Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, January 1, 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera you alls !! 

Selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini lebih baik dan tahun-tahun yang akan datang. May all good in sha allah. I sememangnya terlalu sibuk. Masa yang ada adalah masa untuk i berehat sejenak. Semoga covid nih juga cepat terhapus dimuka bumi ini. Semoga hujan tidak berterusan. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt. 

Maaf kepada semua kerana blog semakin hari semakin bersawang. Tak pernah lupa. Cuma saya mengisi masa untuk keluarga. Dan masa yang ada membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Saya tak pernah lupa saya ada blog hehe. Cuma waktu sangat cemburu. Dan waktu yang ada ku isi sebaik-baiknya masa yang ada. I hope korang pun berbuat yang sama. 

Hidup yang bagaikan roda. Naik turun bagaikan nafas kita ni. Sesekali merasa lelah akan tetapi kita harus kuat melangkah. Tak mahu sedikit pun sia-siakan setiap hembusan nafas yang Dia beri. Semoga kita kuat. Dugaan dan ujian itu pasti ada pada kita semua. I know that we all can handle it. Walau kadang hati jadi gusar, bimbang, resah, gelisah tapi i ingin sentiasa lihat kedepan. I mungkin nampak kuat tapi KUAT sahaja pilihan yang kita ada untuk tempuh segala-galanya. 

Syukur hari ini kita masih diberi peluang. Peluang untuk terus bernafas, berjuang, bekorban apa sahaja demi hidup. Demi orang sekeliling kita dan orang-orang yang kita sayang. 

Kepada sahabat yang terkesan kisah lalu semoga anda kuat. I mungkin tak rasa perit jerih hidup yang korang lalui. Tapi i berdoa semoga semua terus bangkit. Cari dan terus cari. Syukur masih lagi ada yang sayang. Masih ada yang perlukan kita. Masih sihat walafiat. Terima kasih Ya Allah swt. 

Hidup harus diteruskan. Mungkin cuba sesuatu yang baru. Mungkin pengalaman yang baru. New adventure. Dan i akan terus mencari. Korang jugak tau. 

Let’s explore life!! 

Sampai sini dulu k… 

Xoxo 

Much Love 

^_^ 


Sunday, October 25, 2020

Berangan Tak Salah!

Hai and assalamualaikum! 

Buat apa tu? Dah makan ke? Masak apa? 




I masak tuntang tuntang jadi nasi goreng bodo for breakfast! ‘Janji isi perut’ kata shuben. Ok! Tapi salu licin jer nasi goreng i tu. hahah. I ada tanam cita-cita nak buka car wash and cafe on my own 1 fine day. My own business and my own sweet time. Tak pandai sangat masak tapi i suka masak yang simple-simple janji kenyang. I mean i suka masak yang simple and tak susah. I juga suka bersih-bersih cleaning nih bagi kat i jer. Tak expert tapi i memang suka mencuci. Tangan ni tak payah nak lembut sangatlah. I suka kereta yang bersih. Kalau boleh nak sentiasa bersih. Tapi untuk maintain kebersihan tu memang susah and penat. Orang keliling kenalah beri kerjasama betul tak. Berangan sambil cuci kereta, boleh minum coffee kegemaran kita and makan simple snack. It’s me time lah. Berangan tak salahkan uols. Hihihi. 


Tapi buat masa ni i lebih suka bekerja. Sementara boleh. Sementara masih diperlukan dipejabat. Sementara boleh enjoy bonus and increment. Enjoy family day. Selagi boleh ada duit poket sendiri. Selagi dapat berbakti pada mama and abah. Sports club lagi and all. Enjoy company trip and macam-macam lagilah benefit yang ada. Syukur Alhamdulillah. In sha allah. Selagi Allah swt izinkan. 


Sambil-sambil taip blog ni sambil jugak fikir nak masak for lunch. Tungtang tungtang jadilah kari ikan. Lunch dah siap. 




Simple as always. Dapat jugak tengok melodi. Selalunya i miss tengok. Sama ada i tertido or i masak. Sesekali tengok gossip terkini MeLoDi. Tak pernah tak panas. Haha. Buatlah apa pun yang kita suka dalam hidup. Jangan sesekali lupa pada tanggungjawab kita pada Allah swt. Pada ibu bapa. Pada keluarga. Pada semua okeh. 

Solat zohor kejap and lunch sat lagi with family. 



Xoxo guys.  


Lots of love 

Me ^_^ 


Friday, July 28, 2017

Today i is craving for nasi lemak and Sufiya 1st day on Duty !!


Assalamualaikum and morning loves!! 

i as usual super hectic kelam kabut in every morning... i had to take my allergies pils last night and it making me feel drowsy and super sleepy.. my skin was very itchy perhaps there's something that i eat that effect my body... im still searching the solutions and what is exactly i allergic with.. my lil girl cik mia is going for a school group factory visit trip.. they will be visiting chocolate factory and other's.. how i wish i could send her and watch her getting on the bus.. she was so excited. but sadly i need to send other kakak to school... let abah send you and hoping that you will enjoy every and each moment..  hurmmm ok let's move... 


today i am craving for nasi lemak.. it's has been awhile i didn't have any.. 
and i super need to restock my favorite 'Kopi Senyum'. im almost run out of it. 
my office tea lady also bring porridge and salted egg for us to start our day.. 
how completed our morning is... alhamdulillah.. and so our sistah bring a lot of kuih muih to share with.. 
syiok abes... and syiok abes diet !!  hahaha... we eat like no body business... 
alahhhh makan je lahh.. diet postponed esok esok esok esok.. lalalalalalaaaa.. 


my lil cik piya is having her 1st day on duty as prefect.. im so sorry that i don't know how to tie a tie. lolz.. you have to ask your friends and cikgu to help you.. we run out of time... kejut abah nanti kita lagi lambat... i hope your friends and cikgu will help you and please study smart... good luck kiddo... i love you!! and you are pretty on the uniform.. proud of you.. always pray for the best for you... 

