Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

Rasa nak membebel...

Assalamualaikum semua... Hari ni ada sedikit ruang untuk mencoret abit kat sini.... Pejam celik pejam celik kejap ja dah nak masuk bulan Februari 2016... And of course I'm pretty sure semua orang dah ada wish list masing-masing for 2016... I pun ada jugak... Tapi tu lahh agak keterlaluan kadang rasa kemahuan yang i mahu kali ni... Berlainan dari tahun lalu... Biarlah rahsia dulu... 

Tiba-tiba malam ni rasa banyak benda i flash back perkara-perkara yang i lalui pada tahun lepas 2015.. Yang sebenarnya banyak manis daripada yang pahit... Tapi masalah disini adalah yang pahit ni yang paling susah nak lupa.. Yang lekat dan melekat kat minda... Yang manis pulak terlalu banyak tak terkira... Tapi yang pahit ni banyak ajar i erti hidup dan erti sabar... Allahuakbar... 

Betapa manusia pun kulihat ada yang cuba nak menjatuhkan kaum sendiri pun ada jugak... Berjaya lebih sikit riaknya bagai menang loteri 1 juta... Kutuk mengutuk perkara normal yang mesti terselit disetiap perbualan... Gosh... Betapa sedih rasa.. Kalau tak bergaul nanti orang kata kita anti sosial.. Tapi bila bergaul kena pulak tadah telinga dengar perkara yang tak enak.. What eva lah.. 

Tapi still kadang sikap seperti inilah yang sangat menyedihkan... Cakap kemahin kencang pumpang pumpang..macam kain pelikat duk kelibas-kelibas... Ada pulak english cakap berabuk tapi maaf lah adab resam melayu.. Hormat menghormati harus diutamakan walau teror sampai kelangit.. Kadang kita lupa kat mana kita berdiri.. Lupa dan senang sikit riak.. Sikit pun tak nak humble down to earth... Tapi inilah hakikat dunia yang harus kita semua hadapi.. Serba sedikit terpalit rasa kecewa, sedih, dan rasa simpati juga.. Sebab bila kita lupa diri kita jadi susah nak maju kedepan... 

Bila kita humble, baik, jujur, ikhlas orang pulak take advantage atas kebaikan kita... Bukan sekadar pijak sikit-sikit tapi terus pijak and lenyek dan penyet terus dan kalau boleh nak vanished terus Agaknya...  The truth fact of life.. Tapi apapun mereka ini yang buat kita terus kuat berdiri tegak dan terus maju kedepan... Jujur dan telus... Allah swt pasti bantu orang-orang yang sabar.. Dia bagi pahit dulu...dan pasti akan rasa manis dipenghujungnya insyaallah.... 

Dan apabila kita benar Allah pasti akan beri jalan yang terbaik. Dia pasti beri kita cahaya dan hidayah.. Sama-samalah kita jadi manusia yang lebih baik... Biarlah apa jua orang nak kata.. Biarlah apapun orang nak buat... Kerana setiap perbuatan kita Pasti ada pembalasan mahupun didunia atau pun diakhirat... 
 
Kita semua tak sempurna... Sesungguhnya percaturan Allah itu yang terbaik buat kita semua... Dan sesungguhnya diberi ujian pada kita pada yang mampu mengatasinya... Insyaallah.. 

Setakat ni ja coretan yang mampu i kongsi pada malam jumaat ini... Eheheh... Anyway i have good things to share with uols soon... Now i minat pakai jubah... I will share on my next entry... Insyaallah... Sabar ye... 

Good nite uols.. 
Lots of love
Me ^_^ 


Tuesday, May 19, 2015

Banyaknyer kes...

