Showing posts with label soal hati. Show all posts
Showing posts with label soal hati. Show all posts

Friday, May 27, 2016

Orang Kita

Keadaan Tok Ayah masih sama... doktor masih memberi harapan dan harapan yang semakin baik... Tok Ayah masih bernafas menggunakan mesin... tapi Blood Pressure, oksigen dan lain-lain semakin stabil... alhamdulillah happy to hear that... I was a bit down last few days teringat dan terngiang-ngiang suara Tok Ayah di telinga bertanyakan khabar... Allah swt perancangan Mu adalah yang terbaik buatnya... dan kami semua redha diatas ketentuanMu....

Terbaca satu buku terselit tentang cerita orang putih yang Egonya tinggi melangit... then i was thinking... bukan sahaja orang putih Egonya tinggi... sama jer orang kitapun tak lebih kurangnya... teringat sewaktu i ke Perth, Australia suatu masa dulu... mungkin ada golongan yang suka sangat pandang rendah terhadap orang lain... yang satu i tahu most yang join trip tuh pangkat tak der laaa melangit sangat... but they were just not as humble as i tot they was... it was just funny after all... i was saying "kan bagus kalau dapat menetap disini.. cuaca pun sejuk.. the air was super fresh" i was just saying... not that serious haha... then dia replied me "you nak kerja apa kat sini? tukang sapu bolehlah" erkkkk... terus i terdiam seketika dan dalam hati terus berkata macam wow....rendahnya pandangan kau terhadap aku... barangkali dia bergurau.. tapi gurauan dia menjadi serius dengan riak mukanya yang agak dingin..the way dia say it was agak sinis.. perhaps dia ingat i nih lulusan UPSR atau SPM atau tiada pelajaran ke... i mean tak kesah laaa i belajar tinggi ke tidak.. you have no right to hina orang... goshhh.. kesiannya awak.. tinggi mana pun diri you are standing if you have no adab nak bercakap ngan orang i think dia laaa paling nun jauh bawah sekali.. better look at yourself first before nak hina orang.. cara cakap dan adabnya tahap 10 Ha i bagi...lolz..

Well inilah kehidupan.. Allah swt uji kita pelbagai cara... Dia uji kita dengan perangai orang lain yang negative supaya kita jangan jadi sama macam mereka.. syukurlah...sikap ego seperti ini tak akan membawa kita kemana-mana. Lebih baik kita berusaha mendidik diri sendiri. Memperbaiki cacat cela i yang tak terkira banyaknya..

Selamat berkerja dan marilah kita usaha mengelakkan diri dari berleter tak tentu pasal. hihihihi... ok bai...

Lots Of Love
Me
^_^

Note: "Be Thankful for What you are now, and Keep Fighting for What you want to be tomorrow."

Tuesday, May 19, 2015

Banyaknyer kes...

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera. 
Lately nih banyak sangat kes dera budak. Ada yang sampai mati. Ada yang kena kerat. Bahana apakah yang melanda dunia. Dugaan dan ujian apakah ini? Bayi tak sepatutnya menjadi mangsa kita. Kalau stress pegilah tenangkan fikiran. Buatlah apa kau suka instead of dera bayi or even kanak-kanak. Bila dapat lepas geram pada anak-anak kecil apa yang korang dapat? bahagia ke hati? jiwa korang rasa lapang ke? serious i tak faham. I pun bukan laaa orang pandai. Bijak apatah lagi. Tapi Allah swt bagi kita akal dan fikiran. Dia bagi kita fikir dan pilih mana jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Bukan dengan cara singkat. Tapi usaha. Walau sedikit pun usaha kita tuh sekurang-kurang kita kena sabar dan tabah. Setiap ujian yang dia bagi pada kita sebab dia tahu kita kuat. Dia tahu kita boleh lalui dengan baik. 