Lots of love 
me 
^_^ 

Note: Never Give Up On Your Dreams 

Wednesday, July 5, 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum... 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin from me & family... 
Still on the mood cuti raya... how wish to cuti more longer but mana boley i miss my workplace.. lolz..
Duty is calling.. this year raya we don't have any color theme. i let the kids choose their favorite design and color. And yes they really happy choosing. We shop last minutes at Jakel Kuala Lumpur.. It was pack at the mall as usual and we love the feeling of eager towards happy raya...  The excitement of raya ni just once a year so why not. sesak-sesak tu normal. Balik kampung jalan jem pun to me its normal. Nama pun raya. Semua pun nak balik beraya dengan family masing-masing. And the heat of love is there. My kampung is in Sabak, Kelantan. It is very near to pantai sabak, just 2 minutes walking distance. Dekat sangat berak pun leh bau.. hihihihi... i did not grow up in Kelantan but my parents do. My brother stay in kelantan sebab kawin dengan ore kelate but alhamdulillah i can speak the dialect very well.. hehe. Kelantan ni tak boring.. best and its alot to explore. i am proud to have kampung in kelantan.. especially the food is awesome... 



This is our raya pic moment..
biasa laaa drama-drama pagi raya.. anak kecik nangis-nangis..
ragam raya.. meriahnya raya..



this pic was taken on the way to Kota Bharu..



Sampai sudah Kota Bandaraya Islam. it was about 15 hours of driving.
Hehe... 1 tahun sekali je kena hadap driving in traffic.. meriahnya raya.. bila ada alternatif jalan tak nak guna ni laaa jadinya... kami lalu jalan lama.. Raub- Kuala Lipis - Gua Musang.. konon ingat tak jem sebab tengok dah ramai yang cuti awal untuk balik kampung... haihhh.. biasalahhh i pun tak pandai nak meramal jalan.. tapi ye laaaa biasalaaa raya kan... tak terasa sangat perit nya tuh mungkin mood raya and rasa macam happening je ramai-ramai balik... so chill-chill ingat makanan yang best-best sedang menanti... wahahhahahah...



This my grandparent house cum homestay..



View back yard of the house..



Before balik KL we manage to visit my grandparents grave... i miss them alot... sometimes bila teringat rasa heartbroken sangat... i grow up with them... stay with them sleep with them... they always there for their cucu.. atok i hantar g skolah.. jaga me when my parents is away.. their love sangat strong and countless.. Tok Cik pass away about 2 years ago and year after my Tok Ayah pulak... then My Pak Lang... seriously we are very closed. Arwah Pak Lang tu Ya Allah super dooper penyayang... Allah swt lebih sayangkan diorang so i was hoping and praying that we will unite in Jannah in sha allah. it is a heartbroken...
Life must go on no matter what... Berdirilah kami dengan segala kekuatan yang ada in sha allah...
Mohon berdoa semoga keluarga dan adik-beradik ibu saya dapat sentiasa bersama support each other and stay together till Jannah... It is hard to let go... i know... but we had too for sake of the people that still around and need our loved and support... sabar itu indahkan..

Dah Dah tamo sedih-sedih.. semoga yang dah pergi tenang di sana dan kita yang hidup ni harus terus berjuang selagi hayat ada.. so much love need to spread on..

Balik ke pangkal jalan.. we amik laluan LPT.. sebab nak singgah Kuala Terengganu rumah my BFF masa study dulu... My Stamford Clan.. LOLz.. merangkap dah jadi sedara... heheh.. lepas singgah rumah dia i ke Dungun pula rumah my Mak sedara for 1 night.. best sangat dapat makan buah nangka hasil tanaman sendiri oleh Pak sedara punya parents.. seronok sangat nanti nak kekah kebun durian pulak... tunggu the right musim nanti.. ingat nak stay lagi 1 malam.. tapi teringat pulak rumah i sendiri yang lama sangat tu tinggal... rindu dahhh... so yang the next day we balik rumah... Alhamdulillah perjalanan kami selamat...

ok laaa sampai sini dulu..

TBC okeh..

Lots of Love
^_^
me


Note: Sabar itu sentiasa indah.. 

Monday, August 15, 2016

I am Flyingggggggggg...


Assalamualaikum... sekian lama.. seperti selalu kesibukan menjalankan tanggungjawab harian...

Untuk this year i kerap balik kampung... 

Kerap jenguk-jenguk mereka yang i sayang... 

Mungkin terasa diri dah semakin berumur... 

Suatu masa nanti mungkinkah jantung ini akan terhenti...  


Selagi masih bernyawa.. selagi itu tanggungjawab ini akan ku cuba laksanakan.... 


Akan ku cuba habiskan masa yang ada untuk mereka yang tersayang.... 


Nampak tak tu... indah sungguh ciptaanNya... 


Melihat kecantikan pemandangan di atas awan... 


Sekalipun tak inginku sia-siakan peluang yang ada... 


Hampir mendarat di Kota Baharu, Kelantan. 



Good view for Good People... Ecehhhhh.. hahah.. 


Breakfast Nasi Dagang Kedai Pokok Cherry... Terbaik!!! 

Wordless!! 

mamamiyahhh!! 

This is how i spend my Saturday... 

oklah sampai sini dulu... 

Lots of love 
me 
^_^ 

Note: "No matter how much it hurts, you have to hold your head up & Keep Going" 

Tuesday, June 28, 2016

Pagi ni...

Macam biasa rutin harianku menghantar anak-anak ke sekolah. Macam biasa jugak budak-budak ni suka sangat dengar radio HitzFM. Settle je hantar budak-budak i terus tukar siaran HotFM. Tak semena-mena air mata bercucuran pulak di pagi selasa... dah kenapa? salahkan radio pasang lagu raya sayu by Dayang Nur Faezah versi acoustic. Ya Ampun.. Tiba-iba teringat kat semua orang yang dah pergi buat selamanya.. sunyi laaa tahun ni raya.. sesilap kami beraya dengan air mata... Harap tak begitulah... Tiba-tiba teringat pada arwah Tok Cik, Tok Ayah dan Pak Lang yang dah pergi bertemu ilahi... Al-Fatihah.. Ramai yang dikasihi pergi tinggalkan kami... Allah swt lebih sayangkan mereka... Semoga mereka berada ditempat yang paling indah dan bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Aamin..