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera. 
Lately nih banyak sangat kes dera budak. Ada yang sampai mati. Ada yang kena kerat. Bahana apakah yang melanda dunia. Dugaan dan ujian apakah ini? Bayi tak sepatutnya menjadi mangsa kita. Kalau stress pegilah tenangkan fikiran. Buatlah apa kau suka instead of dera bayi or even kanak-kanak. Bila dapat lepas geram pada anak-anak kecil apa yang korang dapat? bahagia ke hati? jiwa korang rasa lapang ke? serious i tak faham. I pun bukan laaa orang pandai. Bijak apatah lagi. Tapi Allah swt bagi kita akal dan fikiran. Dia bagi kita fikir dan pilih mana jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Bukan dengan cara singkat. Tapi usaha. Walau sedikit pun usaha kita tuh sekurang-kurang kita kena sabar dan tabah. Setiap ujian yang dia bagi pada kita sebab dia tahu kita kuat. Dia tahu kita boleh lalui dengan baik. 

Carilah jalan macam mana nak tangani stress. Cari kawan untuk luahkan. Carilah hobi. Banyakkan membaca. Istifar dan Solat. Malunya rasa bila ada kes seorang ibu dera anak yang masih kecil. Dia tak tahu apa-apa kot. Paling viral sekarang kes Ibu muda dera anak yang masih bayi... Ya ampun serious kesian baby tuh. Ramai kot orang nak anak. Usaha nak anak. Tapi kau. lambung-lambung je anak kau siap pusing 360 darjah. Mana letaknya hati kau. Perasaan kau sebagai seorang ibu? tak kan tak ada lansung. Ya Allah swt semoga kamu ini mendapat cahaya dan hidayah. 

Kita dah pilih apa yang kita pilih. Walau kita dah salah pilih pun. Tiada guna nak tengok belakang balik. Move on lah.. pandanglah kedepan. Carilah kemajuan diri. Jaga anak baik-baik dan semoga anak itu boleh membesar dan jaga kita pula dengan baik. Berhenti berharap. Sebaliknya berdoa dan teruskan hidup. Dunia ni hanya sementara. wah nak bagi nasihat kat sapa tah nih.... apa pun harap perkara macam ni membuka mata dan hati kita tentang betapa beratnya isu-isu semasa. macam-macam kes ada. manusia semakin hilang pertimbangan. kenapa agaknya? tekanan hidup? mungkin cost of living sekarang ke? or tak tahulah nak cakap. tapi still tak boleh la jadikan orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak dan bayi menjadi mangsa. 

Cukup-cukup la. hati nih dah cukup terseksa tengok mangsa dera. Semoga mereka ini mendapat pengajaran hidup. Didunia mahupun akhirat. 

That's all for now. 

Lots of love 
me 
^_^ 

Notes: "Stay Focused and Never Give Up" 

Wednesday, December 17, 2014

Biarlah

Biarlah...
Biarlah mereka ingin bicara apa pun...
Biarlah sampai kapan pun...
Biarlah.....
Biarlah hanya mampu ku ungkapkan..

Biarlah hanya hati ini sahaja yang memahami..
Biarlah hanya hati ini sahaja yang merasa...
Biarlah hanya diri sahaja yang tahu...
Biarlah...

Biarlah kerana Allah swt lebih maha mengetahui...
Biarlah kerana segalanya adalah yang terbaik untuk kita...
Biarlah kerana sesungguhnya Dia maha adil....
Biarlah kerana semua itu bagiku adalah kekuatan...

Biarlah.. kerana sedikit pun tidak terasa sempit..
Biarlah selagi nafas berhembus lega...
Biarlah selagi nyawa masih ada...
Biarlah selagi kasih sayang seluas lautan...

Lots of love
me
^__^

NoTe: "Patience is powerful. It enables u to achieve the most effective results, not just the immediately available results."


Monday, March 10, 2014

Keep on Praying #MH370


Assalamualaikum and Selamat Sejahtera buat semua readers... 

