Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Thursday, June 13, 2024

Since that Day

Since that day my heart really break into pieces.

Since that day i don't have the energy to update anything into any of soc com. 

Since that day I felt their pain and sadness. But they the one who know the real pain. 

Since that day feeling hard to just move on.  

Since that day i try my best to be a better me. 

Since that day i pray hard. Pray for the safety me, family and all. 

Since that day almost everyday my tear drop. 

Since that day i deeply look at the faces that i love the most. 

Since that day i do lost in my journey sometimes. 

Feeling of crying the whole day.. Feeling far.. 

Since that day... 


xoxo 

me 

Wednesday, April 3, 2024

24 Ramadhan kejap je! Datang dan pergi. Semoga jumpa lagi Ramadhan

Assalamualaikum. And salam sejahtera. How is it korang punya ramadhan? Hope uols punya ramadhan semua best! Enjoy every moment yang ada. What ever happen kepada saudara islam kita kat sana, always pray that there will be a solution and will end 1 day. Also pray that kita semua umat islam seluruh dunia sentiasa dilindungi. Since the war till date iam still boycotting and will forever boycotting in sha allah. Semoga hati ini sentiasa kuat. Don’t know why, i feel so sad this year especially for them negara yang terhapus di peta dunia. Rasa tak adil dan marah. Allahuakbar. 

Apapun syukur pada yang maha berkuasa kita disini masih merasa lagi ramadhan yang sempurna. Well ada good news nak share. I tukar department lagi. Back on my PA’s life to my cute CIO. Baru 3 hari. Allah maha baik. Sesungguhnya i need to do beribu kali sujud syukur. Selalu dapat bos yang baik. Alhamdulillah. A bit busy and high expectation and in sha allah i will do my very best. Korang doakan k. Syukur i masih ada kerja yang baik. Well of course dalam jiwa deep down i feel sad. Setiap kali pi kerja bukak je social media meruntun hati menangis. Ada jiwa yang sedang bersedih. I risau. Serious risau. 

Life must go on. Duit boleh cari. Nyawa hilang mana nak cari. I syukur my mom is living with me. I memang nak sangat my mom stay dengan i. I tak nak jauh dari dia. Syukur that till today i masih dapat rasa masakan dia almost everyday. Moga i dapat jaga my mom selagi hayat i ada. Selagi mampu. I also nak selalu ada untuk my family. My husband and anak-anak. Nak spend more masa with them. 

I raya kat KL and Selangor je. Since my mom stay dengan i. I dah tak balik kampung. Rindu jugak nak balik. Tapi bila fikir traffic azab wei. I think i had enough with the traffic. Trauma rasa hahah. Syukurlah my mom pun tak nak balik. My mom adik beradik also semua raya in town. So ok la. 

Tinggal lagi berapa hari je puasa. I hope kita semua tak akan putus doa untuk diri kita dan saudara-saudara kita yang dalam kesusahan. Berjuanglah kita sama-sama. 


Another year of Tadarus and Khatam Quran. Alhamdulillah iam so happy. Thank you Allah for this. Just a little gift for me. Reward my self for khatam. Every year our sports club tempat i kerja ada arrange for tadarus dan khatam quran and without fail. This is why dulu i choose untuk kerja kat sini. 16 tahun dah. Alhamdulillah stand still and stronger. Semoga terus kuat rezeki i kat sini. Selagi mampu i akan buat yang terbaik. Kita semua kena selalu buat yang terbaik. In sha allah Allah pun mahu kita sentiasa rajin dan buat yang terbaik tak kira dalam apa jua kita buat. Allah maha dengar. Allah maha pengampun. Hanya Allah swt tahu apa yamg terbaik buat kita. 

Will end here for today. Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin in advance ya uols!! Aci tak wish awal. Hihih. Take care taau korang. Ingat! Always do best in life and never take anything for granted. 

See yah!! 

Lots of love 
Me 
^_^


Monday, February 19, 2024

Healthy Lifestyle! Boleh ke ni? Misi 2024! Sedih dan Gembira?

Assalamualaikum and Selamat sejahtera you alls!! Time flies so fast. Rasa tak puas lagi di tahun-tahun yang sudah. Life must go on somehow. As for now i manage to work out at least once a week. Ok laaa kan better than nothing. And yet so far i did not check on my latest weight. Because i don’t feel that im losing much but maybe a few inch lost. It is not easy i suppose. After a few years my weight 68kg and stagnant. Now still the same i guess because i still feel sama je. So i decided to just stay positive and focus to work out not losing weight but to stay healthy. Nak jaga jantung, nak jaga cholestrol and semualah.  Yearly medical check up for full body pun i ada buat jugak. All is well alhamdulillah. Fikir nak sihat je ni sha allah will do my best. 

Lately my soul is feeling a bit sad and feeling lost. Sometimes sad sometimes happy. Tak boleh nak gembira sangat. Tengah makan pun teringat mereka ni. Apalah dosa mereka anak-anak kecil dan orang tua yang lemah. Because of the war that everyone knows about it and we all can only see and pray for them. Yang pasti mereka adalah insan terpilih. But still watching the kids suffer my heart wrench. I think semua orang pun feel the same way too. Sometime bila i terfikir all of this, no matter what u do, no matter how successful u are and rich u are, when you are losing the people you love, i feel like losing everything. Losing yourself and all. Everything that we had or even status is Nothing. No meaning at all. Only love and prayers for them that we all could do and hoping miracle happen. May all of our prayers is answered. I think its time semua manusia bersatu hati. Tak kiralah negara mana atau bangsa apa pun. 

Apalah daya kita. Walau menangis sampai lelah. Langkah menjadi lemah. Hanya Allah swt tempat mengadu dan bergantung. Semoga ada cahaya bagi mereka semua yang dalam kesusahan. Semoga cepat peperangan ini berakhir. Semoga ada yang bela nasib mereka. Sedih dan penat tengok keadaan mereka di sana. Semoga kita juga tidak putus-putus doakan mereka. Kita saksi yang melihat their starvation, surviving, bertahan demi hidup. Allahuakbar. Sakit rasa dalam hati ni. Mereka hanya cuba bertahan dan mempertahankaan hak mereka. I can’t imagine just put ourself on their shoes and just ambil sedetik masa dan seketika untuk selami perasaan mereka. Losing their parent and all. Sedih sangat-sangat dan kecewa. Still, apalah daya kita nak melawan mereka ni. Semoga Allah bantu mereka ini ya Allah swt. Hurtful.. Heart breaking after breaking. Kemurungan. Semoga semuanya berakhir dengan cepat. 