Tak sengaja air mata jatuh.. Tak sengaja nak teringat kat semua... Tak sengaja sedih... Tak sengaja..

Tak sengaja bayangkan hari pertama raya. kuranglah kasih.. kuranglah cinta.. ok dah terbawak-bawaklaa pulak...

Sampai je pejabat.. alhamdulillah semuanya back to normal.. pikir apa yang ada kat depan mata.. Nak siapkan mana yang penting dan wajib dulu then kita fikir Balik nanti nak buka makan apa.. Nak masak apa...

Lots Love
me
^_^

Note: What you do today can improve all your tomorrows - Ralph Marston

Friday, June 17, 2016

Ramadhan Kali Ini

Lagi sekali berita mengejutkan kami sekeluarga... Dapat panggilan dari my cousin.. Ya Allah tengok Handphone i mengerlip.. bederbar rasa nak angkat... apa lagi nih Ya Allah.. i know that my pak lang is very strongly sick.. but we all didn't expect him to be very very critical. Pak Lang dah lama sakit tapi kami fikir dia sakit biasa-biasa ja... and Pak Lang adalah seorang yang paling tak suka jumpa doktor.. kami sekeluarga saudara-mara sebelah my mom kami sangat rapat.. kami membesar pun sama-sama.. kasih dan cinta kami juga kuat.. cousin semua rapat macam adik beradik..

Handphone mengerlip cousin called. lebih kurang jam 4.20 petang selasa. Berita Paklang dah semakin tenat. Kesedihan Kak Long sangat i rasa dan sampai kat hati.. Allahuakbar. bercucuran air mata ni dah tak boleh nak stop.. sabarlah duhai hati.. tergerak hati rasa nak balik jenguk Pak Lang terus i buka website tengok flight schedule and price...  tapi tak book lagi..ingat nak balik during weekend ni nanti... and as usual balik siapkan makan for my iftar with my family.. lepas iftar solat magrib seperti selalu... resting till isyak then i tido esok nak pi kerja..

Sahur at 5am. i selalu panaskan lauk jer. Dan sahur i selalu makan cikit-cikit n minum air panas dan juga air kosong. My hubby and kids diorang wajib makan. they need more energy. i pula lepas sahur tunggu subuh dan terus bersiap nak peri kerja.. tapi ada sufiya beritahu tadi ummi (my mom) called beritahu Pak Lang dah pergi bertemu ilahi. Terus i tak keruan tak senang duduk. Allahuakbar.. lepas satu-satu orang yang kami sayang pergi. dugaan apakah ini Ya Tuhan. Walau perit kami sekeluarga redha. 2 minggu lepas baru kami duduk sama-sama, gelak sama-sama, makan sama-sama, makan colek sama-sama. sampai situ jer lepas tuh terus Pak Lang jatuh sakit kuat. sampai situ.

speechless. no word that i can describe how i feel deep down. hancur luluh rasa. keadaan cuaca juga bagaikan memahami hati yang sedang merintih. tak sampai 2 minggu Tok Ayah pergi, Pak Lang pula nak ikut sama bertemu yang Maha Esa. i take the earliest flight semalam tanpa fikir apa-apa lagi. i just wanted to be with my mom, my cousin and family. Terbang di KLIA2 hubby hantar sampai nak boarding. tak sangka terjumpa abg ngah (Anak Pak Lang) di airport. flight yang same kami terbang.

sejurus sampai di airport Kota Bharu terus ke rumah arwah dan suasana hiba menjemput kami berdua. Abg Ngah dan adik beradik yang lain mandikan abahnya dah kami semua siapkan untuk persiapan seterusnya.. sedih dah hiba terus mengiringi. alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sangat mudah. Syukur Alhamdulillah.


Bulan yang baik Dia pergi tinggal kami semua...

Lots Love
me
T_T

"Life is a Gift"

Wednesday, June 8, 2016

Selamat Berpuasa..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... Siapa sangka orang yang kita sayang pergi sekelip mata... kita pun suatu hari nanti akan pergi jua... I just lost my Grand Dad Tok Ayah few days ago... and my grandmother in Aug last year... i do miss them badly... Al-Fatihah...

Kasih sayang mereka sangat besar untuk kami semua... kesian my mom juga... perasaan kehilangan tuh hanya Allah swt jer yang tahu... apa dalam hati hanya Allah swt lebih mengetahui... Dapat berita pada malam Jumaat minggu lalu... bergegas i balik Kota Bharu jenguk Tok Ayah buat kali terakhir... baru jer balik seminggu yang lalu bersama family melawat Tok Ayah di Hospital Kota Bharu... Tapi waktu tu Tok Ayah dah tak sedarkan diri.. hanya bernyawa menggunakan life support system... salur darah Tok Ayah pecah.. Darah tuh telah buat salur pernafasan Tok Ayah tersekat... Doktor sedaya upaya selamatkan Tok Ayah... Apapun Allah Swt lebih sayangkan Tok Ayah...

I choose Firefly untuk balik ke KB... Alhamdulilah dapat menikmati pemandangan yang paling indah sekali...


Jumaat 3 June 2016


Jam 7.30 Pagi. indahkan...


Melihat awan dan cuaca bagai memahami hati ini...


Terima Kasih Ya Allah swt pemandangannya sangat indah...


Selamat mendarat pada 8.20 pagi...


Arwah Tok Ayah Selamat dikebumikan selepas waktu solat Jumaat.... Disemadikan bersebelahan dengan Pusara my nenek.... Syukur Alhamdulillah... Segalanya berjalan lancar dan i pulang pada hari esoknya...



Both Tok Ayah and Tok Cik will be in our heart always... Semoga Arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman... Aamin..