Mudah-mudahan seluruh keluarga yang terlibat tabah hadapi dugaan kali ini.. 
Ujian yang paling besar dan kuat dariNya...
kali nih segala chanel berita ja dihati.. takder channel lain..
Moga ada berita yang baik akan muncul.. harapan demi harapan... 
Doa dan terus berdoa tanpa lelah..
Sedih tak terkira bila memikirkan keadaan mereka... 

ku menahan airmata perjalananku ke pejabat hari ini... 
sedih memikirkan keadaan meraka.. 
bagaimana kalau kita kat tempat mereka... 
Hanya Allah swt ja yang tahu betapa hati ini Luluh.. 

 saat kita makan sedap-sedap, saat tuh mereka sedang besedih hati.. 
saat kita gelak-gelak, saat tuh mereka sedang mencurah-curah air mata... 
Saat mereka post gambar bersuka ria... saat mereka pula post gambar kehilangan.. 
dimanakah perasaan perikemanusiaan kita.. 

Patut saat ni kita berdoa yang terbaik buat mereka... 
ku sekat segala aktiviti bersuka ria.. 
ku cuba merasai apa yang mereka alami... 
ku cuba selami apa yang mereka lalui.. 
Kehilangan apakah ini yang Dia sedang menduga... 
Ya Allah Kau berilah petunjukmu.. 
Ampunkanlah segala dosaku juga mereka umat Islam... 
 
Lots of Love 
me :( 

NoTe: "Memories are hard to forget. Caring for someone is hard to regret. Losing someone is hard to accept, but moving on is the most painful yet." - May our monday will be a smooth day.... Allah swt knows the best... Keep on Praying ‪#‎MH370‬

Thursday, October 31, 2013

Sahabat


Video: was taken few months ago.

Singing sambil Drive dengan Sabahat paling istimewa kurniaan Ilahi.. 

Saat kepala tengah pusing pikirkan masalah duniawi... 

Derang ni pengubat hati laraku... 

My pengarang jantung.. 

My Sweets... 

Sebenarnya hari ini pelbagai perkara yang ingin ku tuliskan tapi terlalu banyak perkara yang bermain diminda dan menjadi hay wire... berkecamuk... bercampur aduk.... 

at the end i look at this video and it touch my heart its them that really close to me.. 

Nothing much... Nothing more... Nothing less.. 

They are everything.. 

Semalam i watch "Jodoh itu Milik Kita" Episode  32. i nih jarang tengok tv.. tapi semalam ada masa sikit and ada part that really touch my heart.. where Dahlia went to see her ayah to seek some advice and kata-kata semangat untuk dirinya.. 

Kata-kata Ayah lia sangat menyentuh hati dan perasaanku...
  
"Lia, ayah tahu Lia sayangkan Aariz dan Lia takut untuk kehilangan dia, Tapi kita ni Orang Islam, Ugama kita nih menegah kalau kita menyayangi seseorang melebihi Allah dan Rasul, hidup kita akan jadi tak tentu arah, lebih-lebih lagi dalam soal cinta, hidup kita dah hayal dengan cinta, tenggelam tanpa tujuan, tapi lain kalau cinta kita itu kerana Allah, Dia akan menguatkan keimanan, Dia beri Kekuatan dan Ketenangan dalam segala menempuh dugaan. Ayah tahu Lia seorang yang kuat berjuang dan bertahan dan mempertahankan perkahwinan Lia dan Ayah rasa Bangga anak Ayah yang dulu Kecik berhingus... Sekarang dah Besar dah berSuami tak pernah putus asa, tak pernah beralih arah untuh pertahankan rumahtangga dan tidak pernah rasa terlintas sekalipun untuk melawan suami, Insyaallah Lia, Kalau Aariz tuh jodoh Lia yang ditentukan oleh Allah lambat laun dia akan kembali pada Lia dan buat yang terbaik untuk Lia, Dah lahhhh!! jangan menangis Buruk Ayah tengok anak Ayah ni menangis" 

 Terusku panjatkan doa supaya diriku dan suami dan juga ibuku dan ayahku moga dipanjangkan Jodoh hingga ke akhir hayat hingga ke akhir nafas... 

thats all for today my luahan hati..

with Lots of Love
me ;) 

NoTe: "Let your mess be your message. Don't let your trials get you down, but let them inspire someone else." - Happy Thursday loves.. ;)

