Thursday, October 28, 2021
Dari hari ke hari
Tuesday, August 3, 2021
Finally Update
Hi.. Assalamualaikum.. Selamat Selamat Sejahtera..
Yah i know what else i can say. Harap korang semua sihat. I did fisnish my master study and settle je master later after that Covid plak. Yang tiada siapa minta dan tiada siapa jangka. Semua kehendak Dia. I know that semua orang tengah sedih. i know its been a though year for all and me too. Been so busy WFH and i ada buat side job sikit tolong-tolong my jiran-jiran yang dalam kawasan yang tak ada kenderaan atau kuarantin dan sebagainya untuk membeli barang keperluan. Well i just fikir i ada skill dan kekuatan dan kesihatan yang baik yang Allah beri ini untuk bantu rakan-rakan yang memerlukan. Iam trying my best to do the best for my family and friends. Saya juga hanya manusia biasa adakala i need a break. Penat nak lawan dengan fizikal dan mental sendiri. Korang yang terkesan i know that korang sedih. Ada yang hilang punca. Take this as ujian. Think out of the box. Usaha dan cari apa sahaja yang korang boleh buat untuk cari pendapatan. Walaupun kecil in sha allah lama-lama banyak. Janganlah korang putus asa dengan hidup sebagaimana Allah yang tak pernah tidur mendengar setiap doa dan melihat usaha umatnya.
Dalam pekerjaan i and my part time job, i jumpa banyak orang dan I also hear alot of stories. Kesian bukan tak kesian. i wish i could do alot of thing. Tapi begitulah saya hanya buat sekadar yang ada kekuatan dan dalam skill yang saya ada. i also have husband, anak-anak dan parents yang i nak jaga. I pun bukan adik beradik ramai. i berdua ja dengan my brother. i have my own problem yang ye lah takkan semua benda kita nak cerita kat orang betul tak?
Sabar ya semua.. harap korang semua tabah.. i know that kita semua boleh lawan semua ni. Think positive and look forward. In Sha Allah akan ada pelangi selepas hujan..
#KitaJaga Kita
Lot of Love
^_^ me
P/s: rindu gila blogging, rindu tahap gaban, rindu semua!!
Saturday, January 9, 2021
Social experiment
Assalamualaikum and salam sejahtera. Hope you all always in pink of health.
As u can see on the youtube. If you guys watch the video, macam-macam now days orang buat for society punya kesedaran. And still you choose what you want to see on the youtube. Tengok yang baik-baik je tau. Recently i watched the asad motawh youtube channel yang menyamar jadi gelandangan. Sedih babe how people react. Kita sendiri pun tak tahu nasib kita in future. Somehow it was a learn lesson video.
Entahlah susah nak cakap. Sejak i buat sales online pun i can feel the feeling of rejection. Sad plus mind blowing jugak. I can see the true colors of people punya attitude. The real perangai sebenar. Wah cakap orang jek. Mahhahaha. Kejap nak, kejap tak nak, but tak rugi pun if you honest. Tell me if want more discount. Tell me your budget then i can try to adjust how can i sell it to you within my own budget. We should help each other instead of just senyap tanpa berita. Tell me your situation. I jual barang online pun just to isi masa lapang and niat just to help others. It was fun by the way. Jual pulak barang best harus i share dengan kawan-kawan.
Apapun always look at positive side. Tak semua orang yang negative. Kita masih lagi bernasib baik kerana negara kita masih aman. Masih banyak orang yang baik hati. I also thankful and so much blessed sentiasa dikelilingi orang yang baik-baik. Yang negative tu lantak depa lah. Campak tepi. Because at the end of the day, kita sendiri yang kena deal our own self. Just a reminder to self jugak. Always be kind, always stay humble, always help others if you can.
Do good, good things will come much more. In sha allah.
Xoxo
Me
^_^
Sunday, October 25, 2020
Rasa Rindu Yang Teramat!