Pada hari minggu yang lalu pula sehari sebelum puasa... buat kali terakhir me and my friends went for NiveaRun... FunRun je... Yet yes we are strong and have to strong no matter what... mission accomplished... alhamdulillah...


Medal of honor... walau dalam hati rasa sedih tapi kena kuat depan kengkawan dan juga keluarga...
Al-Fatihah... misi kumpul medal tercapai.. next lari lepas raya... sesuai sangat timing tuh nak burn kalori selepas makan juadah raya...hehe...


Sebelum mula puasa me and my anak-anak is craving nak makan Boat Noodle... kami ke Aeon Seksyen 13 Shah Alam... Ambiance Aeon cantik... i bagi 5 Bintang.. hehe... Misi kami sekeluarga accomplished... walau beratur agak panjang... tak sangka ramai yang crave malam tuh...


ok semangat permulaan puasa masak untuk berbuka memang strong.... ini juadah pada hari ke-2 puasa... sederhana jer... alhamdulillah kenyang juga... yum yum ikan perkasam tuh... ayam gerang rempah ala resepi i sendiri kegemaran kami anak beranak... sykur alhamdulillah... misi tercapai lagi... tengok hari ni pula nak masak apa... macam biasa kami makan yang simple ajer... masak ala kampung.... sampai sini dulu coretanku... till then...  

Selamat Berpuasa semua!! 

Lots Of Love
me ^_^ 

Notes:  "To keep the body in good health is a duty... otherwise we shall not be able to keep our mind strong and clear." 

Tuesday, May 24, 2016

Dari KL ke KB

Terima Kasih Ya Allah swt... Berikanku tenaga yang kuat dan kesihatan yang baik... Memandu sejauh beratus kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan selamat pergi dan balik... I enjoy memandu.. Walau sedikit rasa penat... Demi yang tercinta yes!! I sanggup buat apa sahaja.. Kadang rasa juga macam pak supir... Tapi Ya Allah swt ada perancangan yang baik in shaa allah mungkin yang terbaik... I enjoy melihat setiap pemandangan... Alhamdulillah... Setiap destinasi dapatku lihat dengan jelas... Berita kurang enak pada hari Isnin yang lalu... Tok Ayah tenat di kampung... Paru-paru Tok Ayah infection... Tok Ayah koma tak sedarkan diri sampai hari ini... 3 hari... Esok... Menanti esok... 72 jam doktor bagi tahu esok... Keadaan Tok Ayah selanjutnya... Esok adalah debaran buat i dan seluruh keluarga... Terpaksa ke KL tinggal mama baba pantau Tok Ayah... Semoga ada harapan dan perkabaran baik esok... Rasa berat... Rasanya separuh badan i kat KB.. dari KL elly doakan Tok Ayah tolonglah sembuh... Apapun ku berserah pada yang Esa apa yang terbaik untuk Tok Ayah... Sekarang nafas Tok Ayah bergantung pada mesin lagi... Rasa setiap jam nak call Tok Ma tanya macam mana keadaan Tok Ayah... Tapi masih sama... Esok.... Esok... Sabarlah duhai hati.. Al fatihah buat Tok Ayah... 

Lots of love 
Me 
KL-KB 

Sayangnya kat Tok Ayah Allah jer yang tahu... 

Sunday, May 22, 2016

Hari ini....

Jam loceng berbunyi seawal jam 6.45 pagi.... Punya laaa poyo kunci jam.. 
Tengok cik meera dah bangun dia lagi nonton movie kat handphone dia.. 
Awal betul... I pulak gatai pegi tido balik kononnya nak pejam mata sekejap dalam 15 minit.. 
Hah!!!! Memang poyo... i terus terlelap sampai jam 8.00 pagi... Itupun sebab cik meera kejutkan.. 
Dah kenapa??? "Mama meera tak pegi taekwando ke?" Dammmmm!!!! Soalan apakah cik meera... Taekwando kan 7.30 pagi... Haihhhhhh sedap sangat tido kannn... Malam tadi hujan lebat gila.. 
Pagi ni sejuk ya amattt.. So sedaplahh tido sampai terlajak.. Dah alang-alang terlajak...tidolahh lah semua sampai jam 9.30 pagi... Hahhahhahha.. Suka hati kitalahhh kann.. Cuti ni kita rehat puas-puas... Barang dapur tak ada.. So kami sarap jer makan apa ada iaitu roti.. Hahah padan muka kita.. 

Pagi Sabtu pulak cerita best-best... Konon nak makan roti canai... Haihhh semua kemalasan nak keluar ke kedai... Layan lah pulak tv sampai jam 1 petang... Ok perut dah tak tahan!!!.. Lapar weii!! 

Jam satu lebih dahhh... I ajak semua jom kita pi cari nasi kak wok... Sedap aiiihh.. Tengah laparlahh!! Kedai nasi kak wok ni pun ada wifi... Sakan bebudak ni main hp and ipad sampai lebam.. Jam 3 petang balik rumah..i kongsi 1 bungkus nasi kak wok dengan cik meera and cik mia.. 3 perut di isi 1 bungkus nasi kak wok.. Kononnya i diet tak makan banyak.. Hahhahha poyo tak?... Sampai jer rumah i rasa lapar.. Dengan semangat i buat kek batik dan cheese cracker leleh resepi i belasah jer siap untuk santapan petang!!! Yeayyyy misi tercapai!!! Sedap sampai mangkuk pun i jilat.. Makan pulak depan tv... Hebat sungguh cara diet i... Mahhahaha... 

Rehat hingga jam 6 petang kami keluar nak ke Sepang rumah Sis in Law.. Malangnya mereka semua tiada di rumah... Patut laa tetiba en shuben ajak melencong ke Mitsui.. Layankan ajer.... Jalan sampai lenguh.. Dapat i sepasang kasut Clarks yeayyy!!!.. Kalau berjalan ke Mall camtuh lahhh mudahnya i terjebak.. Hurmm... Susah bangat nak menahan napsu.. Dah penat jenjalan.. Perut pulak bunyik.. Kami pun mengisi perut di foodcourt... Not so bad... Sedap i makan nasi goreng petai thai... Sedap owh!! Hahah!! Lepas makan kami terus balik sebab kids esok pagi ada class taekwando lagi... Harap esok pagi tak terlajak tido lagi... ^_^ 

Ok lah kita titon dulu... Good night!!! 