Wednesday, October 30, 2013

Teknologi adakala Melalaikan

Tajuk maybe lame kot... but just wanna share with you all some of my thoughts that these teknologi happen in a situation sometime in our life... bila teknologi nih buat kita kurang bercakap tapi biar teknologi jer yang bercakap on behalf kita. tak sure apa pandangan you all.. but this is how i feel sometimes about these teknologi.. 

yes kita perlukan telefon bimbit. kalau boleh nak yang secanggih mungkin. yang ada game. yang ada GPS, yang ada segala apps yang boleh memudahkan setiap langkah ataupun perjalanan hidup kita. tapi ada kekurangan juga pada teknologi nih. paling tak best kalau boleh 24jam pon nak mengadap handphone. nak melekat sampai lelap mata. sampai letih lahhh. main game sampai pagi. chit chat sampai lena. stalk sana sini. don't u think its tiring and stressful??

ok situasi pertama yang pernah i alami yang buat i rasa sangat tak best. "heloo ko buat aku macam tunggul kowt. or maybe aku tak der perasaan" tapi cakap dalam hati jer.. where a situation kawan lama call and ajak hangout.. and catch up kononnya. 

kring kringgggggg phone bunyi... (nada lagu biasanya) see teknologikan.. ehehhehe.. 

me: Hello babe!! lama tak call aku... apa cer??? sihat?? 

babe: Hi!! aku sihat alhamdulillah, tu laaaa aku bizi tahap gaban.. ni sajer call nak ajak ko hangout, catch up, i miss our girl talk.. jom jumpe... 

me: wahhhhh sounds great!!! me too i miss you alot!! 

so we meet up. 

babe: heyyyy  lama tak jumpa, makin lawa dah sekarang kan... 

me: ko pon sama maintain lawa, body superb!! aku nak tips ahhh... 

Dah pelok-pelok comolot bagai. its not the end of it... we less talk.. dia sebok ngan handphone dia yang sepanjang masa berbunyi... dia nak cek in laaa.. nak update status laaa, nak update twit laaaa and so on and on and on... heyyyyy i pon ada mobile canggih but still i have a life. i still nak borak-borak with my partner and change some idea and stuff. takkanlah segala nak kongsi and cerita everything in our what ever so called teknologi... kita dah jadikan teknologi tuh sebahagian dalam hidup kita... dan kita boleh jadi buntu tanpanya.... tak boleh bergerak dan segalanya jadi lumpuh kerana terlalu amat bergantung padanya...

and there it goes nothing much to catch up actually but teknologi does it all.. to me kadang-kadang it become so sadis... which is i think that is not life is to be about... we choose what we choose to... yes we choose.. but we choose to be good, to better and better. nak jadikan kehidupan kita sempurna kita still kena cari kesempurnaan tuh... masing-masing ada hak dan pendirian yang tak mungkin sama... tapi harap sangat agar kita semua dapat buka hati, buka mata, dan lihat sendiri what is really happen in our life bersama-sama teknologi yang ada masa kini... positive side and negative... both... yang positive kita guna dengan sebaiknya... yang negative harap dapat dijauhkan.

owhhh well, things happen for a reasonkan... now ada macam-macam gadget. tablet, ipad and so on. nak jadikan cerita bila kawan-kawan ajak lepak then semua ngadap gadget masing-masing, update apps laaa, cari game baru laaaa and stuff... stressfull betul kadang-kadang rasa.. and then situasi kat rumah pon kids now days memang cepat pandai guna gadget... balik je rumah main game.. masa borak, masa bercerita, masa nak pelok, masa nak gelak, masa nak bermesra alam and things semua become lesser and lesser dun u think?? kanak-kanak zaman skarang mana nak beraktiviti luar sangat.. main bola?? kat game hp pon boleh main bola.. main bowling?? hp pon boleh?? bosan sehhh hidup...alasan panaslah... hujanlahhh nanti gelaplah.. peluh-peluh busuklah... WTH?? pastu kalau keluar duit pun keluar.. main jer game or dolod movie tengok kat rumah or what ever and its free!!... yaaaaa ampunnnnnnnnnnn apa nak jadi nih!!! tak adventure ok hidup... haihh.. this is life lahh... terpulang pada you all nyer pendirian and macammana masing nak kawal penggunaan teknologi terkini.. kadang-kadang nak cakap or nak text pon kena hati-hati ok... orang boleh print screen and jadikan bukti.. kuikuikui... so beware and becareful.. bahaya ada dimana sahaja kita berada... jangan jadikan teknologi makan diri kita... melalaikan dan sebagainya.. 