Kita disini sesama manusia hari ini. Cemburu tak payah cakaplah. Mengata, mengumpat, menjatuhkan sesama sendiri. It happen to me too though. To stay positive is to surround myself dengan kawan-kawan yang best. Tak de kawan pun tak pe lah. Lantak pi orang nak cakap apa, asalkan kita happy dan kita tak kacau orang lain pun. Biarlah orang buat kita. Kita pulak jangan sama level dengan mereka-mereka yang negative ni. Buat hal sendiri lagi bagus. People come and go also. Dari sudut pandangan yang positive pula. Orang-orang yang macam ni laa buat kita lagi strong. So, chill je and trust the process. Janji Allah itu pasti. 

There is so much to say here. Nanti sambung ok. 

TBC. 

Lot of love 

Me 

^_^ 

nota kaki: ‘terbanglah setinggi mana pun, usah lupa selalu tunduk kebawah!’

Wednesday, January 24, 2024

Hello 2024!

Assalamualaikum uols and Selamat Sejahtera. Macam biasa my life and my blog tenggelam timbul. Nak kata malas tak jugak tapi ketandusan idea. Tak tahu nak update apa. Now dah extra busy ulang alik Segamat - KL. My second daughter dah belajar kat segamat. Bila dia cuti sem je berangkut laa kami macam nak pindah rumah. Haha. Sem baru bilik baru and roomate baru. Kerja baru untuk kami 1 family. Habis dah Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Melaka kami dah explore. Setiap kali hantar dia kami kadang lalu hiway kadang lalu jalan dalam bila tak rushing. Sampai tak tahu nak ke mana dah. 

Budak-budak bila makin membesar makin banyak perangai. Lagi banyak anak lagi macam-macam karenah. Pening kepala. Workout on azam baru. I rasa i repeat je lah yang tahun lepas. My life has been so much things to keep up. My routine is almost all the same jer. Nothing much. Cuma makin busy. My 2 daughter masih lagi on their taekwando training. So yah weekend pun still macam tak der cuti. No choice but be strong. Hell yeahhh orang lain lagi teruk dugaan dan ujian. Kita ni apalah sangat. 

Some people ni suka compare. Compare kehidupan. Siapa lebih. Siapa kurang. Konsep syukur dalam diri tu mungkin kurang. Sedih memang sedih. Lagi-lagi orang yang lebih dekat dengan kita. Feeling super sad.  Syukurlah kita apa adanya. Ada pekerjaan yang baik. Ada orang yang kita sayang di sekeliling pun dah cukup buat i sendiri bahagia. Macam i sekarang. 


Kita yang pilih cara untuk bahagia. Walau sekecil perbuatan. I tetap cuba menikmati setiap saat yang ada. Enjoying my coffee and my favorite croffle pistacio. Layan je lah. Dah dekat nak magrib waktu ni. I singgah balik dari kerja. Just to take a deep breath sebelum nak hadap family kat rumah. Not always laa i do this. But very seldom that i need my time break. Before magrib or before isyak i balik lah. As long as i dapat solat magrib. Kewajipan harus di dahulukan. Somehow coffe and my life memang tak boleh dipisahkan. Hopefully kat syurga ada lebih dari ni. Ituoun kalau aku layak. In sha allah. 

Maaf tau uols i dah jarang update blog. Masa dan idea kat kepala i ni tak menginzinkan. Huhuhuhuhu. Will try to get my momentum on track. Will try to push my self more and more. I work out pun tak tau. Haih teruk sangat ni. Badan pun jadi cepat letih. After magrib pun i dah tak boleh bukak mata. Trying my very best. 

Btw before i go. Kedai kopi ni baru buka kat my house. ‘Ichi Coffee’ at Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. korang carilah kat Instagram and waze pun ada klu tak silap. Very cosy and tenang-tenang no rushing. If datang weekend memang havoc lah. Ramai dah tak berapa nak tenang. Mahahaha. Rezeki kedai ni. This place dah jadi my favourite place! Akak kedai ni baik. Akak ichi coffee u are going to see me always here tau. Jangan jemu tau tengok saya. 

K lah uols i got to go. Update more later k. I miss blogging so much. 

Much love
Xoxo 
Me ^_^


Friday, February 3, 2023

Progress for January 2023

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua…

Buat apa tu uols bz keeee tuuuu?? Mesti ramai dah start healing. Sebab i tengok ramai dah start bercuti luar dan dalam negara gitew. I pun ada jugaklaaa pergi healing tu hikhikhik. 

Setakat hari ini azam nak jogging tu masih suam-suam kuku. Minggu lepas i miss my jog. Buzy kesana kemari but ok laaaa good progress. Lari pun paling jauh about 3 km for now lah. In sha allah will tambah more km slowly. 


My loyal pink shoes. 


Jog my house area. Ni dah 8 pagi lebih kalau tak silap. 

Ok lah kan dari tak jogging langsung. Kena jugak paksa diri demi kesihatan diri yang dah semakin menginjak usia ni. Kena kuatkan jugak semangat. Then about work. Since my boss dah retire i dah start looking for a career progress at my work place. Alhamdulillah rezeki berpeluang stay di Finance Department just i buat something new using the IFCA system for billing. Masih belajar dan masih terkapai-kapai belajar mahirkan diri menggunakan system ini. One thing i can’t get rid in mind that i feel old to do or learn new thing. I need to buang all this sampah thinking. Im still young and forever young. Hidup ni memanglah padang untuk belajar setiap sesuatu sehingga hujung nyawa. I dah pindah juga my workstation. I no longer having my own room but in my own cubicale. Happy je still having my own space. Im lucky alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk buat apa yang i sendiri minat. Duduk jer office diam-diam and kutip hutang dari tenant. Mihihihihi. I still kena cover kerja kat the Corporate Office if the Secretaries taking leave or away for awhile. Kehulu kehilir lah i dengan lappy sampai helper kat office confius i ni buat kerja merata tempat. Tak pe lah as long as i buat kerja yang hakiki. Kena syukur apa yang adaa. Janji happy dan happy kan orang sekeliling i. 


My new work station 


Happy me. 

Terima kasih Allah SWT. Tiada benda yang senang yang penting kena berusaha. Tak nak sesekali ada rasa putus asa. Still yes iam so happy dikelilingi sahabat-sahabat di pejabat yang sangat supportive, positive dan semangat kekeluargaan yang sangat baik. 

Sampai disini dahulu coretan minggu ini. Korang take care okeh. Nanti sambung. Nak pi healing sat. Hehe.

Much Love 
^_^ 
Me 




Thursday, January 5, 2023

Life as PA and New Year New Motivation

Assalamualaikum semua & Selamat sejahtera.