Lots of love 
Me 
^_^ 


Friday, May 20, 2016

Setiap pagi setiap hari... Beruntungnya aku...

Sekian lama i simpan hasrat nak mencoret disini... 
Dan akhirnya i kembali... In sha allah... 

Hai korang.. Semoga semuanya sentiasa sihat sejahtera... 

Jam loceng berbunyi setiap hari dari isnin hingga jumaat jam 5.30 pagi... 
Siapkan anak-anak dan kalau rajin ku siap sekali dengan bekalan makanan.. 
Kalau tak budak-budak ni makan roti ja... 

Setiap hari jugak mesti kelam kabut.. Ahah!! 
Dan i pulak jenis pagi-pagi baru boleh nak fikir nak pakai baju apa... 

Dan selalu i yang paling akhir ke kereta.. 
I salu tak sempat nak jamah apa-apa... 
Salah siapa salah sendiri... Ngeeeeee.. 

Terus drive tekan pedal laju-laju hantar kids ke sekolah.. 
Si meera special.. Siap nak kena peluk cium dulu..
But I'm so happy to do that everyday dah jadi rutin... 

Sampai pulak office 7.30 pagi... 
Awal gila.. Tapi seriously i suka.. Tak payah nak berebut parking.. 
So a few kerja pagi-pagi lagi i dah settlekan.. 

Kalau rajin sampai.. Dhuha juga dilaksanakan..
Semoga sampai dan termakbul setiap doa dan permintaan kita in sha allah.. 

Lebih kurang 8.15 pagi mula laaa kawan-kawan kesayangan akan memanggil-manggil ajak sarapan..
Sesungguhnya i adalah sangat beruntung... Ada kawan sentiasa tak lupa kawan.. Hihihi.. 
Paling best diorang ni rajin masak dan ada juga yang kreatif masak.. 
Ada yang pandai buat kek.. Macam-macam.. Yang pasti i orang paling bahagia.. 

Kawan luahan... Kawan partner crime.. Kawan gila-gila.. 
Iam so happy to have uols semua... 

Lots of love
Me ^_^ 




Thursday, January 28, 2016

Hellowwwwww ala-ala Adele..!!

Assalamualaikum and salam sejahtera...
since i pun dan suam-suam air suam nak update blog... i tetap nak tulis jugak... cuba jugak gagahkan diri-sendiri.... sambil imagine tepuk and tampar muka ni kuat-kuat... dah kenapa jadi malas sangat!!! arghhhhhhhhhhh!!! ini laaaaaaa bila dah lama sangat berehat... ekcelli kan uols i tak berehat pon i busy tersangat-sangat menguruskan 4 daughter yang semua dah pun mula bersekolah.. wehuuuuuuu.. rasa lega tahap dewa langit ke 7... tapi serious mula2 tuh rasa penat kena bangun seawal jam 5 pagi untuk siapkan bekalan ke sekolah dan tak lupa my shuben pun nak jugak bekpez... so demi anak i korban masa tidur i... its okay demi yang tercinta.. kalau i tak buat siapa lagi nak buat semua nih... and yes how i wish im a housewife.. tapi tulahhhh untuk jadi isteri sepenuh masa nih duk rumah jee i belum lagi dapat seru... i rasa kalau i duduk rumah mesti i ternak lemak tahap kritikal kikikiki.. well who knows kan... Pedis mata okeh hari-hari duk tadah mata tengok komputer dengan mata yang seriously tak cukup rehat.. tapi tu lahhh i redha...i anggap nih adalah tugas dan kerana Allah tahu kemampuan diri i... syukurlah selagi hidupku masih lagi terurus walau sibuk tahap dewa... syukur en shuben pun faham... paling penting sekali sokongan dari suami.... my super shoulder... en shomi jeee paling faham... semua nih rezeki Allah swt... rezeki masing-masing.. ada susah ada senang... lebih-lebih kos kehidupan yang semakin tinggi... transport sekolah anak-anak pun mahal sangat now days... tapi apalah daya tiada pilihan... i enroll kenit masuk taekwando... kenit was so happy... i pun happy jugak tengok depa super dooper happy... alhamdulillah as long as semua happy sangat-sangat.. hopping kenit belajar sampai black belt... huhuhuhu... insyaallah... apapun korang doakan kesejahteraan hidup kami jugak kay... mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan kita dunia dan akhirat.

Bizi i x der la sampai tak da "me time".. I still ada masa hangout sesekali dengan kawan2.. So yes i did.. I went for an AJL 30 baru-baru di stadium melawati Shah Alam... It was great...


nama tix ja VIP but tak de laa VIP sangat so jangan terpedaya yehhh... i still duk kat tangga untuk dapat view yang memuaskan hati... ahakssss.. i is redha... as long as me n partner happy... almost every year dapat tix VIP.. heheh... ok laaaaaa fefeling je VIP... kalau dapat kat my boss tix nih konpem kena sumpah seranah... hehehehe... 


selfie wajib... me n her... i panggil dia kenit..  sebab dia nih sangat petite gitewwww... comel tak kami... 
i pakai pink sebab support Qu Puteh katanya... ahaksssss... yumyumyum... ahahhaha.. ok dahhh jangan nak mabukkk Qu Puteh sudaaaaaaa.... what ever it is im trying my very best to be back active blogging... kalau i lambat post tuh uols faham-faham je laaaaaa... i busy anak ompek... tapi masih jugak tak nak ketinggalan nak jugak selit nak glamour jadik makcik blogger gitewww.. walau tak pemes like ada mak kesah.. asalkan kita bahagia hingga hujung nyawa.... tak gitu... haaaaaa gitulahhh... 

so ok sampai sini dulu.. kalau ada cerita best sempat i kongsi lagi k... take care uolssssssssss.... 