So thats all for now luahan hatiku hari ini. 

take care loves!! 

with Lots of Love 
me ;) 

NoTe: "When we are no longer able to change a situation. We are challenged to change ourselves." - Happy Wednesday Loves!!

Tuesday, October 29, 2013

Kerana Seketul Kueh


Tersentuh rasa hati tatkala melihat anak ini berkongsi kueh bersama adiknya..
melihat adiknya gembira anak ini mengalirkan air mata... 
kita sepatutnya berkongsi rezeki bersama orang-orang yang kita sayang..
walau kecik ataupun besar ia tetap amat bermakna.. 
ambillah iktibar dari video ini... 
bukan insaf hanya seminit.. 
kalau ada makan-makan tuh lebih seronok bila dikongsi.. 
kan ?? tepuk dada tanya hati.. 

with Lots of Love 
me ;) 

NoTe: "You can eat and drink together, talk and laugh together,enjoy life together, but you are only a real friends when you also cried together." - Happy Tuesday love..

Monday, October 28, 2013

Unpredictable Monday that Blues

Uols semua sihat??.. i sihat alhamdulillah. ceh macam tulis surat cinta sehhh. hihihihi.. apapon hope everything is ok insyaallah... i agak sibuk sedikit tapi masih boleh control lagi.. tapi lunch dah terlajak tak perasan lansung dah masa rehat... since dah lambat so i decide tapau je lunch kat Cafe bawah my office je... just had a small and quick lunch… konon diet sangat… lallalaa… really hope dapat cecah berat yang di idamkan dan harap berjaya kali ini… Gambattee!!! Bila berat badan mula bertambah mula laaa rasa tak best… pakai baju pon dah rasa sendat, ketat and macam-macamlah.. so kena take action cepat-cepat before its too late… Terpaksa laaa jaga badan nanti baru en somi sayang kihkihkih… nothing much pon I just jaga pemakanan dan sikit-sikit jeee beriadah.. Alhamdulillah setakat nih Nampak bersemangat tak tahu lah esok lusa… semoga diriku terus bersemangat demi kehidupan yang lebih sihat insyaallah.. 

So talking about Unpredictable, susah nak cakap now days macam-macam hal dan yang pelik-pelik dah pon berlaku.. Cuma kesedaran dalam diri jek kurang... siapa yang bole meramal apa yang nak jadi coz everything is Unpredictable… kita bukan Tuhan.. Kita bukan special sangat boleh tahu apa yang nak jadi.. tapi apapon kita tetap kena berhati-hati. Manusia pun dari dulu kini dah selamanya tetap sama tapi tak serupa.. dalam hati kita tak boleh nak baca. Siapa mereka atau diri mereka yang sebenar ataupun apa perasaan jauh dari dalam. Selagi kita tak berkawan dengan seseorang itu selagi itu kita takkan kenal hati budi dia dan juga kita memang takkan tahu the true colors of the person itself. 

Life is Unpredictable. Sometime its hard and even hurts… sometimes its good and positive but sometime its bad. Hati-hatilah dalam melakukan sesuatu… kita tak tahu siapa pun musuh kita.. dan kat mana-mana pon ada.. kadang-kadang kawan baik pon boleh jadi musuh kita… ye lah manusia boleh berubah bila-bila masa.. now days orang sanggup buat apa sahaja demi matlamat tercapai.. kadang-kadang life style yang buat now days manusia cepat hanyut… ada yang sampai sanggup biarkan maruah tergadai. Hope kita tak macam tu lah… even ada yang sanggup nak menjatuhkan orang lain demi pangkat ataupun darjat… ya Allah mintak jauh dari semua yang tak baik dan negative.. 