Dah breakfast ke tu?? I dah makan roti and coffee. Hopefully semua in good health. Now tgh cuba nak paksa diri, rajinkan diri untuk update blog. Hopefull that not making you alls boring huhuhuhuhuhu… My boss GCFO baru sahaja retire. I’am counting for the new boss to come in. Maybe in 2-3 months perhaps earlier. In the mean time iam assisting all in the corporate office. So far i am happy with my job walaupun i was thinking of upgrade try something new. But i am so sayang my job as Personal Assistant. PA ni banyak kena buat kerja multitasking. Doing alot of things sebenarnya tapi i sangat-sangat passion on what i am doing. The duty also sometimes need to standby 24hrs. I love to work closer to the boss. Taking care of their schedule, meetings and all including their personal matters. As an PA also must know how to handle all the confidential matters. Always alert knows what is priority. Always professional when it comes to work and also nak kena neat and always look pretty hahaha. Well kena laa cantik selalu kan. Baru lah boost all the positive energy and level up the self confident in sha allah. Kebiasaan i akan sampai office 8am. Awalkan? I kena awal so that i can go breakfast. Chill-chill dulu sebelum start work. Alhamdulillah working hours dah fix 9am-5pm. 


               This is my old work station where i can see the traffic. My boss room infront i je.  



My new room and sebelah is my boss room. 
Workstation kena selalu kemas dan cantik barulah semangat nak datang kerja kan kan kan. 


The view from my desk. Boleh laa tgk hujan ke. Orang main tennis ke. Hehe. 


My Boss room. 


The view from my boss room. Best. 


If boring boleh laa jalan-jalan cuci mata. 

So yah ini laaah dia my workplace. Tempat i cari rezeki. So far i kat sini hampir 15 tahun. Alhamdulillah. Semoga rezeki terus berpanjangan dan melimpah ruah buat i dan kita semua. Kerja ni kena rajin. Jangan putus asa. Kena sentiasa kuatkan semangat. Demi diri dan juga keluarga. Setiap perjalanan pasti ada ujian dan rintangan. Stay strong tau. Stay positive. Stay happy. Allah swt suka dengan orang yang sentiasa berusaha dengan apa jua yang kita lakukan dan lakukan yang terbaik. In sha allah kita semua pasti berjaya.   That’s all sharing for today. More exciting story soon ya. Tungguuuuuu.. 

XOXO
Me 
^_^ 

Tuesday, January 3, 2023

Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum you alls!! And selamat sejahtera…
 
Selamat Tahun Baru 2023 you alls!! 

2023. It’s finally here!! OMG how time really flies!! Well i’am still here being me and in sha allh awesome too 😝. 2022 has been super great to me.. Time pass by seriously super fast. And yet yes i think everyone is having a wonderful year too in sha allah. Life like always been a roller coaster kan. I’m sure everyone is doing great. I heard the new variant of covid-19 is kick in. But somehow i hope it is not that serious. Most of the time i did no wear mask pun.
 
Today 3rd of Jan 2023. Laju je kan. Apa azam baru korang? Yang tahun lepas tercapai tak? Hopefully semua orang dapat capat segala yang diimpikan. For me much more or less almost all completed. Not much but much more grateful dengan apa yang ada alhamdulillah. Tapi ada satu azam ni yang almost every year belum tercapai iaitu azam nak kurus. Badan makin debaaaabommmmmmm. Entahlah tak tahu nak salahkan siapa. Yang pasti shuben selalu ajak teman dia makan. I pulak sometime tak tertahan tengok dia makan macam sedap je. Dia selalu having a very late dinner. Sebab dia balik kerja plus ngopi dengan kawan sampai rumah lambat sentiasa. I kalau boleh nak cut off time makan lebih kurang dalam 6-8 malam. Tapi apalah daya hawa nafsu senipis kulis bawang. Tapi i dah start semalam teman en suami makan tapi i makan sesudu jer nasi. Harap dapatlah i kawal my diet ni. Hope so. Now im 68kg tau. My mission is to get at least 60-65kg. Doakan i tau you alls. 

Jap jap i nak list azam baru :
 
1. Turunkan berat badan (setiap tahun ada azam ni kikikikiki..) 

2. Eat clean and healthy (try eat less rice) 

3. Start work out at least once or twice a week
 
4. Update blog sawang ni at least once a month (ni lagi 1 kepoyoan. Gadget dah macam-macam upgrade tapi still jarang update. Everytime nak update i ketandusan idea and tak tahu apa nak share walaupun sebenarnya banyak je benda hahaha..) sorry tau you alls.   

5. Handphone baru utk en suami (in sha allah klu ada rezeki)  

6. Nak tambahkan simpanan (amount rahsia) 

7. Nak renovate rumah sikit 

8. Paragling KKB

9. Travel tu wajib (in sha allah di dalam radar) 

10. Baca Quran and khatam lagi. 

Sajer nak cukup kan 10. Merapu and berangan je lebih haha. Berangan tu free kan. Mana tahu semua list ni tercapai tahun ni. Walaupun i heard that people is saying the economy this year not doing so good. But somehow life must go on no matter what. Kita harus terus berusaha selagi hayat masinh ada. Selagi masih ada lagi kekuatan dan jangan sekali putus asa. Semoga kita semua terus semangat berjuang!! 

My wish is may all our wish and mission and vision this year will achieve succesfully in sha allah. Good luck tau korang semua. Let’s just do our best. The best that we all can!! Sampai sini dulu okeh. 

XOXO 
Me 
^_^ 

Saturday, August 20, 2022

Jumpa orang yang salah !

Assalamualaikum & Hi korang!!.. 

i believe in one thing.. when you do good. Good thing will come too in sha allah. Nothing in the world is perfect. Somehow kita yang buat dia jadi perfect. All the effort is come from our ownself too. Likewise same goes with any relationship in the family, friends mahupun life partner. Semuanya dari diri sendiri. Kena banyak sabar and toleransi. Give others a chance and give ownself a chance to be better. 

In order to make the change. I prefer to change diri kita ni dulu. Cari mana silapnya. I always try to do things better, best & perfect. Memanglah penat. Tapi in sha allah penghujungnya it will be all perfect. Iam sure all the hasil yang kita buat akan dapat pulangan yang lebih hebat. Now days dah tak boleh nak malas. 

I want to be better and a better muslim too. Cuba. Jangan tak cuba. Kadang-kadang its hard nak lawan dengan perasaan sendiri. Rindu juga nak macam zaman muda. Hangout with friends and do crazy thing. Pakai skirt. Colour rambut. Set rambut. Curly ke. Eh macam-macamlah. But now still i can do crazy thing cuma limit lah. Nak berhijab. Nak jaga aurat. Nak jadi better. Why not kan. Entah just the sudden i jadi malu dengan diri i sendiri. Rasa malu. And so i decided to change and slowly. Alhamdulillah i dah berhijab dari 2014 and till date. Syukur sangat. Kadang-kadang tu ada jugak rasa nak free hair. Tapi yes i get to fight with that feeling. Maybe doa dari family & sahabat. Thanks mama, abah and semua yang doakan. 

