Monday, June 15, 2015

Happy Monday!!

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera.. 
hari ini datang kerja dengan penuh semangat.. setiap hari insyaallah pasti ada semangat yang baru... sebab apa kena ada semangat baru? Banyak sebabnya.. sebab anak-anak, sebab suami, sebab ibu bapa, sebab adik-beradik, juga sebab diri sendiri.. Tanam semangat ke arah positive biar sihat minda dan tubuh badan.. Bangun seawal yang mungkin.. siapkan sarapan supaya kids pun semangat nak ke sekolah... jadikan rutian harian satu ibadah yang sihat.. semua akan jadi mudah bila kita anggap ia mudah... 

Dalam perjalanan hari ni ke pejabat.. terjadi satu kemalangan diantara myvi dan mpv mewah lebih kurang 200 meter sebelum tol kelana jaya.. gerun tengok.. betul-betul depan i... Allah swt selamatkan kita dari kemalangan tersebut.. pagi-pagi ni kena banyak sabar... banyak baca doa supaya diberi perlindungan dan dipermudahkan perjalanan... bila drive tak payah nak rempit sangat.. lagi-lagi pagi-pagi... semua orang nak sampai on time.. semua orang nak cepat.. semua orang tak nak lambat.. so i think semua orang tahu apa nak buat kalau kita tak nak lambat... 

seperti selalu i skip update blog kerana kesibukan tahap melampau mengatasi diri... nak siapkan kerja rumah.. segala.. otak berfikir nak upgrade itu ini.. nak train kenit supaya tak pakai lampin pakai buang lagi... mungkin orang ingat senang nak melatih anak-anak yang kian membesar... nak lipat kain.. nak membasuh, nak memasak, nak bekerja, nak spring cleaning umah.. nak ngemas... semua nak buat... penat tapi Ya Allah swt indah sungguh hidup ini... iam so Happy diberi peluang merasa buat semua ni... and syukur Ya Allah swt kerana mereka semua ada untuk membantu diri ini.. termasuk mama.. 

Mama pula ada Baba selalu tolong and dukung mama dalam apa jua situasi... betapa sabar itu indah... diberi peluang merasa kasih sayang keluarga juga sahabat yang sentiasa ada disisi saat susah, sedih dan senang.. Pahit manis segala kami telan bersama.. Hilai tawa anak-anak menjadi penawar hati... nak besarkan kids pun macam-macam hal... tapi yang macam-macam tuh selalunya akan menjadi kenangan yang paling manis.. Allahuakbar.. 

Sabar itu indah.. bila si pengkritik yang bijak lagi pandai terus menjadi pengkritik bebas dan menjadikan kita hari ini ... dan mungkin si pengkritik yang berjaya melihat si hina lagi dikritik lebih berjaya kehadapan dan terus menerus kehadapan tanpa menoleh kebelakang.. dan maaflah si pengkritik jika masih dibelakang dan terus tertinggal dibelakang kerana terlalu sibuk mengkritik dan hanya mencari kesilapan orang lain... 

Sabar itu indah.... kita memang tidak akan boleh mengubah pandangan orang lain melainkan kita sendiri yang berubah ke arah kebaikan... yang selebihnya biar hanya Dia yang tentukan... 

Sampai sini dahulu coretanku... 
akan ku kembali lagi bersama semangat baruku... 
Insyaallah... 

Lots of Love 
me 
^_^ 

Notes: "Stick with friends who saw you, when nobody else did, and who were true from the very start." Happy Monday Loves!! and stay Positive!! 

No comments:

Post a Comment