Saturday, January 1, 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera you alls !! 

Selamat tahun baru 2022, semoga tahun ini lebih baik dan tahun-tahun yang akan datang. May all good in sha allah. I sememangnya terlalu sibuk. Masa yang ada adalah masa untuk i berehat sejenak. Semoga covid nih juga cepat terhapus dimuka bumi ini. Semoga hujan tidak berterusan. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt. 

Maaf kepada semua kerana blog semakin hari semakin bersawang. Tak pernah lupa. Cuma saya mengisi masa untuk keluarga. Dan masa yang ada membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Saya tak pernah lupa saya ada blog hehe. Cuma waktu sangat cemburu. Dan waktu yang ada ku isi sebaik-baiknya masa yang ada. I hope korang pun berbuat yang sama. 

Hidup yang bagaikan roda. Naik turun bagaikan nafas kita ni. Sesekali merasa lelah akan tetapi kita harus kuat melangkah. Tak mahu sedikit pun sia-siakan setiap hembusan nafas yang Dia beri. Semoga kita kuat. Dugaan dan ujian itu pasti ada pada kita semua. I know that we all can handle it. Walau kadang hati jadi gusar, bimbang, resah, gelisah tapi i ingin sentiasa lihat kedepan. I mungkin nampak kuat tapi KUAT sahaja pilihan yang kita ada untuk tempuh segala-galanya. 

Syukur hari ini kita masih diberi peluang. Peluang untuk terus bernafas, berjuang, bekorban apa sahaja demi hidup. Demi orang sekeliling kita dan orang-orang yang kita sayang. 

Kepada sahabat yang terkesan kisah lalu semoga anda kuat. I mungkin tak rasa perit jerih hidup yang korang lalui. Tapi i berdoa semoga semua terus bangkit. Cari dan terus cari. Syukur masih lagi ada yang sayang. Masih ada yang perlukan kita. Masih sihat walafiat. Terima kasih Ya Allah swt. 

Hidup harus diteruskan. Mungkin cuba sesuatu yang baru. Mungkin pengalaman yang baru. New adventure. Dan i akan terus mencari. Korang jugak tau. 

Let’s explore life!! 

Sampai sini dulu k… 

Xoxo 

Much Love 

^_^ 


No comments:

Post a Comment