Ya rindu! Korang pun mesti rasa yang sama. Rindu nak bebas. Nak jalan sana sini. Nak jalan dengan family and kawan-kawan. Nak makan tempat yang kita suka. Nak try restoran baru. Nak main basikal. Nak hiking. Semualah. Tapi apalah daya Covid-19 bermaharajarela. Kalah pak scammer. Yang si scammer plak duk kacau orang-orang tua yang tak berdaya. Allahuakbar. Semoga Allah swt lindungi kita dan keluarga kita semua.
Banyak perkara menimpa kita semua. Bagaikan tertimpa-timpa. Yang nak naik pangkat. Yang nak bonus lebih. Yang nak dapat credit. Yang rasa diri semua betul orang lain semua salah. Yang nak tunjuk mahupun menunjuk. Allah sedang menguji kita sebenarnya. Inilah hakikat yang kita semua kena lalu. Yang pasti yang Tamak pasti rugi. Tak semua kita nak kita dapat. Bila kita nak sesuatu. Usahalah. Rezeki tak kemana. Ibarat jodoh pun tak kemana.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Hidup kita tak sempurna. Adakala kita kat atas. Bila kat atas kita jangan lupa orang dibawah. Pada i waktu ni lah kita kena muhasabah diri. Tengok balik dan audit semula. Mungkin ada salah kita juga. Mungkin ada yang i guriskan hati atau alpa. Masa ni lah kita banyakkan melihat. Buka mata dan buka hati.
How i wish i could travel again. I know that we all feel the sama. Keselamatan lagi penting. Demi keluarga. Demi hidup. Nak keluar pun takut. Hidup kena teruskan. Cari jalan. Cari jawapan. Cari rezeki macam mana pun atau cara apa yang kita boleh teruskan hidup. Dan ini semua perlukan pengorbanan. Korban masa. Korban tenaga.
Bukan masanya nak salahkan orang lain. Kalau dulu i muda. Umur belum 3 siri. I selalu salahkan my parents. Feeling trash. Feeling kalah. Feeling rasa kecewa. I put all the blame towards my parent. Never thought of married at early age pun. But somehow now. I rasa apa yang i lalu buat i jadi lebih kuat. And i am seriously thankful for that. Never take for granted. In sha allah. Masa mengajar i erti hidup.
Masa yang singkat. Kita tak punya masa yang banyak. Itu pada i lah. Allah swt bila-bila boleh cabut nyawa kita. Berapa banyak amalan yang kita dah buat? Tepuk dada tanya selera. I tak perfect. I pun ada salah i. Masa sekarang pada i adalah buatlah yang terbaik selagi mampu dan guna masa yang ada sebaik mungkin. Be a better person. Kita rasa ada orang mengata ke mengumpat pasal kita pun biarlah. Tak rugi apa pun. Hormat tetap kena hormat. Lagi-lagi orang lebih tua dari kita. Yang hanya layak menghukum itu hanya Allah swt. I sedia memaafkan demi ketenangan hidup. Semoga Korang semua pun maafkan i kalau i ada buat silap. Yang sedar dan tak sedar. Allahuakbar. Ampunkan diri ini Ya Allah..
Biar orang tak faham. Tapi kita lebih faham diri kita. Allah swt lebih tahu. Dia yang merancang semuanya. Dia juga boleh ambil semuanya. Hidup ini hanya pinjaman. Yang sebenarnya rindu. Rindukan Allah swt. Syukur kita masih punya masa. Syukur juga masih diberi peluang dan rezeki. Syukur masih boleh duduk dan makan sama-sama. In sha allah jika dengan izin Allah, ada rezeki dan peluang bolehlah kita lepas rindu travel lagi. Kumpul lagi macam dulu-dulu.
Hang in there wahai hati.
Lots of love
Me ^_^
Berangan Tak Salah!
Hai and assalamualaikum!
Buat apa tu? Dah makan ke? Masak apa?
