Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Lovely sky...

Hi and Assalamualaikum... 

 

This pic i snap while driving home yesterday... 

 

Beautiful view that score my heart always.. Rasa tenang jiwa dan raga.. 
Its show me betapa kerdilnya diri ini.. Kuasa Allah swt mengatasi segalanya.. 


Hampir sampai rumah.. tugas biasa.. my own rutin... 
fetch my two small kiddos at day care then terus rumah wait for iftor.. 
semalam lepas iftor kami kat butik baju cari bijih timah hehehe i mean batu swaroski nak tabur kat baju raya kosong kami kasik glam sikit..  hubby laaa kata baju kosong tepek laaa sikit apa2 kasi meriah sket.. 
at fisrt i macam ok je baju tuh.. oklah we put some sparks a bit on it.. hopefully the out come will look great.. how was persiapan raya uols pula? mesti lagi bestkan.. i hope for the best for all of you too..

Till then sayangku... 

Lots of Love 
me 
^_^ 

Note: Be the best you can be and do the best you can.

Birthday iftar

Hi & Assalamualaikum semua... Hari ni birthday cik piya.. if not mistaken last year birthday cik piya pun dalam bulan ramadhan.. she is having her real blessed birthday bash.. alhamdulillah.. mama wish u semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.. its her 13th birthday... i love you.. i love you so much.. you're the color of my life.. so, we decided to have our iftar kat restoran D'rasa.. speciality of asam pedas claypot..     
sorry family pic ada sedikit gempa bumi.. sebelah restaurant ni ada bakery shop.. tot nak beli cake kat sebelah so that we can tiop-tiop lilin cake.. sadly tak ada cake.. it's ok cik piya nanti lain hari kita tiup lilin ya.. well i think i have made the rite choice for our iftar.. makanan siap on time n kita makan pun licin.. alhamdulillah celebration yang sederhana sahaja.. paling penting kami selalu dapat iftar sama-sama... syukur alhamdulillah.. as always.. harga juga sederhana.. i have met kak sazana the owner of D'rasa restaurant kecik molek dan tak sombong tuannya.. sangat ramah.. saya doakan semoga murah rezeki sis dan perniagaan sis akan lebih maju.. in sha allah aamin.. in sha allah akan ketemu lagi kita... 

So till then nanti kita cerita-cerita lagi... Happy Ramadhan.. 

D'rasa Claypot
Location : Sky Park, Bandar Saujana Putra

Lots of love 
Me ^_^ 


Monday, June 19, 2017

Raya Dah Dekat!!

Hi and assalamualaikum.. 
How all of you been doing? I hope everyone is doing super great and in super good health in sha allah.. its has been awhile didn't blog any. Everytime i want to blog about i will go lazy and plus I don't know how to start. Till my camera dah berhabuk..  gosh i think my brain ni dah kering idea.. nak start balik pun merangkak... mind my rojak language..


Camera berhabuk macam blog tuanya. I will start fresh and new in sha allah.. 

Raya lagi berapa hari jer. I want to take this opportunity to wish u all Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin.. semoga selamat perjalanan uols pulang ke kampung.. hati-hati jangan rushed, keep calm jer k...

Lots of love 
^_^
Elly 

Tuesday, June 28, 2016

Pagi ni...

Macam biasa rutin harianku menghantar anak-anak ke sekolah. Macam biasa jugak budak-budak ni suka sangat dengar radio HitzFM. Settle je hantar budak-budak i terus tukar siaran HotFM. Tak semena-mena air mata bercucuran pulak di pagi selasa... dah kenapa? salahkan radio pasang lagu raya sayu by Dayang Nur Faezah versi acoustic. Ya Ampun.. Tiba-iba teringat kat semua orang yang dah pergi buat selamanya.. sunyi laaa tahun ni raya.. sesilap kami beraya dengan air mata... Harap tak begitulah... Tiba-tiba teringat pada arwah Tok Cik, Tok Ayah dan Pak Lang yang dah pergi bertemu ilahi... Al-Fatihah.. Ramai yang dikasihi pergi tinggalkan kami... Allah swt lebih sayangkan mereka... Semoga mereka berada ditempat yang paling indah dan bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Aamin..

Tak sengaja air mata jatuh.. Tak sengaja nak teringat kat semua... Tak sengaja sedih... Tak sengaja..

Tak sengaja bayangkan hari pertama raya. kuranglah kasih.. kuranglah cinta.. ok dah terbawak-bawaklaa pulak...

Sampai je pejabat.. alhamdulillah semuanya back to normal.. pikir apa yang ada kat depan mata.. Nak siapkan mana yang penting dan wajib dulu then kita fikir Balik nanti nak buka makan apa.. Nak masak apa...

Lots Love
me
^_^

Note: What you do today can improve all your tomorrows - Ralph Marston

PERKARA SUNAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI


PERKARA-PERKARA SUNAT YANG SELALUNYA DILAKUKAN APABILA MENYAMBUT 
HARI RAYA AIDILFITRI


  1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (sama ada secara hisab atau rukyah). 
  2. Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.
  3. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.
  4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
  5. Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.
  6. Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

         7.  Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :

Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.