Lots of Love 
me 
^_^ 

Thursday, January 21, 2016

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua!!



Lama sangat i menyepikan diri... harap-harap semua sihat... i alhamdulillah sihat sejahtera juga... im sure semua dah ada wish list, azam baru, misi baru untuk 2016... harap-harap misi 2015 semua tercapai.. so far misi i semua completed alhamdulillah.. much more exceeding my expectation..apapun bersyukur semua ketentuan Allah swt... berkat kesabaran dan usahasama... Sama-samalah kita menjadi insan yang lebih baik pada 2016 ini.. pembukaan yang selalunya istimewa buat diri i..

So yes... semua my daughter sudah pun mula bersekolah seperti biasa.... Cik Tyra is having her PT3 this year and Cik Piya having her UPSR exam.. yang paling neves of coz its me!! lolz... kids rileks jer depa... i enroll them at pusat tuisyen Smart Math nearby my house je... hopping they enjoy thier class.. Cik Meera pula darjah 1... minggu ni rasanya baru dia kuat...tak nangis pi skolah... almost everyday dia nangis kat skolah.. katanya TAKUT... TAKUT apa i tatau.. hahah... macam-macam la i n hubby duk usaha bg dia macam-macam nak bagi dia happy ke sekolah... akhirnya alhamdulillah getting better... macamlah dia ada choice nak ke sekolah atau tidak.... Cik Meera sila mimpi... kikikikiki... Cik Mia is Super impressive... Cik Mia baru start last week to her Kindy... baru 5 tahun so i lek lek jer daftar dia Kindy... to many kindy sampai i buntu.. at the end i choose Tadika Aktif Bijak Santun (Tadika ABS). bukan senang okay nak pilih tadika.. i kena buat kajian dulu yang mana baik dan harga sederhana mengikut kemampuan... 

my 4 gals dah pi sekolah... and i is happy alhamdulillah... Cik Piya ada kelas tambahan jam seawal 7.10 pagi di sekolah setiap selasa hingga Jumaat. so i pula tiada pilihan terpaksa hantar kids ke sekolah.. but so far so good ja... owhh well semua pun nak mama hantar pi sekolah pagi-pagi.. so yes their wish come true... Sabtu pula Cik Piya ada kelas tambahan... i think this year memang bz dengan aktiviti anak-anak je lerrrrr.... Setiap Ahad kenits plak ada class Taekwando... i enroll kenits saja nak bagi depa happy... just nak bagi a great Kick Start for the little one.... 

3rd week of January for me is super fun.. super busy.. super penat jugak... semuanya SUPER!! 
ok laaaa mommy rest dulu.. nanti free i update lagi k... 

take care... lots of love... 

me ^_^ 

Thursday, June 4, 2015

Hari Kedua di Sungai Petani

Assalamualaikum semua... 
kehadapan kawan-kawanku tercinta... 
aku ini hanya manusia biasa.... 
ada kala aku terpukau dengan hasutan dunia.. 
semua benda aku nak merasa.. 
Air kopi tepi jalan ni pun ai suka....
 ahahhahahah ai dah mula meraban tah kemana hala... 
uols semua layankan sajerrrrr... 

Pada Hari Minggu, minggu lepas ai oolsss tak kemana.. tido pun lambat... bangun pun paham-paham ajerrr lahhh... kononnya nak gi Bukit Kayu Hitam laaa.... nak gi Padang Besar laaaaa... Lagi Besar tahi mata nih haaaaaa... hahahhahahahha.... sudahnye sehari duduk rumah layan mata... layan perut... Makan jeeer keje.. Pagi my anak buah beli nasi lemak... pastu dia goreng pulak Vitz Mee Goreng!! sedap sangat uolsssss!! rasa macam Maggi Goreng Sedap!! and then my sis in law masak makan tengari Kari Kepala ikan, Ketam Bakar, Ikan Goreng Fresh... nahhhh hamikkkkk kau makan jangan tak makan... makan jangan tak makan.. lepas makan terus layan mata plakkk... wakakakkakaka.. pengsan ooohhhoiiiiii... Petang plak anak buah ajak buat desert cheese leleh... haaaa uols rasa brapa dah kalori badan ni kumpul untuk sehari... muahahhaha memang terbaik desert anak buah iolss sedap memamg meleleh jeee dalam mulut terus ke perut dannn lagi terus ke otakkk... otak suruh tido pulak lepas makan agaggagagga... apapun terima kasih setinggi gunung to my Sis In Law masakan sunggup Mantap!!! walau ada rasa hangit sikit yang penting Sis In Law masak dengan penuh Kasih SAYANG!! I llebiu till Jannah... ammmuahhhh... CEKKKK SUKAAAAAAA!!! 

Sebelah petang kami keluar ke Tesco Sungai Petani membeli bahan-bahan untuk buat desert chesse leleh.. i dah tau nak buat camner senang gils... pejam mata pun boleh siap... Nanti i share ngan uols ok dun weri.. lepas ke tesco kami terus pulang.. dan dalam perjalanan pulang kami singgah tepi jalan beli KOPI..sebab mata dah tahan. perut kenyang... mata nih mintak tido.. tapi iols tak boleh laaaa nak tros tido kaaann... so kami dengan gigih pi cari kopi... So i nampak ni tepi jalan... Drive Tru OKEH!! tak payah turun... huhuhuhuhu TERBAIKK!!!.. nama gerai tepi jalan tuh hah "DRINK TEA LIKE A BOSS" kau mampuuuuuu!!! hahhahahahahha... hadooooiii memang terbaik idea depa.... cek SALUTE!!! 


Hujan-hujan pun gigih singgah tau... 



Menunya simple... Harga pun simple yang penting no Geeee Esss Teee!!!
Satu Gelas Besar Hanya RM4 SAHAJA... 
Additional 50sen kalau nak tambah vanilla... 
KAU ADA ?? 
kalau korang tak pernah rasa yang INI WAJIB RASA..


