Showing posts with label learning. Show all posts
Showing posts with label learning. Show all posts

Tuesday, January 3, 2023

Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum you alls!! And selamat sejahtera…
 
Selamat Tahun Baru 2023 you alls!! 

2023. It’s finally here!! OMG how time really flies!! Well i’am still here being me and in sha allh awesome too 😝. 2022 has been super great to me.. Time pass by seriously super fast. And yet yes i think everyone is having a wonderful year too in sha allah. Life like always been a roller coaster kan. I’m sure everyone is doing great. I heard the new variant of covid-19 is kick in. But somehow i hope it is not that serious. Most of the time i did no wear mask pun.
 
Today 3rd of Jan 2023. Laju je kan. Apa azam baru korang? Yang tahun lepas tercapai tak? Hopefully semua orang dapat capat segala yang diimpikan. For me much more or less almost all completed. Not much but much more grateful dengan apa yang ada alhamdulillah. Tapi ada satu azam ni yang almost every year belum tercapai iaitu azam nak kurus. Badan makin debaaaabommmmmmm. Entahlah tak tahu nak salahkan siapa. Yang pasti shuben selalu ajak teman dia makan. I pulak sometime tak tertahan tengok dia makan macam sedap je. Dia selalu having a very late dinner. Sebab dia balik kerja plus ngopi dengan kawan sampai rumah lambat sentiasa. I kalau boleh nak cut off time makan lebih kurang dalam 6-8 malam. Tapi apalah daya hawa nafsu senipis kulis bawang. Tapi i dah start semalam teman en suami makan tapi i makan sesudu jer nasi. Harap dapatlah i kawal my diet ni. Hope so. Now im 68kg tau. My mission is to get at least 60-65kg. Doakan i tau you alls. 

Jap jap i nak list azam baru :
 
1. Turunkan berat badan (setiap tahun ada azam ni kikikikiki..) 

2. Eat clean and healthy (try eat less rice) 

3. Start work out at least once or twice a week
 
4. Update blog sawang ni at least once a month (ni lagi 1 kepoyoan. Gadget dah macam-macam upgrade tapi still jarang update. Everytime nak update i ketandusan idea and tak tahu apa nak share walaupun sebenarnya banyak je benda hahaha..) sorry tau you alls.   

5. Handphone baru utk en suami (in sha allah klu ada rezeki)  

6. Nak tambahkan simpanan (amount rahsia) 

7. Nak renovate rumah sikit 

8. Paragling KKB

9. Travel tu wajib (in sha allah di dalam radar) 

10. Baca Quran and khatam lagi. 

Sajer nak cukup kan 10. Merapu and berangan je lebih haha. Berangan tu free kan. Mana tahu semua list ni tercapai tahun ni. Walaupun i heard that people is saying the economy this year not doing so good. But somehow life must go on no matter what. Kita harus terus berusaha selagi hayat masinh ada. Selagi masih ada lagi kekuatan dan jangan sekali putus asa. Semoga kita semua terus semangat berjuang!! 

My wish is may all our wish and mission and vision this year will achieve succesfully in sha allah. Good luck tau korang semua. Let’s just do our best. The best that we all can!! Sampai sini dulu okeh. 

XOXO 
Me 
^_^ 

Saturday, August 20, 2022

Jumpa orang yang salah !

Assalamualaikum & Hi korang!!.. 

i believe in one thing.. when you do good. Good thing will come too in sha allah. Nothing in the world is perfect. Somehow kita yang buat dia jadi perfect. All the effort is come from our ownself too. Likewise same goes with any relationship in the family, friends mahupun life partner. Semuanya dari diri sendiri. Kena banyak sabar and toleransi. Give others a chance and give ownself a chance to be better. 

In order to make the change. I prefer to change diri kita ni dulu. Cari mana silapnya. I always try to do things better, best & perfect. Memanglah penat. Tapi in sha allah penghujungnya it will be all perfect. Iam sure all the hasil yang kita buat akan dapat pulangan yang lebih hebat. Now days dah tak boleh nak malas. 

