Sebab rumah saya adalah tempat saya boleh jadi diri sendiri.
Tak perlu sentiasa kuat.
Tak perlu sentiasa tersenyum.
Tak perlu fikir apa orang akan kata.
Kalau saya penat, saya boleh diam.
Kalau saya sedih, saya boleh menangis.
Kalau saya gembira, saya boleh ketawa sekuat hati.
Rumah saya mungkin tidak besar.
Tidak juga sempurna.
Ada hari rumah bersepah. Ada hari semuanya tidak mengikut apa yang saya rancang. Ada masa saya sendiri rasa terlalu penat nak uruskan semuanya.
Tetapi apabila saya buka pintu dan masuk ke rumah, ada satu rasa yang susah hendak dijelaskan.
Rasa tenang. Rasa Selamat, Rasa "akhirnya, aku dah sampai."
Disinilah ada barang-barang kecil yang mempunya cerita.
Ada sudut yang mengingatkan saya kepada seseorang.
Ada meja tempat kami makan bersama.
Ada sofa tempat kami berbual, ketawa dan kadang-kadang hanya duduk diam tanpa perlu berkata apa-apa.
Rumah bukan sekadar dinding, pintu dan perabot.
Rumah adalan tempat kenangan dikumpulkan sedikit demi sedikit.
Tempat kita melihat masa berlalu.
Anak-anak yang dulu kecil, perlahan-lahan membesar.
Orang yang kita sayang semakin berubah.
Dan kita sendiri juga tidak lagi menjadi orang yang sama seperti dahulu.
Sebab itu saya suka rumah saya.
Bukan kerana ia sempurna.
Tetapi kerana terlalu banyak bahagian hidup saya yang tinggal di dalamnya.
Disinilah saya pernah menangis.
Disnilah saya pernah ketawa.
Disinilah saya pernah kecewa, bangkit semula dan belajar menerima hidup.
Dan mungkin, semakin kita dewasa, semakin kita faham bahawa bahagia itu sebenarnya sederhana.
Ada tempat untuk pulang.
Ada orang yang kita sayang.
Ada ruang untuk jadi diri sendiri.
Dan pada penghujunng hari, bila di dunia di luar terasa terlalu bising.
Rumah saya adalah tempat hati saya boleh berehat.
Itulah kenapa saya suka rumah saya. 
Note: Hanya coretan kecil dari hati saya.
XOXO
^_^ me
No comments:
Post a Comment