Mintak semat dihati moga diberi kekuatan dan dijauhkan dari perkara-perkara yang memudaratkan diri serta keluarga. Semoga kita semua sentiasa dilindungi… semoga juga diberi pemimpin yang hebat, yang baik, yang soleh supaya dapat meminpin kita semua kejalan yang redhai olehNya insyaallah. Disebabkan life nih unpredictable so baik kita jaga apa yang patut… especially mereka yang kita sayang… parents kita tuh sementara ada nih lahh kita kena jaga.. kita tak tahu bila ajal kita. Bila-bila masih Allah swt boleh tarik segala-galanya sekelip mata…  paling penting life is about to choose… so pilihlah yang terbaik untuk diri dan serta keluarga….


my Monday that Blues...
^__^ 
with Lots of Love 
me ;) 

NoTe: "Use your voice for kindness, your ears for compassion, your hands for charity, your mind for truth, and your heart for love."

Tuesday, August 20, 2013

Syawal Berdarah di Mesir

Pilu Rasa hati bagaikan dirobek-robek... 
melihat peperangan disana sini... 
Darah dimerata-rata... 
kanak-kanak pula hilang tempat berteduh... 
Semoga Allah swt melindungi semua umat islam didunia ini... 




Disaat kita memohon ampun bersama orang tua... mereka pula berjuang untuk terus hidup... 
Disaat kita gelak ketawa bermain mercun... mereka belari-lari mencari tempat untuk berteduh...
Disaat kita sedang makan ketupat rendang... mereka mengigil lapar dan ketakutan...
Ya Allah swt perit rasa hati melihat mereka... 
Kami hanya mampu berdoa semoga cepat mendapatkan keamanan... 
Ya Allah swt Kau berilah perlindungan kepada mereka dan juga anak-anak kecil yang tidak berdosa... 

with Lots of Love 
me ;) 

NoTe: "I trust that everything in life happens for a reason, even if we are not wise enough to see it."

Monday, July 22, 2013

Nafsu

ada orang suka orang punya
tak ada kerja katanya
sampai termipi di ribanya
kapan nak sedar

kesian hidup terlalu sepi
sampai terlalu sepi terus malayan mimpi
mimpi kian merosak diri
merosak akhlak dan kesopanan diri

menjadi aib diri sendiri
yang ada tak nak dijaga
jika dah tiada baru nak menganga 
Kerana nafsu badan binasa

with Lots of Love
me ;)

NoTe: "Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. - Richard Brinsley Sheridan"

Friday, July 12, 2013

Family that Matter the most...

Hi and assalamualaikum...

sorry lambat update... been very busy here n there...
especially dengan family...
alot of things i need to focus on...
lagi-lagi dah masuk Ramadhan...
busy nak prepare juadah and on lahh...
kad raya greeting dah settle tinggal nak post out jeeee...


sambil-sambil wat keje terintai plak air asia nyer website!!
haihhhh tempting nak merayau lagi for next year lahhh kununnya..
but then again sedang seronok melayan perasaan yang berangan tahap melampau..
tetiba hati terdetik nak call my mom and ask bout my granpa..
yess... my heart is right... my granpa tak sehat and now he is been warded for a few days already...

ya Allah... kenapa mama tak bagitau.. sebok sangat katanya... adehai..
terus im feeling down.. close Air Asia website...hati rasa luluh...
semoga Tok Ayah cepat sembuh seperti sedia kala...
sayangkan my grand parent sangat-sangat... 

Tok Ayah and Tok Cik yang setia menjaga dan membesarkanku
diwaktu ibubapaku sibuk mencari rezeki...

Sedih tak terkira hanya Allah swt je yang tahu...
Jagalah orang yang kita sayang sementara mereka masih ada...
tanpa rasa lelah dan jemu sebab kita tak tahu sampai bila hayat kita...
mungkin esok... mungkin juga lusa... 
Hargailah setiap detik yang kita ada...
gunakanlah sebaiknya...