Lepas Drive Tru Kopi i terus drive tru pulak kat depan sikit..
 beli pisang goreng dan pulut panggang... 
memang best...Semua sedap-sedap belaka 


Gelas besar tau korang... boleh kalau seorang minum siaplahhh gi toilet seploh kali... 


Pada sebelah malam kami memilih untuk ke UpTown Sungai Petani... 
Uols ingat kat KL jer ada UpTown Sungai Petani pun ada okayyyyyyy!! 
Jangan Pandang Sungai Petani sebelah mata.. 
I banyak kali ke Sungai Petani tak pernah jemu tauuuu.. 
Syiokkkk... 


Uncle yang dalam gambar diatas nih Cikgu Pencen.. Cikgu sekolah mana i lupa nak tanya.. Tiap-Tiap Malam Dia main sexapon tuh untuk mengisi masa lapang beliau di any pasar malam atau pun di UpTown.. kata orang lahhhh..Setiap kali i turun UpTown Sungai Petani Uncle ni mesti ada.. Sempat laaa borak-borak sikit dengan dia... Uncle ni Peminat Seniman P. Ramlee Tegar... Setiap tiupan dia memukau hati i... rasa tenang bila dia tiup... Tapi satu malam tuh i macam pelik... dia cakap kat i... I nak mainkan u satu lagu... "Apa Guna Berjanji" by Saloma.. korang rasa kenapa dia main lagu tuh khas untuk i... mahahahahhahahah... takut makkk... hehhehehe kidding okayy... tapi serius memang lunak tiupan uncle.. saya salute uncle... Semoga uncle ni panjang umur dan murah rezeki.. 


Uncle bagi anak i pegang alat muzik kesayangan dia... sempat lagi bagi tahu "mahal tau dik alat nih... cecah puluhan ribu" i pun terpinga-pinga dalam hati kata wowwwww mahalnyerrrr... okayyy uncle thanks bagi kenit saya pegang... tak mintak pun.. tapi uncle sangat baik hati... Thanks Uncle panjang umur murah rezeki kita berjumpa lagi tau uncle... di uptown nih ada juga kedai-kedai branded yang menarik tau.. murah dan harganya terus dari kilang katanya.. tapi tuh laa sebab terlalu teruja i lupa nak snap gambar... my bad... next time i gi lagi sungai petani i update k... if i tak lupa.. agaggagaggagga... selepas ke uptown... perut masih kenyang.. kami pun teruslahh pulang kerumah cari tempat beradu... hahahaha... 

ok laaa sampai sini dulu.. 
esok laaa pulak k... cerita semua nanti esok i tak de idea nak cerita apa pulak.. 
So i save sikit idea untuk esok pulak tau.. 

So Siapa Kata Sungai Petani Boring dan Tak da Apa tuh ... 
Memang Salah Sangkaan anda... 
Sungai Petani ROCKS tau..!!! 
huhuhuhuuuu... 

Till Then.. 

Lots of Love 
Me
^_^ 

Note: "Be Your Own Hero" 

Tuesday, May 26, 2015

Cerita di hari yang lalu...

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera.. 
Korang sihat??? cepat betul masa berlalu.... dah nak masuk bulan Jun.. 
im sure masing-masing ada pasang azam 2015.. so dah nak masuk setengah tahun ni.. 
im sure ada yang dah accomplished kan kan kan... 
My self nothing much... just wanted to be a better muslim, mother, wife and daughter..
Still masih belajar perbaiki diri.. tak kira dari segi mental mahupun fizikal dalaman dan juga luaran... 
So far everything berjalan lancar... biasa laa ada turun naik lalui liku-liku kehidupan.. 
Proses pembelajaran mesti ada dugaannya.. cabaran hidup katanya... 
hati kena kental. insyaallah.. 

Weekend korang buat apa?? i biasa la mebizikan diri dengan sports day and selebihnya kerja dan juga sibuk menguruskan keluarga... Biasa sebelum ni i ada assistant. Bantu i buat kerja-kerja rumah.. but now i buat semua sendiri.. which i enjoy it very much.. feeling freely walkin into my kitchen... freely to do anything at my my own home without any stranger... nak pakai apa kee?? nak buat apa pun boleh ajer... hihihihi.. 
Just penat laaa sikit kerja rumah kena buat sendiri.. tapi since my kiddos pun dah besar and dah boleh bahagi keje. and alhamdulillah hubby pun very the ringan tulang... membantu dari semua segi sudut.. i think im better now on my own now... seriously yes im happy...

Last Friday.. Ahli Sports club mengadakan event Movie Day Out bersama bos besar. hehehhe.. i pilih citer SPY... Komedi plus action movie.. korang kena tengok... best i tell you...
tapi citer nih tak sesuai di tonton kanak-kanak bawah umur.
^_^
Lokasi kami kali ini di Nu Sentral, Kuala Lumpur.


Lepas waktu kerja i terus shoot ke Nu Sentral. 
Lepaking with my bff sebelum bermulanya tugasan... 


Berjaya mengheret HOD dan paling best CEO pun turut serta MDO anjuran Kelab Sukan kami..  wehuuuuuuuuuuuuuuu!! 

i was neves jugak takut citer tuh tak best... but luckily we laugh out loud kotttt... Enjoy the movie so much.. hahahaha... especially si pelakon Jason Statham dengan Melissa McCarthy memang lawak gile... 
gelak sampai kering gusi... Melissa McCarthy was super adorable. comel sangat...
Jason Statham pula lakonan beliau selalunya lebih serious.. he is the bad guy dalam Fast & Furious 7....
Tapi kali ni Jason buat lawak kelakar serammmmm..  
Memang best laa uols... kena tengok tau... huhuhuhu... 
Jangan lupa SPY kan diri korang k... 

Saturday Nothing much i do... much more lepak berguling dirumah sahaja... 
Do laundry, Do Cleaning, Do spring Cleaning macam-macam lagilah house work.. 
i even did cooking... sesekali masuk dapur... best gak kan... masak simple-simple.. 
lepas nih maybe hari-hari masuk dapur... 
request anak-anak nak mommy dia masak.. eheheheh.. 


