nak cuba make new things and upgrade. So kita semua kena positip dan redha jer lah. Kids pun dah buat yang terbaik. For now kita kena start buat list untuk KPI tahun depan plak yer. Past is past. Move on and just continue the journey. Pandang kedepan. Bukan ke langit. hahaha.

Biasa la hampir hujung tahun ni. Kita kena mula kena fikir kita punya next strategi. Next journey and next adventure. Malindo, Air Asia and semua syarikat penerbangan pun tengah beria buat free seat promo untuk tahun depan. Apa lagi korang start diggin in and plan your next journey. Siapa tak suka pi holiday kan. Orang gila ja tak suka kot. Nak pi jalan ni kena plan bebetul and kewangan pun kena cukup tau. Lagi apa lagi nak buat. Owh ya, plan dulu yang paling penting orang yang berfamili macam guwe.. Preparation Back to School tuh wajib diutamakan. Then leh pikir nak pi jalan mana. kikiki. Fenin-Fenin. Ok. Jangan penin-penin sekarang semua benda boleh gugel and beli jahhh online. Senang boleh jimat masa and tenaga. So kiddos barang sekolah korang tgk online and let me know korang nak beli apa. Get the list. And derrrrrr make the list yang penting-penting dulu yaaa.. hehehhehe. ok lah mata pun dah pedih-pedih. i tido dulu. slow-slow laa k i buat come back. Harap bersabar.

Nanite uols..
Lots of Love
Me ^_^

Monday, August 15, 2016

I am Flyingggggggggg...


Assalamualaikum... sekian lama.. seperti selalu kesibukan menjalankan tanggungjawab harian...

Untuk this year i kerap balik kampung... 

Kerap jenguk-jenguk mereka yang i sayang... 

Mungkin terasa diri dah semakin berumur... 

Suatu masa nanti mungkinkah jantung ini akan terhenti...  


Selagi masih bernyawa.. selagi itu tanggungjawab ini akan ku cuba laksanakan.... 


Akan ku cuba habiskan masa yang ada untuk mereka yang tersayang.... 


Nampak tak tu... indah sungguh ciptaanNya... 


Melihat kecantikan pemandangan di atas awan... 


Sekalipun tak inginku sia-siakan peluang yang ada... 


Hampir mendarat di Kota Baharu, Kelantan. 



Good view for Good People... Ecehhhhh.. hahah.. 


Breakfast Nasi Dagang Kedai Pokok Cherry... Terbaik!!! 

Wordless!! 

mamamiyahhh!! 

This is how i spend my Saturday... 

oklah sampai sini dulu... 

Lots of love 
me 
^_^ 

Note: "No matter how much it hurts, you have to hold your head up & Keep Going" 

Tuesday, June 28, 2016

Pagi ni...

Macam biasa rutin harianku menghantar anak-anak ke sekolah. Macam biasa jugak budak-budak ni suka sangat dengar radio HitzFM. Settle je hantar budak-budak i terus tukar siaran HotFM. Tak semena-mena air mata bercucuran pulak di pagi selasa... dah kenapa? salahkan radio pasang lagu raya sayu by Dayang Nur Faezah versi acoustic. Ya Ampun.. Tiba-iba teringat kat semua orang yang dah pergi buat selamanya.. sunyi laaa tahun ni raya.. sesilap kami beraya dengan air mata... Harap tak begitulah... Tiba-tiba teringat pada arwah Tok Cik, Tok Ayah dan Pak Lang yang dah pergi bertemu ilahi... Al-Fatihah.. Ramai yang dikasihi pergi tinggalkan kami... Allah swt lebih sayangkan mereka... Semoga mereka berada ditempat yang paling indah dan bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Aamin..

Tak sengaja air mata jatuh.. Tak sengaja nak teringat kat semua... Tak sengaja sedih... Tak sengaja..

Tak sengaja bayangkan hari pertama raya. kuranglah kasih.. kuranglah cinta.. ok dah terbawak-bawaklaa pulak...

Sampai je pejabat.. alhamdulillah semuanya back to normal.. pikir apa yang ada kat depan mata.. Nak siapkan mana yang penting dan wajib dulu then kita fikir Balik nanti nak buka makan apa.. Nak masak apa...

Lots Love
me
^_^

Note: What you do today can improve all your tomorrows - Ralph Marston

PERKARA SUNAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI


PERKARA-PERKARA SUNAT YANG SELALUNYA DILAKUKAN APABILA MENYAMBUT 
HARI RAYA AIDILFITRI


  1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (sama ada secara hisab atau rukyah). 
  2. Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.
  3. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.
  4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
  5. Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.
  6. Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

         7.  Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :

Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.

         8. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat:

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabirra (Hadis riwayat Bukhari). Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

9.     Memperbanyakkan bersedekah.

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.

Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barang siapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahandari kesusahan-kesusahan di akhirat."

Sumber dari Laman Masjid Wilayah Perseketuan. 

Semoga bermanfaat buat kita semua.. 

Lots Love 
Me ^_^