Owh. Back to the subject discussion on my title “Jumpa orang yang salah”. Is actually is about the love life or in friendship life or anywhere lah. Well. Jumpa orang yang salah is also the process of learning. Learning to be better. Susahlah i nak explain. But i hope that semua orang can think positive. Things happen for a reason. Allah swt ada sebaik-baiknya perancangan buat kita. Never stop praying ask for forgoiveness and cahaya dan hidayah. Kena banyak sabar. Like i said. Life is never been perfect. Tapi kita yang buat dia. As long as kita rasa apa kita buat tu betul and tak salah. Do best in life. Bagi peluang 2/3 kali untuk orang yang kita sayang. If nothing change then we make that change. Have to be strong in life. 

Well this all that i share dengan korang is part of my phase of life. Me life just sederhana. Cuma just nak a normal life and kehidupan yang tenang. Malas nak gaduh-gaduh. Malas nak berebut-berebut. Just do best. Do what ever is right. Do what make my self happy and tenang. Ketenangan dalam hidup ni no 1. Maybe faktor umur hidup i jugak kot. Nothing to rush. Just chill. Still iam not perfect. But i will try my best to be perfect. Syukur apa yang ada. Syukur masih boleh bernafas. Syukur ada yang sayang. Syukur alhamdulillah. 

That’s all for today. In sha allah i will be sharing more okeh. 

Much Love
Me 
^_^ 
Xoxo 

Jangan lupa like & subscribe hahahah ‘Tibehhhhhh’ 



Friday, August 5, 2022

Hi Korang!!

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Korang buat apa tu? Rindu i tak. Mestilah rindu kan kan kan (perasan hahah). Saja nak update korang i ada hobi baru tau. Mahahhaha. Gigihlah macam orang muda tapi ahh lantaklah. I just nak enjoy this life while i still can. Barulah nampak muda gitu kan. Sekarang ni, zaman ni, ramai lah orang hobi basikal lah, motorlah, hikinglah, dan i tak nak laa jugak ketinggalan walaupun umur dah 4 siri(shhhhhh diam je tau) hahahhahah.. i suka ronda2 dengan my new toy my scooter letrik. Alaaa yang macam beam tu yang sewa rm 30 ke brapa tah sejam tu. And so i decided to own 1. Sebagai permulaan untuk beli scooter soon. I mean the real scooter motocycle. Eh jauh sangat beza tu. Well e-scooter to i beli sebab kot malas nak jogging. Jogging dulu tolak je scooter tu pastu penat balik je ngan scoot tu… mahahhahah bagus tak idea hamba. Bijak kan. 

E-scooter ni i think klu kat luar negara biasa je kot. Tapi kat Malaysia ni baru nak up kot. Ke i yang lambat. Eh tak pe lah. Senang nak pi mana2. Boleh bawak je. Tapi klu nak angkot berat gile ya.. pada i berat. Baik tolak je. So far so good. Easy laaa nak bawak pi mana-mana. Kalau bercuti mana-mana pun boleh laa i angkot sekali. Kalau dulu-dulu zaman remaja i memang suka main roller blade. Mana i pegi pun i bawak. Tak caya tanyalah my mom 👅. I just suka semua benda-benda camni. I beli yang tak mahal sangat pon. Biasa je below 1k. Pada mula nak beli yang pro2 tu. Tapi bila fikir balik adoi harga macam nak beli motosikal. And plus i nak pergi mana je pun. So far i dah survey function semua lebih kurang ja. I am so happy with my purchase. Alhamdulillah leh main sama-sama ngan family and plus kawan-kawan juga. Seronok bangat!! 

Ok if korang tanya azam yang nak kurus keding tu. I am still dalam progress. Susah sket sebab i nih memang suka makan. Sanggup ye ambil cuti just nak pi holiday and enjoy makan. As for now iam who iam and i beringat jugalah jaga makan. Al maklum dah 4 siri ni. Saya sedikit berhati-hati dan cuba yang terbaik untuk control my diet. 

If you want to now more about the e-scooter or where to buy, just comment down below and i will share the details k. 

TBC. 

Xoxo 

Me 

^_^ 

Saturday, January 1, 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera you alls !! 

Selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini lebih baik dan tahun-tahun yang akan datang. May all good in sha allah. I sememangnya terlalu sibuk. Masa yang ada adalah masa untuk i berehat sejenak. Semoga covid nih juga cepat terhapus dimuka bumi ini. Semoga hujan tidak berterusan. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt. 

Maaf kepada semua kerana blog semakin hari semakin bersawang. Tak pernah lupa. Cuma saya mengisi masa untuk keluarga. Dan masa yang ada membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Saya tak pernah lupa saya ada blog hehe. Cuma waktu sangat cemburu. Dan waktu yang ada ku isi sebaik-baiknya masa yang ada. I hope korang pun berbuat yang sama. 

Hidup yang bagaikan roda. Naik turun bagaikan nafas kita ni. Sesekali merasa lelah akan tetapi kita harus kuat melangkah. Tak mahu sedikit pun sia-siakan setiap hembusan nafas yang Dia beri. Semoga kita kuat. Dugaan dan ujian itu pasti ada pada kita semua. I know that we all can handle it. Walau kadang hati jadi gusar, bimbang, resah, gelisah tapi i ingin sentiasa lihat kedepan. I mungkin nampak kuat tapi KUAT sahaja pilihan yang kita ada untuk tempuh segala-galanya. 

Syukur hari ini kita masih diberi peluang. Peluang untuk terus bernafas, berjuang, bekorban apa sahaja demi hidup. Demi orang sekeliling kita dan orang-orang yang kita sayang. 

Kepada sahabat yang terkesan kisah lalu semoga anda kuat. I mungkin tak rasa perit jerih hidup yang korang lalui. Tapi i berdoa semoga semua terus bangkit. Cari dan terus cari. Syukur masih lagi ada yang sayang. Masih ada yang perlukan kita. Masih sihat walafiat. Terima kasih Ya Allah swt. 

Hidup harus diteruskan. Mungkin cuba sesuatu yang baru. Mungkin pengalaman yang baru. New adventure. Dan i akan terus mencari. Korang jugak tau. 

Let’s explore life!! 