Carilah jalan macam mana nak tangani stress. Cari kawan untuk luahkan. Carilah hobi. Banyakkan membaca. Istifar dan Solat. Malunya rasa bila ada kes seorang ibu dera anak yang masih kecil. Dia tak tahu apa-apa kot. Paling viral sekarang kes Ibu muda dera anak yang masih bayi... Ya ampun serious kesian baby tuh. Ramai kot orang nak anak. Usaha nak anak. Tapi kau. lambung-lambung je anak kau siap pusing 360 darjah. Mana letaknya hati kau. Perasaan kau sebagai seorang ibu? tak kan tak ada lansung. Ya Allah swt semoga kamu ini mendapat cahaya dan hidayah. 

Kita dah pilih apa yang kita pilih. Walau kita dah salah pilih pun. Tiada guna nak tengok belakang balik. Move on lah.. pandanglah kedepan. Carilah kemajuan diri. Jaga anak baik-baik dan semoga anak itu boleh membesar dan jaga kita pula dengan baik. Berhenti berharap. Sebaliknya berdoa dan teruskan hidup. Dunia ni hanya sementara. wah nak bagi nasihat kat sapa tah nih.... apa pun harap perkara macam ni membuka mata dan hati kita tentang betapa beratnya isu-isu semasa. macam-macam kes ada. manusia semakin hilang pertimbangan. kenapa agaknya? tekanan hidup? mungkin cost of living sekarang ke? or tak tahulah nak cakap. tapi still tak boleh la jadikan orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak dan bayi menjadi mangsa. 

Cukup-cukup la. hati nih dah cukup terseksa tengok mangsa dera. Semoga mereka ini mendapat pengajaran hidup. Didunia mahupun akhirat. 

That's all for now. 

Lots of love 
me 
^_^ 

Notes: "Stay Focused and Never Give Up" 

Tuesday, October 29, 2013

Kerana Seketul Kueh


Tersentuh rasa hati tatkala melihat anak ini berkongsi kueh bersama adiknya..
melihat adiknya gembira anak ini mengalirkan air mata... 
kita sepatutnya berkongsi rezeki bersama orang-orang yang kita sayang..
walau kecik ataupun besar ia tetap amat bermakna.. 
ambillah iktibar dari video ini... 
bukan insaf hanya seminit.. 
kalau ada makan-makan tuh lebih seronok bila dikongsi.. 
kan ?? tepuk dada tanya hati.. 

with Lots of Love 
me ;) 

NoTe: "You can eat and drink together, talk and laugh together,enjoy life together, but you are only a real friends when you also cried together." - Happy Tuesday love..

Monday, October 28, 2013

Unpredictable Monday that Blues

Uols semua sihat??.. i sihat alhamdulillah. ceh macam tulis surat cinta sehhh. hihihihi.. apapon hope everything is ok insyaallah... i agak sibuk sedikit tapi masih boleh control lagi.. tapi lunch dah terlajak tak perasan lansung dah masa rehat... since dah lambat so i decide tapau je lunch kat Cafe bawah my office je... just had a small and quick lunch… konon diet sangat… lallalaa… really hope dapat cecah berat yang di idamkan dan harap berjaya kali ini… Gambattee!!! Bila berat badan mula bertambah mula laaa rasa tak best… pakai baju pon dah rasa sendat, ketat and macam-macamlah.. so kena take action cepat-cepat before its too late… Terpaksa laaa jaga badan nanti baru en somi sayang kihkihkih… nothing much pon I just jaga pemakanan dan sikit-sikit jeee beriadah.. Alhamdulillah setakat nih Nampak bersemangat tak tahu lah esok lusa… semoga diriku terus bersemangat demi kehidupan yang lebih sihat insyaallah.. 

So talking about Unpredictable, susah nak cakap now days macam-macam hal dan yang pelik-pelik dah pon berlaku.. Cuma kesedaran dalam diri jek kurang... siapa yang bole meramal apa yang nak jadi coz everything is Unpredictable… kita bukan Tuhan.. Kita bukan special sangat boleh tahu apa yang nak jadi.. tapi apapon kita tetap kena berhati-hati. Manusia pun dari dulu kini dah selamanya tetap sama tapi tak serupa.. dalam hati kita tak boleh nak baca. Siapa mereka atau diri mereka yang sebenar ataupun apa perasaan jauh dari dalam. Selagi kita tak berkawan dengan seseorang itu selagi itu kita takkan kenal hati budi dia dan juga kita memang takkan tahu the true colors of the person itself. 