I want to be better and a better muslim too. Cuba. Jangan tak cuba. Kadang-kadang its hard nak lawan dengan perasaan sendiri. Rindu juga nak macam zaman muda. Hangout with friends and do crazy thing. Pakai skirt. Colour rambut. Set rambut. Curly ke. Eh macam-macamlah. But now still i can do crazy thing cuma limit lah. Nak berhijab. Nak jaga aurat. Nak jadi better. Why not kan. Entah just the sudden i jadi malu dengan diri i sendiri. Rasa malu. And so i decided to change and slowly. Alhamdulillah i dah berhijab dari 2014 and till date. Syukur sangat. Kadang-kadang tu ada jugak rasa nak free hair. Tapi yes i get to fight with that feeling. Maybe doa dari family & sahabat. Thanks mama, abah and semua yang doakan. 

Owh. Back to the subject discussion on my title “Jumpa orang yang salah”. Is actually is about the love life or in friendship life or anywhere lah. Well. Jumpa orang yang salah is also the process of learning. Learning to be better. Susahlah i nak explain. But i hope that semua orang can think positive. Things happen for a reason. Allah swt ada sebaik-baiknya perancangan buat kita. Never stop praying ask for forgoiveness and cahaya dan hidayah. Kena banyak sabar. Like i said. Life is never been perfect. Tapi kita yang buat dia. As long as kita rasa apa kita buat tu betul and tak salah. Do best in life. Bagi peluang 2/3 kali untuk orang yang kita sayang. If nothing change then we make that change. Have to be strong in life. 

Well this all that i share dengan korang is part of my phase of life. Me life just sederhana. Cuma just nak a normal life and kehidupan yang tenang. Malas nak gaduh-gaduh. Malas nak berebut-berebut. Just do best. Do what ever is right. Do what make my self happy and tenang. Ketenangan dalam hidup ni no 1. Maybe faktor umur hidup i jugak kot. Nothing to rush. Just chill. Still iam not perfect. But i will try my best to be perfect. Syukur apa yang ada. Syukur masih boleh bernafas. Syukur ada yang sayang. Syukur alhamdulillah. 

That’s all for today. In sha allah i will be sharing more okeh. 

Much Love
Me 
^_^ 
Xoxo 

Jangan lupa like & subscribe hahahah ‘Tibehhhhhh’ 



Saturday, January 1, 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera you alls !! 

Selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini lebih baik dan tahun-tahun yang akan datang. May all good in sha allah. I sememangnya terlalu sibuk. Masa yang ada adalah masa untuk i berehat sejenak. Semoga covid nih juga cepat terhapus dimuka bumi ini. Semoga hujan tidak berterusan. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt. 

Maaf kepada semua kerana blog semakin hari semakin bersawang. Tak pernah lupa. Cuma saya mengisi masa untuk keluarga. Dan masa yang ada membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Saya tak pernah lupa saya ada blog hehe. Cuma waktu sangat cemburu. Dan waktu yang ada ku isi sebaik-baiknya masa yang ada. I hope korang pun berbuat yang sama. 

Hidup yang bagaikan roda. Naik turun bagaikan nafas kita ni. Sesekali merasa lelah akan tetapi kita harus kuat melangkah. Tak mahu sedikit pun sia-siakan setiap hembusan nafas yang Dia beri. Semoga kita kuat. Dugaan dan ujian itu pasti ada pada kita semua. I know that we all can handle it. Walau kadang hati jadi gusar, bimbang, resah, gelisah tapi i ingin sentiasa lihat kedepan. I mungkin nampak kuat tapi KUAT sahaja pilihan yang kita ada untuk tempuh segala-galanya. 

Syukur hari ini kita masih diberi peluang. Peluang untuk terus bernafas, berjuang, bekorban apa sahaja demi hidup. Demi orang sekeliling kita dan orang-orang yang kita sayang. 

Kepada sahabat yang terkesan kisah lalu semoga anda kuat. I mungkin tak rasa perit jerih hidup yang korang lalui. Tapi i berdoa semoga semua terus bangkit. Cari dan terus cari. Syukur masih lagi ada yang sayang. Masih ada yang perlukan kita. Masih sihat walafiat. Terima kasih Ya Allah swt. 

Hidup harus diteruskan. Mungkin cuba sesuatu yang baru. Mungkin pengalaman yang baru. New adventure. Dan i akan terus mencari. Korang jugak tau. 

Let’s explore life!! 

