Tuesday, August 1, 2023

Dia yang Maha Pemilik

 A lot of things going on and on. For the past few months even years. Semua orang lalui perkara yang sama but somehow the way kita fikir, pandangan dan nampak adalah berbeza. Tapi still, apa yang kita lalui buat jadi diri kita sekarang. ‘Kehilangan’ perkataan yang I rasa sangat berat untuk semua terima. I find it super hard hingga rasa susah nak bernafas dan telan. Yang akan buat suara kita tersekat-sekat. Lost of words. Lost of everything. Lost of Energy. Feeling all weak. Sometime can smile. Sometime sad. The emotions goes ups and down. But hey self, stand up strong! Look people around you and who need you the most. It is not the end of the world. Dan sebagai hamba Allah yang hina. Hidup harus diteruskan dan terus pandang ke depan dan terus kuat. Berat tapi pilihan apakah yang kita ada. Hadap, telan dan terus.

Allah swt sentiasa beri ujian kepada yang mampu handle. Dan setiap yang datang kepada kita jua adalah rezeki. Dalam apa jua bentuk yang datang itu adalah rezeki. Allah uji kerana Allah sayang dan mahukan yang terbaik buat kita. Semoga kita tidak tersasar jauh dan pulang kepada yang Maha Mengetahui dan yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Hidup adalah pilihan. Perjalanan hidup adalah pilihan. Segalanya adalah pilihan. Where, when? Nothing can stop all of us to do what we all want. Apa yang kita nak buat dengan hidup. I always ask for Him to give me a chance to repent. Iam doing my best to be a good servant to Allah swt. Never ignored. Never take advantage for everything that He gave.

Dia beri kita kehidupan. Dia Maha Baik. Beri kita tempat tinggal dan pekerjaan yang baik mahupun kehidupan yang baik. He always giving us a chance. Dia yang Maha Pemberi. Dan semoga kita tak akan lupa segalanya. Setiap asal usul kita. Kenapa kita dilahirkan. Tujuan sebenar dalam hidup. Semoga kita ada kesedaran itu dan semoga terbuka luas pandangan kita. Buka hati dan mata. Semoga pilihan kita tak salah. Pulang dan berbaliklah pada yang Maha berkuasa itu. Selagi ada peluang. Selagi ada nyawa.


Kerana semuanya Milik Allah.