Sampai sini dulu k… 

Xoxo 

Much Love 

^_^ 


Thursday, October 28, 2021

Dari hari ke hari

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera

Semoga semua sihat hendakNya dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Dari hari ke hari kes pun dah semakin menurun. Alhamdulillah ramai dah mula bercuti dan pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga yang setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah syukur kita semua masih lagi ada peluang untuk terus hidup dengan aman dan selesa. Masih diberi kesihatan yang baik. Masih diberi rezeki yang baik dan luas dalam pelbagai bentuk. Walaupun ada yang agak struggle untuk mencari nafkah untuk meneruskan hidup. Selagi ada daya. Selagi ada nyawa. Semoga kita semua terus kuat hadapi dugaan dan ujian hidup ini. Dan yang pasti semua pun ada pengajaran dan hikmahnya. 

Dari hari ke hari. Sedar mahupun tak sedar kita semua sedang belajar. Belajar untuk bersyukur. Belajar untuk bersabar. Belajar untuk hadapi segala kesukaran. Dan anggap semua ini satu kekuatan. Buktikan pada mereka yang kita kuat. Semua ni hanya untuk mematangkan kita untuk menjadi lebih baik. 

Hujan lebat membasahi bumi yang setelah berhari-hari panas. Syukur alhamdulillah Allah swt masih sayangkan kita. Beri kita hujan. Aku tetap manusia biasa. Tetap seperti orang lain kadang-kadang ada naik ada turun. Emosi ada masanya terganggu. Ada masanya aku mahu sendirian. Syukur kita masih ada semuanya. Orang yang kita sayang masih ada disisi. Beri segala kudrat yang ada. Bahagiakan satu sama lain. Selagi nyawa ada. Buatlah yang terbaik selagi diberi peluang. 

Cuma. Kadang-kadang tetap rasa sedih. Kecewa. Hampa. Iam not really a social media person. Tetapi kerana peredaran waktu dan semasa memaksa aku akur dengan dunia yang adakalanya memaksa. Kalau tak follow nanti tak in pulak. hahaha. Tapi itulah. me just being me. Hanya kenal aku tahu aku macam mana. Bila aku marah aku pilih untuk diam. Bila kecewa pun aku diam. Entahlah. Happy pun kadang aku diam je. Diam tu pilihan yang terbaik. Tenangkan jiwa yang marah. Spend masa dengan keluarga. Selagi ada masa. Selagi Allah swt masih beri kita waktu. Gunalah dan bersiaplah. 

Let it go. Let it flow like a river. Just move forward. Don't look back. Be happy. i worth it. you worth it. Do best.  

Dari hari ke hari 
Waktu 
Masa 
Semuanya berjalan pantas sekali 

Much love 
Me 
^_^

Sunday, October 25, 2020

Rasa Rindu Yang Teramat!

Ya rindu! Korang pun mesti rasa yang sama. Rindu nak bebas. Nak jalan sana sini. Nak jalan dengan family and kawan-kawan. Nak makan tempat yang kita suka. Nak try restoran baru. Nak main basikal. Nak hiking. Semualah. Tapi apalah daya Covid-19 bermaharajarela. Kalah pak scammer. Yang si scammer plak duk kacau orang-orang tua yang tak berdaya. Allahuakbar. Semoga Allah swt lindungi kita dan keluarga kita semua. 

Banyak perkara menimpa kita semua. Bagaikan tertimpa-timpa. Yang nak naik pangkat. Yang nak bonus lebih. Yang nak dapat credit. Yang rasa diri semua betul orang lain semua salah. Yang nak tunjuk mahupun menunjuk. Allah sedang menguji kita sebenarnya. Inilah hakikat yang kita semua kena lalu. Yang pasti yang Tamak pasti rugi. Tak semua kita nak kita dapat. Bila kita nak sesuatu. Usahalah. Rezeki tak kemana. Ibarat jodoh pun tak kemana. 


Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Hidup kita tak sempurna. Adakala kita kat atas. Bila kat atas kita jangan lupa orang dibawah. Pada i waktu ni lah kita kena muhasabah diri. Tengok balik dan audit semula. Mungkin ada salah kita juga. Mungkin ada yang i guriskan hati atau alpa. Masa ni lah kita banyakkan melihat. Buka mata dan buka hati. 


How i wish i could travel again. I know that we all feel the sama. Keselamatan lagi penting. Demi keluarga. Demi hidup. Nak keluar pun takut. Hidup kena teruskan. Cari jalan. Cari jawapan. Cari rezeki macam mana pun atau cara apa yang kita boleh teruskan hidup. Dan ini semua perlukan pengorbanan. Korban masa. Korban tenaga. 


Bukan masanya nak salahkan orang lain. Kalau dulu i muda. Umur belum 3 siri. I selalu salahkan my parents. Feeling trash. Feeling kalah. Feeling rasa kecewa. I put all the blame towards my parent. Never thought of married at early age pun. But somehow now. I rasa apa yang i lalu buat i jadi lebih kuat. And i am seriously thankful for that. Never take for granted. In sha allah. Masa mengajar i erti hidup. 


Masa yang singkat. Kita tak punya masa yang banyak. Itu pada i lah. Allah swt bila-bila boleh cabut nyawa kita. Berapa banyak amalan yang kita dah buat? Tepuk dada tanya selera. I tak perfect. I pun ada salah i. Masa sekarang pada i adalah buatlah yang terbaik selagi mampu dan guna masa yang ada sebaik mungkin. Be a better person. Kita rasa ada orang mengata ke mengumpat pasal kita pun biarlah. Tak rugi apa pun. Hormat tetap kena hormat. Lagi-lagi orang lebih tua dari kita. Yang hanya layak menghukum itu hanya Allah swt. I sedia memaafkan demi ketenangan hidup. Semoga Korang semua pun maafkan i kalau i ada buat silap. Yang sedar dan tak sedar. Allahuakbar. Ampunkan diri ini Ya Allah.. 


Biar orang tak faham. Tapi kita lebih faham diri kita. Allah swt lebih tahu. Dia yang merancang semuanya. Dia juga boleh ambil semuanya. Hidup ini hanya pinjaman. Yang sebenarnya rindu. Rindukan Allah swt. Syukur kita masih punya masa. Syukur juga masih diberi peluang dan rezeki. Syukur masih boleh duduk dan makan sama-sama. In sha allah jika dengan izin Allah, ada rezeki dan peluang bolehlah kita lepas rindu travel lagi. Kumpul lagi macam dulu-dulu. 


Hang in there wahai hati.


Lots of love 

Me ^_^ 

Berangan Tak Salah!

Hai and assalamualaikum! 

Buat apa tu? Dah makan ke? Masak apa? 