Sampai sini dulu k… 

Xoxo 

Much Love 

^_^ 


Thursday, October 28, 2021

Dari hari ke hari

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera

Semoga semua sihat hendakNya dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Dari hari ke hari kes pun dah semakin menurun. Alhamdulillah ramai dah mula bercuti dan pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga yang setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah syukur kita semua masih lagi ada peluang untuk terus hidup dengan aman dan selesa. Masih diberi kesihatan yang baik. Masih diberi rezeki yang baik dan luas dalam pelbagai bentuk. Walaupun ada yang agak struggle untuk mencari nafkah untuk meneruskan hidup. Selagi ada daya. Selagi ada nyawa. Semoga kita semua terus kuat hadapi dugaan dan ujian hidup ini. Dan yang pasti semua pun ada pengajaran dan hikmahnya. 

Dari hari ke hari. Sedar mahupun tak sedar kita semua sedang belajar. Belajar untuk bersyukur. Belajar untuk bersabar. Belajar untuk hadapi segala kesukaran. Dan anggap semua ini satu kekuatan. Buktikan pada mereka yang kita kuat. Semua ni hanya untuk mematangkan kita untuk menjadi lebih baik. 

Hujan lebat membasahi bumi yang setelah berhari-hari panas. Syukur alhamdulillah Allah swt masih sayangkan kita. Beri kita hujan. Aku tetap manusia biasa. Tetap seperti orang lain kadang-kadang ada naik ada turun. Emosi ada masanya terganggu. Ada masanya aku mahu sendirian. Syukur kita masih ada semuanya. Orang yang kita sayang masih ada disisi. Beri segala kudrat yang ada. Bahagiakan satu sama lain. Selagi nyawa ada. Buatlah yang terbaik selagi diberi peluang. 

Cuma. Kadang-kadang tetap rasa sedih. Kecewa. Hampa. Iam not really a social media person. Tetapi kerana peredaran waktu dan semasa memaksa aku akur dengan dunia yang adakalanya memaksa. Kalau tak follow nanti tak in pulak. hahaha. Tapi itulah. me just being me. Hanya kenal aku tahu aku macam mana. Bila aku marah aku pilih untuk diam. Bila kecewa pun aku diam. Entahlah. Happy pun kadang aku diam je. Diam tu pilihan yang terbaik. Tenangkan jiwa yang marah. Spend masa dengan keluarga. Selagi ada masa. Selagi Allah swt masih beri kita waktu. Gunalah dan bersiaplah. 

Let it go. Let it flow like a river. Just move forward. Don't look back. Be happy. i worth it. you worth it. Do best.  

Dari hari ke hari 
Waktu 
Masa 
Semuanya berjalan pantas sekali 

Much love 
Me 
^_^

Friday, February 9, 2018

Things Happen Always For a Reason

Assalamualaikum and Good Morning... 

What a tough title. well. things happens. always for a reason. 

"No disaster strikes except by permission of Allah. And whoever believes in Allah - He will guides his heart. Quran 64:11" 

i just want to finish each day and be done with it. i have done the things that need to be done. Ramadhan is almost there. my fasting mission is completed. alhamdulillah. 

Sometimes those tough time teach us to be better. Always stay positive even though you cannot. we need  and have to always end the day with a positive thought.   

the things is we all just need to be strong. and think about other may have more tough time than us. 

Chill.  

"Broken hearts healed. Maybe the cracks were always there, like thin scars, but they healed. People lived and worked, Laughed and ate, walked and talked with those cracks. For may, even the scars healed and the loved again." 

Stay strong. Stay Positive. Moving Forward. Be Kind and always stay beautiful. 

Lots of Love 
Me 
^_^ 

Thursday, November 2, 2017

harrrrloowwwwww...

Hi & Assalamualaikum.

Korang sihat? i hope semua sihat. macam biasa i lazy to write. my vitamin malas banyak sangat dalam badan. hehe.. lama sangat tinggal sampai caption pun tak tahu apa nak letak. anyway i baru berjinak-jinak konon nak vlog. (sila muntah beramai-ramai) haha. cita-cita tu kadang merapu tahap langit ke 7. nak edit video pun tak pandai.. i juz guna aps kat my phone. youtube tu dah lama ada. merapu pun banyak jugak. sama macam i mula join blogging. tah hapa-hapa i melalut. lepas marah pun ada gak. well bak kata orang zaman jahiliah. the world change so do i. in sha allah. my first video yang i rasa best jerrr  i compile jadikan 1 video masa my tokyo trip May lepas. nanti uols tengok like and komen laa k.