I masak tuntang tuntang jadi nasi goreng bodo for breakfast! ‘Janji isi perut’ kata shuben. Ok! Tapi salu licin jer nasi goreng i tu. hahah. I ada tanam cita-cita nak buka car wash and cafe on my own 1 fine day. My own business and my own sweet time. Tak pandai sangat masak tapi i suka masak yang simple-simple janji kenyang. I mean i suka masak yang simple and tak susah. I juga suka bersih-bersih cleaning nih bagi kat i jer. Tak expert tapi i memang suka mencuci. Tangan ni tak payah nak lembut sangatlah. I suka kereta yang bersih. Kalau boleh nak sentiasa bersih. Tapi untuk maintain kebersihan tu memang susah and penat. Orang keliling kenalah beri kerjasama betul tak. Berangan sambil cuci kereta, boleh minum coffee kegemaran kita and makan simple snack. It’s me time lah. Berangan tak salahkan uols. Hihihi.
Tapi buat masa ni i lebih suka bekerja. Sementara boleh. Sementara masih diperlukan dipejabat. Sementara boleh enjoy bonus and increment. Enjoy family day. Selagi boleh ada duit poket sendiri. Selagi dapat berbakti pada mama and abah. Sports club lagi and all. Enjoy company trip and macam-macam lagilah benefit yang ada. Syukur Alhamdulillah. In sha allah. Selagi Allah swt izinkan.
Sambil-sambil taip blog ni sambil jugak fikir nak masak for lunch. Tungtang tungtang jadilah kari ikan. Lunch dah siap.
Simple as always. Dapat jugak tengok melodi. Selalunya i miss tengok. Sama ada i tertido or i masak. Sesekali tengok gossip terkini MeLoDi. Tak pernah tak panas. Haha. Buatlah apa pun yang kita suka dalam hidup. Jangan sesekali lupa pada tanggungjawab kita pada Allah swt. Pada ibu bapa. Pada keluarga. Pada semua okeh.
Solat zohor kejap and lunch sat lagi with family.
Xoxo guys.
Lots of love
Me ^_^
Saturday, October 24, 2020
Kerja rumah yang tak pernah selesai
Hai and assalamualaikum.
Rindu tak? I rindu. I rindu nak blog. Rindu nak travel. Rindu semualah! Korang pun samakan! Banyak yang nak diceritakan. Yang pasti dan paling penting adalah i dah completed my master. Itu adalah paling menggembirakan i untuk this year. Alhamdulillah. My achievement for this year 2020. Now i can start blogging peacefully.
MCO, pandemic, covid-19. It is tough for semua orang termasuk myself. Somehow life must go on. Kita tetap kena teruskan hidup dan harungi ini semua in sha allah kita semua boleh.
Jangan lemah. Kita kena kuat. Hari-hari i cuba sentiasa lihat kedepan. Buat benda yang i suka. Paling i suka. Mengemas and mencuci. Memang susah. Adakala penat. Tapi i happy. Seronok bila tengok rumah kemas and bersih.
Hari ni lepas subuh. Basuh baju, sidai kain and I masak mac & cheese for breakfast. Tengok dalam peti ais apa ada so masak and jadi. Most of all setiap kali nak masak i cari resepi google jer. Thanks to google for making my life easier.
Lunch i masak sambal sardin and goreng ikan jer. Since lauk semalam masih ada. Siakap stim and sayur goreng. Cukuplah tu. Then spring cleaning dapur. Berdiri sampai sakitlah pinggang ni ngemas. Let the kids n husband makan and i. Settle solat zohor. Then i makan. Phewwwww sakit gila pinggang.
Bila penat. Mula laaa dalam pikiran nak gi urut la. Nak gi facial la. Tapi bila fikir sekali urut and spa 100 or 200 mesti terbang. Lebih baik buat beli makanan or barang keperluan yang lagi penting. Selalu macam tu lah. Tapi sesekali kena jugak self reward. Jarang2 sekali i buat. Setahun mungkin sekali. Tak salahkan rasanya. Itupun bila ada extra money.
Well life is like that. Ada naik ada turun. And for now pandemic. Lagi kena bebetul pandai saving. Is really tough. Betul menduga seluruh dunia. Betul tak korang? Somehow i hope korang semua stay strong. Together we can. In sha allah.
I jot down more i promise. Later for more.
Xoxo
Lot of love
Me ^_^