I masak tuntang tuntang jadi nasi goreng bodo for breakfast! ‘Janji isi perut’ kata shuben. Ok! Tapi salu licin jer nasi goreng i tu. hahah. I ada tanam cita-cita nak buka car wash and cafe on my own 1 fine day. My own business and my own sweet time. Tak pandai sangat masak tapi i suka masak yang simple-simple janji kenyang. I mean i suka masak yang simple and tak susah. I juga suka bersih-bersih cleaning nih bagi kat i jer. Tak expert tapi i memang suka mencuci. Tangan ni tak payah nak lembut sangatlah. I suka kereta yang bersih. Kalau boleh nak sentiasa bersih. Tapi untuk maintain kebersihan tu memang susah and penat. Orang keliling kenalah beri kerjasama betul tak. Berangan sambil cuci kereta, boleh minum coffee kegemaran kita and makan simple snack. It’s me time lah. Berangan tak salahkan uols. Hihihi. 


Tapi buat masa ni i lebih suka bekerja. Sementara boleh. Sementara masih diperlukan dipejabat. Sementara boleh enjoy bonus and increment. Enjoy family day. Selagi boleh ada duit poket sendiri. Selagi dapat berbakti pada mama and abah. Sports club lagi and all. Enjoy company trip and macam-macam lagilah benefit yang ada. Syukur Alhamdulillah. In sha allah. Selagi Allah swt izinkan. 


Sambil-sambil taip blog ni sambil jugak fikir nak masak for lunch. Tungtang tungtang jadilah kari ikan. Lunch dah siap. 




Simple as always. Dapat jugak tengok melodi. Selalunya i miss tengok. Sama ada i tertido or i masak. Sesekali tengok gossip terkini MeLoDi. Tak pernah tak panas. Haha. Buatlah apa pun yang kita suka dalam hidup. Jangan sesekali lupa pada tanggungjawab kita pada Allah swt. Pada ibu bapa. Pada keluarga. Pada semua okeh. 

Solat zohor kejap and lunch sat lagi with family. 



Xoxo guys.  


Lots of love 

Me ^_^ 


Saturday, October 24, 2020

Kerja rumah yang tak pernah selesai

Hai and assalamualaikum. 

Rindu tak? I rindu. I rindu nak blog. Rindu nak travel. Rindu semualah! Korang pun samakan! Banyak yang nak diceritakan. Yang pasti dan paling penting adalah i dah completed my master. Itu adalah paling menggembirakan i untuk this year. Alhamdulillah. My achievement for this year 2020. Now i can start blogging peacefully.

MCO, pandemic, covid-19. It is tough for semua orang termasuk myself. Somehow life must go on. Kita tetap kena teruskan hidup dan harungi ini semua in sha allah kita semua boleh. 


Jangan lemah. Kita kena kuat. Hari-hari i cuba sentiasa lihat kedepan. Buat benda yang i suka. Paling i suka. Mengemas and mencuci. Memang susah. Adakala penat. Tapi i happy. Seronok bila tengok rumah kemas and bersih. 


Hari ni lepas subuh. Basuh baju, sidai kain and I masak mac & cheese for breakfast. Tengok dalam peti ais apa ada so masak and jadi. Most of all setiap kali nak masak i cari resepi google jer. Thanks to google for making my life easier. 


Lunch i masak sambal sardin and goreng ikan jer. Since lauk semalam masih ada. Siakap stim and sayur goreng. Cukuplah tu. Then spring cleaning dapur. Berdiri sampai sakitlah pinggang ni ngemas. Let the kids n husband makan and i. Settle solat zohor. Then i makan. Phewwwww sakit gila pinggang. 


Bila penat. Mula laaa dalam pikiran nak gi urut la. Nak gi facial la. Tapi bila fikir sekali urut and spa 100 or 200 mesti terbang. Lebih baik buat beli makanan or barang keperluan yang lagi penting. Selalu macam tu lah. Tapi sesekali kena jugak self reward. Jarang2 sekali i buat. Setahun mungkin sekali. Tak salahkan rasanya. Itupun bila ada extra money. 


Well life is like that. Ada naik ada turun. And for now pandemic. Lagi kena bebetul pandai saving. Is really tough. Betul menduga seluruh dunia.  Betul tak korang? Somehow i hope korang semua stay strong. Together we can. In sha allah. 


I jot down more i promise. Later for more. 


Xoxo 

Lot of love 

Me ^_^







Tuesday, September 10, 2019

Sekian Lama

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera..

i do miss blogging alot.. i always do.. now i dah final sem for my studies.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. now nak kena nervous untuk project paper pulak.. nak kena pilih tajuk then submit for approval. still dilemma nak buat project paper pasal apa.. please pray for me gaiss!! kalau boleh nak complete it as soon as possible so that i can be free and success with flying colors.

i memang suka study.. nak buat apa-apa pun dalam hidup kita kena study, buat research and all. bukan mudah nak senang kan. the struggle is real. apa pun i nak buat yang terbaik. my first daughter pun dah masuk uni. the same uni as mine before. alhamdulillah she also made it in. i ask her to super duper focus on her study. so that she also can get a job and travel around the world. in sha allah. may her dream come true.

My second daughter is going to sit for PT3 very very soon. her exam almost there. almost. i also hope what ever that she dream will come true. i always wanted the best for my kids.

i hope after my final semester i will have more time blogging and vloging too.. in sha allah..

till then.. stay safe.. stay healthy.. stay happy..

Lots of Love
Me
^_^

Friday, February 9, 2018

Seniman Charity and Fun Run 2018

Hi and assalamualaikum uols... 

Life always has it up & down.. so sabar je lah dengan hal dunia ni.. selalulah berdoa dan sentiasa ingat pada Dia.. He will always ingat kita in sha allah.. 

i don't know why i have been so sensitive lately.. maybe i feel that im too old to argue with the things that don't necessarily need my action. 

when i feel uneasy with something i just walk away instead of arguing with some that so not worth it. chill. just do or wear the things that you or me like and love the most.
 as long as we all feel its rite.. 

and there's always a good way to give an opinion and advice. especially find the right time and place to do it.

Enough with this mix feeling.

Keep Calm & Smile.

Let me share with you the thing that i love to do on my spare time.. 

I love running. but not for a long distance just a short one. the longest run i registered before is 15km the new balance run. and now i only join for 10km. the latest is Seniman Run. it was fun. 

i love the positive vibes. meeting the positive people around. feel the happiness. 


Seniman Run 10 km at 4th Feb 2018. The Venue is at Finas, Kuala Lumpur. 
banyaknyer photo boomersssss... LOLs... 
Uols memang Cool Gilerr.. 