Life is Unpredictable. Sometime its hard and even hurts… sometimes its good and positive but sometime its bad. Hati-hatilah dalam melakukan sesuatu… kita tak tahu siapa pun musuh kita.. dan kat mana-mana pon ada.. kadang-kadang kawan baik pon boleh jadi musuh kita… ye lah manusia boleh berubah bila-bila masa.. now days orang sanggup buat apa sahaja demi matlamat tercapai.. kadang-kadang life style yang buat now days manusia cepat hanyut… ada yang sampai sanggup biarkan maruah tergadai. Hope kita tak macam tu lah… even ada yang sanggup nak menjatuhkan orang lain demi pangkat ataupun darjat… ya Allah mintak jauh dari semua yang tak baik dan negative.. 

Mintak semat dihati moga diberi kekuatan dan dijauhkan dari perkara-perkara yang memudaratkan diri serta keluarga. Semoga kita semua sentiasa dilindungi… semoga juga diberi pemimpin yang hebat, yang baik, yang soleh supaya dapat meminpin kita semua kejalan yang redhai olehNya insyaallah. Disebabkan life nih unpredictable so baik kita jaga apa yang patut… especially mereka yang kita sayang… parents kita tuh sementara ada nih lahh kita kena jaga.. kita tak tahu bila ajal kita. Bila-bila masih Allah swt boleh tarik segala-galanya sekelip mata…  paling penting life is about to choose… so pilihlah yang terbaik untuk diri dan serta keluarga….


my Monday that Blues...
^__^ 
with Lots of Love 
me ;) 

NoTe: "Use your voice for kindness, your ears for compassion, your hands for charity, your mind for truth, and your heart for love."

Wednesday, April 24, 2013

Mata Gedik-Gedik atau Gerak-gerak

You Alls penah tak mata korang gerak-gerak belah kanan atau kiri???..
i panggil mata gedik-gedik jeee... 
orang kata belah kanan kalau gedik-gedik nak jumpa kawan lama... 
sebelah kiri pulak kalau gedik-gedik nak nangis... 
ehhh macam-macam lah petua orang lama nih... pening i.. 

seriously i hate it!! both gerak-gerak atau gedik-gedik... 
tak kiralah sebelah kanan ke kiri ke... sama jek bagi i... 
i just seriously hate it... 
i have this instinct saying that something not good or right will happen... 
i just don't know why... but then yet my instinct or six sense tuh selalunya betul!!... 
and yes hari ni terlebih rajin i google out about it and i found this info.. baca keh.. ;)

Petanda apabila kelopak mata bergerak-gerak dari orang tua-tua  
  • sebelah kanan bahagian atas gerak-gerak tandanya nak tengok atau berjumpa orang jauh atau nak dapat berita baik
  •  sebelah kanan bahagian bawah tandanya nak dapat berita gembira 
  • sebelah kiri bahagian atas tandanya orang jauh teringin nak jumpa kita AKA rindu kowt 
  • sebelah kiri bahagian bawah tandanya nak menangis atau nak dapat berita gembira atau musibah 
Nama Saintifik: 'Myokymia' (involuntary twitching of the eyelid)

Punca-punca:
  • Akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas atau bawah.
  • Stress/tekanan
  • Fatigue/keletihan
  • Kurang tidur
  • Anxiety/kebimbangan
  • Kerisauan melampau
  • Depression/kemurungan
  • Faktor personaliti
Kesan-kesan:
  • Merimaskan
  • Annoying/menjengkelkan
  • Gangguan emosi
Penawar:
  • Berehat
  • Beribadah dengan baik
  • Berzikir (ingat Allah)
  • Baca al-quran (fahami)
  • Chill jerr lah
DOA RASULULLAH

