Hi uolsss ni nak citer sikit sal perangai manusia...
ada sesetengah manusia bila pangkat dan darjat jadi ukuran... perghhh penangan nak jadi riak dan takbur memang seringkali berlaku bila manusia jadi lupa diri.. perkerjaan apa pun yang kita buat yang penting biarlah halal.. ada syarikat yang jaga pekerja serta keluarga macam syarikat yang i keje nih... alhamdulillah.. segala medical ditanggung oleh pihak syarikat alhamdulillah rezeki dan syarikat ku bekerja ini juga ada family day bagai tapi dalam Malaysia sahaja ku tetap bersyukur alhamdulillah rezeki yang diberi pada diriku juga keluarga walaupon tak gi ober the sea. benefit di syarikat nih nih klu nak kira memang banyak sangat-sangat... tapi bagiku ini semua rezeki anak-anak.. mana nak cari syarikat yang boleh sponsor 1 family fly saner sini khennnn... tapi ada syarikat yang hanya jaga pekerjanya sahaja pun syukur alhamdulillah macam suamiku... syarikatnya hanya menjaga kebajikan pekerja sahaja, so kalu ada co trip kalu spouse nak follow kena tanggung berak cangkung sendiri dan pada i adalah bersyukur jua.. sebab g obersi kowt kan... so still lagi save dari segi itu... apapun ku bersyukur berpeluang dan dapat menimba pengalaman g sana sinun... lagi satu kalu syarikatku nih kami suka bergambar bersama termasuklah anak-anak dan juga suami masing tanpa mengira pangkat atau darjat.. tapi berlainan pula di syarikat suamiku ini... kalu bergambar siap nak perli lagi "ko bukan dot dot dot ke.??" takkan ku lupa kata-kata yang dilemparkan itu.. nak perli i yang bukan bekeja di syarikat yang sama lah tuhhh khennn... semoga Allah swt jer yang membalas perbuatan mu itu... dan dalam hatiku berkata patut lah mu tak ada orang nak sebab attitude mu itu sesungguhnya memalukan kaum... tak apa lah ai redho uolsss... semoga Allah swt sahaja mengampunkan dosamu... padaku biasalah mana kita kerja biasalah kadang-kadang tuh ada perselisihan pemahamam... tapi sampai bila nak bermusahan dan nak tunjuk muka... ingat i ni pon hadap sangat ke nak photo group dengan engko... boss engko pon cool jek dengan haku... dan hellow suami ai kowtttt yang ada bersama syarikat yang pasti ai rasa ada hati busuk disitu... dengki ya amat dan terserlah gitu... ni laa orang kadang-kadang orang sebut apa tuh TIPIKAL MELAYU... suka sangat dok berdengki... rasa pangkat tuh dah beso sangat!! huh pehlislah.. kalu mu sakit mu ingat syarikat nak sayang mu lagi ke?? kalu mu mati mu ingat syarikat tuh nak usung mu ke KUBUR ke??? tak yah nak berlagak sangat lahhh!! ni lah manusia kadang suka nak angkat bontot sendiri... berlagak tak betempat... syarikat dan manusia sebegini biarlah ai dan keluarga ai je yang tahu... semoga selamatlah jadi menantu seseorang nanti yahh..!! tah mana skolah kot or kesian mak bapak dah ajar bagus tapi tetap tak beradab gitu... haihhh... ni laaaa kadang manusia tak reti nak rasa beruntung... tak reti nak hargai apa yang ada kat dunia ini tak reti nak let go things... pastu keje asik nak eksen ajer tak bertempat..!! macam muka engko canteeekkkk sangat!!! owhhh pehlis.... sorry lah uolss hari ini hari luahan perasaan... just kadang menyampah tengok manusia riak dan takbur nih.. baru keje bagus sket jek belagak tahap langit ke tujuh... engko penah tak terpikir esok-esok orang lain plak buat kat ngko cam tuh baru engko tahu raser?? pastu biar kawan somi or isteri ko dok main peli2 engko baru engko tahu raser... tak yah nak penting diri sendiri sangat!! dan pelis ingat mati laaaaa.... jangan ingat nak seronok jeeeee... hidup ni macam roda... what goes around comes around... tak yah nak bangga sangat lah... kalu ko mati siapa yang akan usung ko?? kadang orang yang berlainan agama lebih tahu nak respect orang... haihhh... kalu bercerita sal tipikal Melayu nih sampai esok pon tak sudah... ini semua pengajaran dan pengalaman untukku... semoga perkara-perkara sebegini tak berlaku pada keluarga atau anak-anak kita... dan takkan berlaku pada kawan-kawan dan sahabat handai... kita masih lagi ada agama.. masih lagi ada pegangan.. kalu nak berbuat sesuatu itu pikir lah dulu jangan nak main terjah jek... bak kata dalam cerita P. Ramlee "ko ingat ko siapa??? lawyer??? majisterrrritttt!!!" hakhakhak... klakar jek... :P ... semoga kita semua menjadi manusia yang tahu nak hargai setiap hubungan... semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan petunjuk... Semoga Allah juga sentiasa melindungi kita daripada mereka yang berniat jahat dan zalim... aminnnnn...
with lots of love
me ;)
NoTe: "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka"
No comments:
Post a Comment