Kakak tyra lari hantu sama mama..
hikkk next time i'll register for you k.. 
the medal is yours. 
^_^ 


Just a slow runner. Janji sampai the at finish line. 
I feel good!! 
Alhamdulillah 


Kakak lari sampai tercabut tapak. lolz. laju kakak lari.
so yah..our mission accomplished. 
counting for next run in March. 

i did it again. yeayyy!! Medal for January Check.
February Check..

For Next run wish me luck gais!!! 

Lots of Love 
Me 
^_^ 

"Life Doesn't Require That We Be The Best, Only That We Try Our Best" 

Things Happen Always For a Reason

Assalamualaikum and Good Morning... 

What a tough title. well. things happens. always for a reason. 

"No disaster strikes except by permission of Allah. And whoever believes in Allah - He will guides his heart. Quran 64:11" 

i just want to finish each day and be done with it. i have done the things that need to be done. Ramadhan is almost there. my fasting mission is completed. alhamdulillah. 

Sometimes those tough time teach us to be better. Always stay positive even though you cannot. we need  and have to always end the day with a positive thought.   

the things is we all just need to be strong. and think about other may have more tough time than us. 

Chill.  

"Broken hearts healed. Maybe the cracks were always there, like thin scars, but they healed. People lived and worked, Laughed and ate, walked and talked with those cracks. For may, even the scars healed and the loved again." 

Stay strong. Stay Positive. Moving Forward. Be Kind and always stay beautiful. 

Lots of Love 
Me 
^_^ 

Friday, February 2, 2018

Azam

Hi and Assalamualaikum semua kawan-kawan..

As ussual it's has been awhile i know. The last i wrote is in November 2017. Lame yes i know. But it's never to late to start. Am i right?. Life must go on and on.

Let's talk about azam. So my azam every year is losing some weight. Am i achieve my mission? Of course is a big NO. Why? because i always have this reason rugi tak makan. Especially bila dah penat-penat, peluh-peluh ketiak and berpeluh kepala masak kat dapur. kah kah kah kah. I know it's always been like this many years.

So this year pasang azam lagi nak lose weight. tak boleh mengalah, NEVER!!  When i saw my old old pic geram tengok my betis my old baju. How i really fit in. Now pakai baju apa pun rasa macam tong tengah berjalan. Sabar jer lahhh! baju sekarang size M-L. Damm im big women now. hahahaha. Tengok orang work out waaaa jelesnya. i don't know why i don't get the spirit and even the energy. (banyak vitamin malas dalam badan).

The energy to even write. haih. Totally mess of me. sob sob. In sha allah im getting there. Collect all the energy boost. haha. I'am. Believe me. It's not easy tau. lolz. Alhamdulillah for how i grow (Gemok) today hahahha.. kalau jumpa kawan lama kat kampung. They said that my hubs feeds me well. hahahhahahha... i smile everytime i teringat the words 'Feed'. Thanks gais. I feel good about it. Thanks sayang u really did. What an achievement.

Most of my mission last year is accomplished alhamdulillah. Nothing much has stop me doing things i love. i have all the people who loves me and giving the full support. Syukur alhamdulillah for that.
Work wise alhamdulillah also. I love my job. Being a PA to my kind Boss. Nothing much more i can ask for. Just always stay positive no matter what. What really people think or talk negative. Hah!! what ever.. as long as i know or you know what is right. Just do my very best always.

So. For this year.  My mission is number 1. Write more about anything. good thing. that accross my mind. 2. Yes Work Out More. marathon, running, jog, or anything that can make me sweat. 3. Always be kind to all people. Good or Bad. 4. Work Smart. 5. Save more money in the bank. And there's more but let me keep it with my own self. hehehe. I cannot reveal everything. i want to surprise myself.

That's all for today. I will wrote more okay. I promise. hewww hew hewwww... What ever that me or you have plan, if its not really happen it maybe there's something better or good is waiting. Allah is always the planner right? He is. Always. Pray for the best always.

Best of luck gais!!

Lots of Love
Me
^_^

Note: "Never Stop Learning, Because Life Never Stop Teaching"

Thursday, November 24, 2016

Sekian Lama Menyepi..

Assalamualaikum..

Susahnya nak buat comeback. Nak rajinkan diri berjaga dan terus menulis. Kemalasan tahap A melanda diri entah sampai bila. Dah upgrade lappy baru pun still. Dah kenapa ngan dengan ko kena rasuk hantu ke apa? (cakap kat diri sendiri) haha.. Walaubagaimana pun yes memang tak lupa laaa kat belog ai ni. Dan kawan-kawan yang masih setia disini. macih. Dah hujung tahun ni. Korang semua dah capai ke matlamat atau azam masing-masing ke?. I'm sure korang dah tahap A gak kan. hihi Sama laa kita. I think my mission completed. Semua Checked and in sha allah Achieved with flying colors giceewwwwww. Well my First daughter dah settle PT3 tengah debor tunggu result bulan doblas ni. Yang 2nd daughter UPSR settle. Alhamdulillah Cik Piya did her best. Mama always proud. Result semua lulus walau tak semua A. no worries mama sayang awak till jannah in sha allah. Susah kot silibos baru ni. Nak citer banyak pun tak guna isu kaedah pembelajaran sekarang. Maybe pihak gomen nak cuba make new things and upgrade. So kita semua kena positip dan redha jer lah. Kids pun dah buat yang terbaik. For now kita kena start buat list untuk KPI tahun depan plak yer. Past is past. Move on and just continue the journey. Pandang kedepan. Bukan ke langit. hahaha.

Biasa la hampir hujung tahun ni. Kita kena mula kena fikir kita punya next strategi. Next journey and next adventure. Malindo, Air Asia and semua syarikat penerbangan pun tengah beria buat free seat promo untuk tahun depan. Apa lagi korang start diggin in and plan your next journey. Siapa tak suka pi holiday kan. Orang gila ja tak suka kot. Nak pi jalan ni kena plan bebetul and kewangan pun kena cukup tau. Lagi apa lagi nak buat. Owh ya, plan dulu yang paling penting orang yang berfamili macam guwe.. Preparation Back to School tuh wajib diutamakan. Then leh pikir nak pi jalan mana. kikiki. Fenin-Fenin. Ok. Jangan penin-penin sekarang semua benda boleh gugel and beli jahhh online. Senang boleh jimat masa and tenaga. So kiddos barang sekolah korang tgk online and let me know korang nak beli apa. Get the list. And derrrrrr make the list yang penting-penting dulu yaaa.. hehehhehe. ok lah mata pun dah pedih-pedih. i tido dulu. slow-slow laa k i buat come back. Harap bersabar.

