Tuesday, May 19, 2015

Banyaknyer kes...

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera. 
Lately nih banyak sangat kes dera budak. Ada yang sampai mati. Ada yang kena kerat. Bahana apakah yang melanda dunia. Dugaan dan ujian apakah ini? Bayi tak sepatutnya menjadi mangsa kita. Kalau stress pegilah tenangkan fikiran. Buatlah apa kau suka instead of dera bayi or even kanak-kanak. Bila dapat lepas geram pada anak-anak kecil apa yang korang dapat? bahagia ke hati? jiwa korang rasa lapang ke? serious i tak faham. I pun bukan laaa orang pandai. Bijak apatah lagi. Tapi Allah swt bagi kita akal dan fikiran. Dia bagi kita fikir dan pilih mana jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Bukan dengan cara singkat. Tapi usaha. Walau sedikit pun usaha kita tuh sekurang-kurang kita kena sabar dan tabah. Setiap ujian yang dia bagi pada kita sebab dia tahu kita kuat. Dia tahu kita boleh lalui dengan baik. 

Carilah jalan macam mana nak tangani stress. Cari kawan untuk luahkan. Carilah hobi. Banyakkan membaca. Istifar dan Solat. Malunya rasa bila ada kes seorang ibu dera anak yang masih kecil. Dia tak tahu apa-apa kot. Paling viral sekarang kes Ibu muda dera anak yang masih bayi... Ya ampun serious kesian baby tuh. Ramai kot orang nak anak. Usaha nak anak. Tapi kau. lambung-lambung je anak kau siap pusing 360 darjah. Mana letaknya hati kau. Perasaan kau sebagai seorang ibu? tak kan tak ada lansung. Ya Allah swt semoga kamu ini mendapat cahaya dan hidayah. 

Kita dah pilih apa yang kita pilih. Walau kita dah salah pilih pun. Tiada guna nak tengok belakang balik. Move on lah.. pandanglah kedepan. Carilah kemajuan diri. Jaga anak baik-baik dan semoga anak itu boleh membesar dan jaga kita pula dengan baik. Berhenti berharap. Sebaliknya berdoa dan teruskan hidup. Dunia ni hanya sementara. wah nak bagi nasihat kat sapa tah nih.... apa pun harap perkara macam ni membuka mata dan hati kita tentang betapa beratnya isu-isu semasa. macam-macam kes ada. manusia semakin hilang pertimbangan. kenapa agaknya? tekanan hidup? mungkin cost of living sekarang ke? or tak tahulah nak cakap. tapi still tak boleh la jadikan orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak dan bayi menjadi mangsa. 

Cukup-cukup la. hati nih dah cukup terseksa tengok mangsa dera. Semoga mereka ini mendapat pengajaran hidup. Didunia mahupun akhirat. 

That's all for now. 

Lots of love 
me 
^_^ 

Notes: "Stay Focused and Never Give Up" 

No comments:

Post a Comment