Sunday morning i bawak Cik Piya for her sports day... Cik Piya hanya masuk aerobic je... 
Zumba Dance persembahan untuk opening Sports Day sekolah dia... 


urgggghhhhhhh i tot i saw double chin!! 


Us of the day.. 


Sebahagian of her Zumba geng.. 
Asalkan korang happy.. im happy too.. 


Sports day diadakan di Stadium MPSJ. 1st time rasanya i g situ.. 
Luas, selesa, bersih and sesuai diadakan hari sukan di lokasi tersebut. 
parking pun ok tak susah.. padang sekolah Cik Piya kecik jaaa... so that's why pihak sekolah decide adakan hari sukan di stadium MPSJ... not so bad and i rasa Super Lebih Selesa.. 
Syukurlahhhh everything went all smoothly... 

so apa citer korang?? 
jom kongsi... 

That's all for now... TBC later k.. 
xoxo.. 

Lots of love 
me 
^_^ 

Note: "Life is like a camera.. Focus on what's important, Capture the good times, Develop from the negatives, And if things don't work out, Take another shot." 

Thursday, May 21, 2015

Nasi Lemak Ummi

Assalamualaikum and selamat pagi uols tercinta!!! 
wahhhhhh gitewwwwwwww semangat hari khamis katanya... hahahahah.. 
Pagi-pagi banyak sangat selingan iklan dan lawak dari kawan-kawan di radio mahupun di FB... 
yaaaaaa ampunggggggg terbatuk-batuk, tergelak-gelak, terguling-guling i membaca... 
gelak sorang macam orang kena sampuk... haiyoooooooo!!!!
Nak mencoret pun dah terbantut idea guweeee gara-gara korang (alasan) miehehehehhe... 
what ever it is uols always made my day!! i love u all!! deep deep.. 
baca plak blog kak su... one of my favorite blogger.. wat lawak sal deodorant dia.. 
memang terbaik i baca sambil gelak nanes... 
bau ketiak orang jer kepo.. bau ketiak sendiri orang lain yang tahu wei... 
tapi memang sedikit sebanyak pengajaran ada disitu...
kita kena aware bau badan kita sediri tauuuu.. hehhehehe.. 

ok lah i nak cerita about Nasi Lemak Ummi. 
Gerai Nasi Lemak Ummi ni terletak di Taman Sri Jelok, Kajang. 
Gerai Tepi jalan jewwwww... kalau datang petang-petang.. fefefeling laaaa tengok sunset... 
angin sepoi-sepoi... agaggagagga... ok what.... aper salahnya... 
view rumah besarrrrr pun okay jeeeeee... yang penting SEDAP!!! 
Berdekatan dengan jalan menghala ke Penjara, Kajang. 
Gerai nih dah dibuka lama bertahun dah kot. Dari gerai biasa sekarang ada kemajuan. 
Semakin cantik dan semakin teratur. Pengunjung pun tak putus-putus. 
Dibuka seawal jam 5 petang hingga jam 11 malam ke atas.  
Tapi kebiasaannya kul 10 lebih Nasi Lemak dah habis. 

Gerai Nasi Lemak Ummi nih actually dimiliki oleh Bapa Saudara i Sendiri. 
Sesekali i g laa lepak bila kelapangan masa.. 
Sabtu tutup ya kawan-kawan... 
So siapa-siapa yang berada di Kajang tuh try laaa Nasi Lemak Ummi. 
Serious sedap anda semua tidak akan menyesal. 
Boleh juga order untuk majlis keramaian. 

Bulan Puasa owner nasi lemak ummi juga akan mejual kuih-muih di bazar Ramadhan berdekatan.
Korang kena cuba dan rasa sendiri kesedapan masakan Nasi Lemak Ummi
Seriously NGETOP!! 


Suasana Gerai Meriah.. 


Sangat bersih. Kemas. 
10 bintang yaaaaaaa.. huhuhuhuhuhu... 


Diantara Menu yang disediakan. 
Laksa Penang pun perghhhh sedappp!!! 


Ni sentapan i semalam. ammmmpunnnn i is diet!! .. 
pui sangat... 
hahhahahahhahahhaha.. 


Yang sebelah kiri baju merah dan sebelah kanan Baju Belang hijau is Owner Nasi Lemak Ummi is my Lovely Mak Anjang and Pak Anjang. 
Yang Belakang Baju Merah kiri Anak Sulung Owner Nasi Lemak Ummi kami panggil dia Afi (nama Glamour) heheehe.. 
Yang tengah tudung biru abaikan.. mahahhahahha.. 
Yang Baju merah lelaki itu ai punya other half... 
Yang Baju Belang Merah tuh My Tok Ayah kesayangan.. 
Yang Baju Hitam tuh Hanum is her Name dan Belang Hitam tuh Akim anak Owner Nasi Lemak Ummi juga.. 
My cousin laaa tuh semua dah besau-besau bagaikan juara... 
Yang Kenit tuh, yang didukung tuh Cik Mia Busuk!! . 


Suasana Gerai Nasi Lemak Ummi pada jam 9 lebih gitu... Table is full.. 
Syukur Alhamdulillah Rezeki anak beranak... 
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan... 
Gerai pun Cantik dan Bersih.. 
Still mereka masih improvise gerai derang.. 

Korang kena laaa rasa... baru tahu.. 
Jika suka masakan Kelate.. Yang Simple... Yang Cepat.. 
Ini lahhh tempatnya... kena datang awal sikit. Kalau tak gigit jari je laaaaa.. 
hihihihihihi.. 

Sampai sini dulu coretan i ok... 
nanti kita sambung lagi.. 

Lots of  Love 
me
^_^ 

Note: "Family isn't always blood. It's the people in your life who want you in theirs; the one who accept you for who you are. The ones who would do anything to see you smile and who LOVE YOU no Matter what."