Thursday, October 28, 2021

Dari hari ke hari

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera

Semoga semua sihat hendakNya dan sentiasa dalam lindungan yang maha esa. Dari hari ke hari kes pun dah semakin menurun. Alhamdulillah ramai dah mula bercuti dan pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga yang setelah sekian lama terpisah. Alhamdulillah syukur kita semua masih lagi ada peluang untuk terus hidup dengan aman dan selesa. Masih diberi kesihatan yang baik. Masih diberi rezeki yang baik dan luas dalam pelbagai bentuk. Walaupun ada yang agak struggle untuk mencari nafkah untuk meneruskan hidup. Selagi ada daya. Selagi ada nyawa. Semoga kita semua terus kuat hadapi dugaan dan ujian hidup ini. Dan yang pasti semua pun ada pengajaran dan hikmahnya. 

Dari hari ke hari. Sedar mahupun tak sedar kita semua sedang belajar. Belajar untuk bersyukur. Belajar untuk bersabar. Belajar untuk hadapi segala kesukaran. Dan anggap semua ini satu kekuatan. Buktikan pada mereka yang kita kuat. Semua ni hanya untuk mematangkan kita untuk menjadi lebih baik. 

Hujan lebat membasahi bumi yang setelah berhari-hari panas. Syukur alhamdulillah Allah swt masih sayangkan kita. Beri kita hujan. Aku tetap manusia biasa. Tetap seperti orang lain kadang-kadang ada naik ada turun. Emosi ada masanya terganggu. Ada masanya aku mahu sendirian. Syukur kita masih ada semuanya. Orang yang kita sayang masih ada disisi. Beri segala kudrat yang ada. Bahagiakan satu sama lain. Selagi nyawa ada. Buatlah yang terbaik selagi diberi peluang. 

Cuma. Kadang-kadang tetap rasa sedih. Kecewa. Hampa. Iam not really a social media person. Tetapi kerana peredaran waktu dan semasa memaksa aku akur dengan dunia yang adakalanya memaksa. Kalau tak follow nanti tak in pulak. hahaha. Tapi itulah. me just being me. Hanya kenal aku tahu aku macam mana. Bila aku marah aku pilih untuk diam. Bila kecewa pun aku diam. Entahlah. Happy pun kadang aku diam je. Diam tu pilihan yang terbaik. Tenangkan jiwa yang marah. Spend masa dengan keluarga. Selagi ada masa. Selagi Allah swt masih beri kita waktu. Gunalah dan bersiaplah. 

Let it go. Let it flow like a river. Just move forward. Don't look back. Be happy. i worth it. you worth it. Do best.  

Dari hari ke hari 
Waktu 
Masa 
Semuanya berjalan pantas sekali 

Much love 
Me 
^_^

No comments:

Post a Comment