Nanite uols..
Lots of Love
Me ^_^

Wednesday, June 24, 2015

Indahnya Ramadhan

Assalamualaikum uols!! and Selamat Sejahtera... 
How was ur ramadhan??... i hope all of you had a wonderful ramadhan... sejuk hati pula bila tengok ramai geng artis pun dah memilih untuk berhijab.. termasuk a few of friends yang dah mula berhijab.. i pula almost a year berhijab alhamdulillah dipermudahkan... syukur alhamdulillah berkat doa hubby, mama and the whole family... terima kasih setinggi gunung kepada semua yang mendoakan.. bila dah start puasa diri ini mulalah menyibukkan diri dengan pelbagai tugas.. extra laaa sikit kann.. kena bangun sahur tak boleh missed demi anak-anak dan suami tercinta.. kalau tak bangun sahur nanti kang ada yang pengsan.. sakit perut dan pelbagai alasan diberi... lagi-lagi my kiddos.. hihihi... 

Indahnya Ramadhan bila setiap kali berbuka dapat berbuka bersama dan bersahur bersama... i think bulan ramadhanlah paling banyak kami luangkan masa bersama... Kesian kids yang semangat berpuasa so i sebagai parent kena laaa bagi semangat lebih kat depa nih... ihihihi... 

Last Saturday is my daughter 11th besday cik piya... we ols bawa dia berbuka di Johnny Rocket Sunway Pyramid... kenapa i pilih Johnny Rocket? sebab waiter akan menyanyi dan menari untuk si Besday Gal!! hahhaha.. saja seronok.. tak selalu pun.. sesekali jerrrrrrr.... harga makan di Johnny Rocket agak pricy for a burger and Pasta .. kalau tanya rasa makanan.. untuk i biasa-biasa jer..  


Restorannya yang agak bersih  dan ambiance yang cantik dan menarik... 


Pekerjanya semua sangat-sangat Friendly... 


Tarian untuk Cik Piya.. 
Hope she like it and enjoy it much...


i lupa nama dia.. tapi sedap juga... 



Antara menu pilihan kami di Johnny Rockets.... selepas berbuka kami pun berjalan-jalan laaaa di mall Sunway Pyramid... decided nak tengok movie Jurassic World... tapi hampa panggung penuh!! Seat yang available hanya midnite movie... kompom semua x larat nak tunggu.. so kami jenjalan dan terus pulang kerumah... tido n standby sahur... hehehhe.. 

Pada hari Ahad kami ke Citta Mall dengan harapan nak tengok movie Jurassic jam 4 petang... seat still penuh yag available hanya 2 row di hadapan skrin.. beli jeee lahhhh... lenguh gak laaaaa leher duk tengok skrin atas kepala.. nasib baik best citer tuh... huhuhuhu sakan bak hangggg bulan puasa tengok movie... bawak kids... huhuhuhu.. ok jeeee si kenit je laaa tak puasa selamat jamu mata tengok kenit dua makan jajan n minum coke... kikikikiki.. abes movie dalam 6 petang..


Seronok tau citer Jurassic World ni... tak boring... kids pun happy... Cik Meera banyak tanya sampai i give up nak jawab soalan dia.. i suruh dia diam nanti lepas movie tanya.. ehehheheh kompom dia tak ingat dah nak tanya.. kikikiki... siyes best!! saya nak bagi 5 bintang!!! 


Penat jalan-jalan.. penat pikir nak makan mana.. mula-mula nak Tokyo Kitchen laaaa kejup Korea laaaaaa... kejup Jom Bali laaaaaaaaaaa... akhirnya kami memilih ke Korea kita yaaaa... yes we choose Dalgakbi.. Restoran Korea gitu.. Halal ya kawan-kawan cert halal kemain besau kat pintu dia... sorry i tak snap gambar banyak n terdelete dah pon... we choose set for 3 person tapi kami semua total 6 of us... still ada lebihan... alhamdulillah berbaloi-baloi... Set of 3 tuh cuma RM 90 actually ada yang RM 70 lebih tapi kami amik yang extra cheese and rice.. tambah sikit jaaa... pada i harga berpatutan... seriously syiokkkk... tak leh selalu mam sini takut jemuuu... favourite cik Tyra yang minat sangat K-pop.. biasa laa budak remaja now days memang trending K-pop.. heheh i pun ada laaa minat sikit-sikit... uols pilih set makanan then derang akan masak kat depan korang kat meja makan tuh... memang special gitu... sedap tau... kalau tak pernah cuba uols wajib try...

Pada hari Isnin baru ini pula i hantar my mom ke airport untuk menjalani Umrah... Indahnya ramadham Mama dapat berpuasa ke berapa kali dah di tanah suci.. alhamdulillah rezeki mama... semoga perjalanan mama selamat dan akan selamat pulang ketanah air... sayang mama so much.. most probably mama akan berpuasa di sana selama 2 minggu... 

Selepas hantar mama... lagi sekali i singgah Mitsui... nak habiskan masa kerana masa berbuka ada beberapa jam lagi... ni laaa dia suasana dalam Mitsui... Harga semua barangan di Mitsui adalah jauh lebih murah dari harga di butik mall luar sana... memang syiokkkk... tapi i jamu mata jeee laaaaa hujung-hujung bulan nih ongkos kurang... ehhehehe... tapi sempat juga grab 2 barang.. hehhehhe... jangan mare.... syiok juga datang mitsui on working days.. tak ramai senang sikit nak jalan-jalan n cuci mata... kalau weekend penuh tau... ramai gilooosssss...  syiookkkkkk... 


Best Mitsui... end of month more new boutique akan dibuka... semuanya yang branded item... harga memang murah dari harga pasaran.. so apa lagi uolssss Selamat serbu ke Mitsui weeeehuuuuuuuuuu... 


Indahnya setiap kali ramadhan menjelma pihak majikan memberi pelbagai hadiah istimewa... alhamdulillah rezeki... 


Jamuan  pada hari sebelom ramadhan ... perghhhhh sedapppppppp.... masakan kampong uols!!! 
all time favorite !!


Hidangan i hari pertama bersahur.. Indahnya Ramadhan... 


Di Surau berdekatan, beberapa Ustaz datang untuk memberi Tazkirah selepas terawih.. Ustaz PU pun ada.. alhamdulillah Indahnya Ramadhan... 

Indahnya Ramadhan kita kan.... Sudah hari ke-7 kita berpuasa.. cepat sungguh masa berlalu..indah sungguh ramadhan kita... dijamu dengan makan yang berkhasiat saat berbuka juga sahur... sesuatu yang indah dan bermakna buat ku sekeluarga.. i hope uols feels the same way too... 

sampai sini dahulu coretanku... TBC.. 

Lots of Love 
Me 
^_^

Note: "We do not remember days, We remember moments"