kalau suka subscribe and like and leave a comments kalau ada.. lolz. 😋..  7 days 6 nights in tokyo was an awesome trip. kat sana public transport super senang and supper efficient. i x der tips sangat pun nak share ngan uols. just kalau nak gi holidays make sure study the places that u want to go and plan la better. my last tokyo trip tu i last minit tetiba rasa nak g.. so i did study semua in a week je kot.. haha yahh i know its a bit crazy but with my life partner ada so tak takut laahh... jalan jer.. i rent the apartment using Airbnb so memang senang gila. and my host pun friendly membantu juga la. student malaysia pun ada kat sana. my cousin ask her student kat sana bawak i jalan 1 hari ja jalan-jalan town tokyo. bump into ramai malaysian but 1-2 ja yang ramah and plus jumpa sorang abang ni siap bawak kami jalan-jalan tempat murahhh weiiii... hihihhihi sampai die pun terjebak shopping ngan kiterang. nama kedai 'Kinji' kedai bundle and kedai 2nd hand high class hokeyyyyyy.. terletak near to Shinjuku station. hubby bought jeans kesukaan dia and i bought 1 bag LV and few bags lagi lahh.. Kalau ke Jepun, Mount Fuji tu harus dilawati masa nak balik i singgah Gotemba Premium Outlet. seriously MURAH GILER. i bought watches and some cloths la.. Coach pun boleh tahan murahhhh hoih.. jauh beza harga.. banyak jugak laa cover tempat tapi serious tak puas. poket pun dah kering balik malaysia dulu and cari duit balik.. hehe.. ehh apa lagi korang nak tahu?? makan?? makan tak susah kat sana.. banyak je halal food.. especially kat Ueno. kedai kebab pun ada banyak jer.. benda paling penting kena ada i rasa internet or pocket wifi. senang laa nak ke sana ke sini. surprisingly kat sana pun boleh guna waze. kami sewa keta sehari untuk ke mount fuji and gotemba. sebab harga transport sama ngan sewa keta sebijik. so baik sewa keta lama sket boleh merayau. kalau naik public transport kena ikot jadual pulak.. memang shiok.. ada ke holiday yang tak shiok hahahah.. kalau dah nama pun holiday i rasa tak da sapa tak suka.. ok laa korang sampai sini dulu.. nanti sambung lagi k.. cerita pasal lain plak.. but if korang ada nak tanya apa-apa silalah tanya. jangan malu-malu eccehhhh.. hehe.. good night and assalamualaikum. 

Lots of love 
Me ^_^ 

Note: “To be yourself in a world that is constantly trying to make you something else is the greatest accomplishment.” -  Ralph Waldo Emerson


Monday, August 15, 2016

I am Flyingggggggggg...


Assalamualaikum... sekian lama.. seperti selalu kesibukan menjalankan tanggungjawab harian...

Untuk this year i kerap balik kampung... 

Kerap jenguk-jenguk mereka yang i sayang... 

Mungkin terasa diri dah semakin berumur... 

Suatu masa nanti mungkinkah jantung ini akan terhenti...  


Selagi masih bernyawa.. selagi itu tanggungjawab ini akan ku cuba laksanakan.... 


Akan ku cuba habiskan masa yang ada untuk mereka yang tersayang.... 


Nampak tak tu... indah sungguh ciptaanNya... 


Melihat kecantikan pemandangan di atas awan... 


Sekalipun tak inginku sia-siakan peluang yang ada... 


Hampir mendarat di Kota Baharu, Kelantan. 



Good view for Good People... Ecehhhhh.. hahah.. 


Breakfast Nasi Dagang Kedai Pokok Cherry... Terbaik!!! 

Wordless!! 

mamamiyahhh!! 

This is how i spend my Saturday... 

oklah sampai sini dulu... 

Lots of love 
me 
^_^ 

Note: "No matter how much it hurts, you have to hold your head up & Keep Going" 

Tuesday, June 28, 2016

PERKARA SUNAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI


PERKARA-PERKARA SUNAT YANG SELALUNYA DILAKUKAN APABILA MENYAMBUT 
HARI RAYA AIDILFITRI


  1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (sama ada secara hisab atau rukyah). 
  2. Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.
  3. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.
  4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
  5. Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.
  6. Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

         7.  Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :

Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.

         8. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat:

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabirra (Hadis riwayat Bukhari). Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

9.     Memperbanyakkan bersedekah.

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.

Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barang siapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahandari kesusahan-kesusahan di akhirat."

Sumber dari Laman Masjid Wilayah Perseketuan. 

Semoga bermanfaat buat kita semua.. 

Lots Love 
Me ^_^