This is my Tok Ayah and Tok Cik...
Sayu rasa hati bila tengok gambar nih...
Semoga Tok Ayah cepat-cepat sembuh...


with lots lots of Love
me ;)

NoTe: "Sometimes you have to let your heart lead you. Even if it's leading you to a place you never planned to be in"

Friday, March 8, 2013

Sendiri

Kau sendiri bila kau sakit...
kau sendiri bila kau jatuh...
kau sendiri bila kau susah..
bila sakit kau jerit kuat-kuat panggil mak ayah kau tu pun kalau masih ada...
tapi kalau tak ada kau nak jerit nama siapa? nenek? Atuk?
masa tuh lahhh kau ingat Tuhan...
macammana pun akan sendiri...

masa senang kawan-kawan pun ada sekeliling...
masa sihat... masa cantik.. masa banyak duit...
tapi masa tuh hilang bila kau tak ada apa pun....
syukurlah kalau masih ada yang sayang...
syukurlah kalau masih ada mak ayah...
syukur lah...

tapi kau tetap sendiri...
bila kau mati...
masa tuh kau nak jawab ngan Tuhan sendiri...
sendiri .. semua sendiri....
akhirnya sendiri...

letih bila tengok perkauman sana sini...
letih bila tengok anak bangsa melayan buruk sesama sendiri..
hebat sangat... kau takkan hebat bila kau masuk Liang Lahad..
duduk dalam gelap gelita sendiri..
kau jerit sedalam dalam mana pun takkan ada siapa pun yang dengar...
kau sendiri... 

Segalanya jadi tiada erti... tiada makna...
bila kau sendiri...
tapi dari lubuk hati sedalam-dalam
syukurlah segala yang ada...
segala kasih sayang.... 
segala persahabatan akanku ingat sampai akhir hayatku....

with lots of love
me ;)

Doaku: Ya Allah, berikanku pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan dan kekuatan untuk setiap dugaan... amin



Wednesday, October 24, 2012

Merapu Day!!

Aku

aku hanyalah manusia biasa....
aku hanyalah manusia yang tak lekang dari melakukan kesilapan... 
tapi aku juga sentiasa gigih cuba memperbetulkan kesilapanku...
semakin lelah nafasku... 
semakin sakit dadaku... 
tatkala manusia yang suka melihat ketidakbahagiaan orang lain...
mengapakah jadi begitu... 
begitu banyak waktu atau masa dipersiakan melakukan kerja BODOH!! 
yang sebaiknya masa itu diperlakukan sebaiknya..
mendoakan yang terbaik buat mereka supaya lebih bahagia... 
memikirkan yang baik-baik sahaja... 
tatkala perangai manusia yang suka terhegeh-hegeh... 
tatkala melihat manusia yang sombong dan riak...
tatkala manusia yang Gila KUASA... 
arghhhhhhhhh... persetan mereka..!!! 
tapi aku...kita yang masih menyedari dimana kita berdiri... 
syukurlahhhhhh... yang pasti kita perjuangkan yang terbaik...
dukungan dan sokongan yang tercinta juga membuat aku kuat pada hari ini... 
segala ujian ku anggap bagaikan debu menyinggah dibahuku... 
pastu sapu sapu jer dari bahu... hahaha...
Aku hanya ingin meneruskan kehidupan ku dan tanggungjawabku dengan sempurna... 
dan aku tak mahu persiakan peluang yang diberi oleh Allah swt.. 
Aku mahu gunakan dan lakukan yang terbaik... 

with lots lots of love
me ;) 

p/s: Gunalah Masa dan Peluang yang diberi olehNya yang terbaik dan jangan sekali persiakannya... ;) 


Friday, July 20, 2012

Fumakila Penyelamatku

assalamualaikum n slamat pg....

mata x boleh lelap nyamuk mengacau... pakai  spray kejup jer dia larik... pakai yg asap gak power... tp masalah nyerrr mak ni semput... terpaksa tido tutp muka ngan selimut.... 



sedang cobe lelapkan mata semula... gudnite alls!!! 

wit lots of love 
me ;-)