"Ya Allah, tidak ada sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepadamu, tiadalah yang baik selain kebaikan darimu dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu''

''Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka''

(Ahmad 2/20, Ibn as-Sunni #292, al-Hadith as-Sahih #1065)

what ever it is things happen for a reason... 
yang penting berusaha dan tawakal...
with Lots of Love 
me ;)
Note: "Bila susah hati dengan urusan dunia, isilah hatimu dengan urusan akhirat." - #SantapanMinda 

Monday, March 11, 2013

Tuah

kita tak tahu kat mana Tuah kita...
jangan tunggu Tuah datang pada kita...
tapi kita usaha dan terus mencuba...
tanpa rasa takut...

kuatkan semangat untuk dapat apa yang kita mahu...
halangan jadikan cabaran...
nak dapat Tuah pun bukannya senang..
sekali dapat jangan sekali lepaskan...

Tuah bukan datang beribu kali...
Tuah datang kepada yang layak menerima..
segala penat lelah tuah pasti datang...
kau layak bila kau usaha..

tanpa rasa jemu...
tanpa rasa takut...
tanpa rasa penat
tanpa rasa rugi...

setiap hari berdoa....
setiap hari memohon padanya...
tanpa peduli peluh menitik ke bumi...
mulut pon tak berhenti-henti berdoa...

kuatkanlah semangatmu demi anak bangsa kita...
demi keluarga tercinta...
demi kasih sayang yang kita ada...
demi diri kita jua..... 

with lots of love
me ;)

Note: Makbul tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jgn pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.







Thursday, December 13, 2012

Bukan Senang

Bukan senang nak jadi seorang penulis ni kan...
perlu ada banyak idea yang bernas, kreatif, yang best untuk dikongsi bersama...
kadang kala terlalu banyak hingga rasa kosong didada...
nafas pon rasa sesak ntah tak tahu mengapa...

bagaimana nak teruskan kehidupan...
kalau dalam hati banyak sangat benda hitam...
banyak sangat ada perasaan dengki dan sakit hati..
pastu nilai orang walaupun tak kenal pun hati budi seseorang...

biasalah manusia seringkali buat kesilapan..
dan kalau dirimu mu anggap permata aka DIAMOND..
dah sah sah mu ramai yang suka..
ramai yang nak dekat padamu... 

hakikat kita semua manusia..
kalau nak senang...
kita pun kena laaa senang dengan orang...
orang suka kita sebab kita senang...

senang untuk bersama...
senang untuk berkawan...
senang untuk rasa bahagia...
senang untuk berbicara...

bak kata orang susah senang bersama...

with lots of Love
me ;) 

note to self : "Siapa yg ingin dilapangkan rezekinya & dimudahkan urusannya, maka hendaknya ia menyambung silaturrahim." (HR Bukhari)





Monday, January 24, 2011

JUJUR

salam all,

pandai tak eja perkataan JUJUR??...
apa itu JUJUR ???

Jujur jika diartikan secara baku adalah "mengakui, berkata atau memberikan suatu informasi yang sesuai kenyataan dan kebenaran". Dalam praktek dan penerapannya, secara hukum tingkat kejujuran seseorang biasanya dinilai dari ketepatan pengakuan atau apa yang dibicarakan seseorang dengan kebenaran dan kenyataan yang terjadi. Bila berpatokan pada arti kata yang baku dan harafiah maka jika seseorang berkata tidak sesuai dengan kebenaran dan kenyataan atau tidak mengakui suatu hal sesuai yang sebenarnya, orang tersebut sudah dapat dianggap atau dinilai tidak jujur, menipu, mungkir, berbohong, munafik atau lainnya.

tapi tak tau lah setengah orang faham ke tak apa arti jujur ... hikss..
tah haper kena ngan i rini ...hahahhah layan kan ajer ehhhh....

with lots lots of love
me ;)