         8. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat:

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabirra (Hadis riwayat Bukhari). Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

9.     Memperbanyakkan bersedekah.

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.

Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barang siapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahandari kesusahan-kesusahan di akhirat."

Sumber dari Laman Masjid Wilayah Perseketuan. 

Semoga bermanfaat buat kita semua.. 

Lots Love 
Me ^_^ 

Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan with loves..

Assalamualaikum uols!!... 
Sihat ke??? i harap semua dalam keadaan Sihat Sejahtera... kecoh sekarang dimana-mana gosip kisah si celebriti maki hamun peminatnya which i rasa kata-kata celebriti ini sangat mengaibkan.. kata-katanya yang amat kesat.. i berharap beliau mendapat cahaya dan hidayah dari yang maha esa Allahuakbar... bayangkan kalau dia kawan kita.. i think susah kot nak ngaku kalau ada kawan sebegini.. nak tegur kang tak pasal dapat maki free.. oleh itu jalan terbaik adalah doakan yang terbaik sahaja.. kerana Dia lebih mengetahui... habis isu celebriti terus kes dera budak 5 tahun pula.. i just rasa derang nih semua sakit yang perlukan rawatan segera... kena g cek mental ok ke idok.. komplikatednya hidup.. macam-macam ragam manusia... memang meletihkan.. kita sebagai umatNya jangan kita gandakan dosa dengan mengata depa nih lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.. lebih kita doakan yang terbaik dan semoga dapat pengadilan didunia mahupun diakhirat... Bak kata ustaz di hot FM pagi-pagi tuh kata jangan kita buat perkara yang sia-sia eceeehhh.. macam ustazah pilihan pulak.. ehehhe... yang baik kita kongsi yang tak baik kita jadikan teladan.. peace no war.. -_- gitewwwwwwww... 

korang dah decide ke nak balik kampung mana? i dah sepakat dengan si dia balik mana uols tunggu laa nanti i update.. hehehhe... macammana persiapan raya uols?... mesti grand-grand masing-masing ya... i blom lagi.. sebab rasa  macam lambat lagi je nak raya.. huhhuhuhu.. chill chill jaaa... kalau susah sangat pakai ajer apa yang ada... hehehe... yang paling penting sekali baju anak-anak kena laaa prepare... nanti tak ada baju raya sedih plak depa... eheheh.. apapun persediaan kami ala kadar jer biasanya... nuthing much nuthing special.. 

Bulan ramadhan ni update blog agak slow sikit sebab mata nih siang-siang mintak tido jeeee... rasa nak lelap... kemalasan pun ya... kad raya i dah hantar kepada kawan-kawan yang tersayang... i suka kad raya and sampul raya tahun ni super cun... baby blue sangat cantik.. kena plak dengan gold memang cun bangettt!!! i masih lagi menghantar kad raya saja suka-suka... seronok nak jugak macam dedulu... harap tahun ni Cik Piya tak buat mama sedih lagi... last year Cik Piya bagi i n hubby kad raya which is weols sangat tersentuh.. masa bersalaman di pagi raya sambil dia beri kami kad raya... kejutan untuk me n hubby... sedih kot... Cik Piya memang sentimental skit dia... kami balik bercuti pun dia akan bagi kami kad selamat pulang... siap reka sendiri...Cik piya memang sweet.. i harap Cik piya tahu yang abah dan mama ni memang sayang piya hingga hujung nyawa.. bila teringat sedih pulak rasanya.... huwarrrrrrr... cik piyaaaa... i lebiuu...  



Juadah berbuka simple dan sederhana buat kami.. gigih masak .. sampai je rumah letak bag terus i cek in dapur tau... 


Ni Juadah berbuka ahad yang lalu... murtabak and pelita ja beli tau... yang desert tuh cheese craker apa tah... i belajar buat dengan anak buah.. yang kali nih sedap menjilat jari si dia pun suka... makin mok mok laaa mak nih.. asal masak jee makan sekali.. masak makan masak makan masak makan... penyudahnya.. 


Demam Candy Crush datang lagi.... Rajin tau nak collect sudu and garfu candy crush... nak beli lagi 2 set hujau dan kuning pulak.. mahahhaha... ini mak budak yang suka... kikikikiki...  

ok kuih raya tahu nih planning nak buat 2 jenis... biskot arab and biskot kacang mazola... 
planning jeeee okayyyy buat belom tentu... ada lebih kurang 2 minggu lagi puasa... baju raya pun belum nampak bayang hahahhaa.. adehhhh... insyaallah weekend i nak pi cari... 

so sampai sini dulu ya kawan-kawan... more coming up... 
Selamat meneruskan ibadah puasa dan Selamat Berbuka... 

Lots of Love 
Me 
^_^ 

Note: " I never dream about success, i work for it."